NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, December 20, 2010

BLOGGER??...


Hye you all, selamat malam..kenapa tak tidur lagi ni?..awal lagi ke?..bukan esok hari bekerja ke?..aku pun esok ada kelas tapi mata masih segar untuk terus celik dan menaip..kalau dekat Johor, dah kompem kompem waktu tidur aku sekarang ni..sebab itulah dipanggil holiday bila pulang ke rumah..

OK, back to our story..blogger?.. Am I a blogger?..mestilah aku seorang blogger sebab aku suka mencorat coret dalam blog aku dan melawat, membaca blog blog lain..kalau tak silap aku sudah hampir 2 tahun aku berkecimpung dalam bidang ni..kalau orang yg bercouple tu mesti nak celebrate bagai anniversary diorang..kalau aku bercinta pula susah sangat nak cukupkan setahun, sebab itulah aku setia bersama blogku ini..di sinilah tempat aku meluahkan rasa, mencurahkan idea, memuntahkan kebencian kepada sesuatu yang aku tak suka..

Asal usul aku mula berblog ni sejak masuk ke kolej..masa tu aku suka membaca blog blog orang lain termasuklah housemate aku sendiri - Fatimah Farha..dia juga seorang blogger yang sangat happening..rindu kamu Aha.. :'(

Then start daripada situ, aku pun mulalah membuka akaun untuk blog aku under google..kenapa tidak wordpress or any other blog site?..aku pun tak tahu, memang dari mula lagi aku dah minat dengan google ni..lepas dah ada account sendiri, aku mula menarikan jari jemariku di atas keyboard menyumbangkan segala yg ada dalam kepala aku time tu..start dari entry pengenalan sehinggalah kepada percintaan, kekecewaan, persahabatan, dan dunia wataniah, aku masih terus bernafas dalam blogku..

Harap harap aku akan terus bersamanya sampai ke anak cucu..fuyooo!! boleh ke sampai ke anak cucu?..dah macam ucapan untuk pengantin baru pula..insyAllah kalau masih diberikan peluang aku akan terus bersamanya..dan mungkin juga suatu hari nanti aku akan membuat cerpen dalam blog aku kerana itu adalah kerjaya aku sewaktu dibangku sekolah dahulu..

Sampai di sini dahulu luahan rasaku..nantikan entry yang akan datang mengenai pengantin baru yang bakal disatukan dalam masa 4 hari sahaja lagi..daaa~wassalam

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

1 comment:

Fatin Ruslin said...

buatlah review pasal aku plak haha jeles ai dgn blogger u tuh tau hahaha =)