NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, May 31, 2012

KELUARGA 69...

Assalamualaikum readers.

Agak lama tiada khabar berita terkini tentang Cik Pinklover ni. Hari ni aku nak story tentang family aku yang kami gelar Keluarga 69. Aku pun tak tahu kenapa dipanggil macam tu, apa yang pasti, keluarga kami besar.

Kenapa aku cakap besar? Sebabnya moyang aku ada 12 orang anak. Daripada 12 orang anak tu, lahirlah berpuluh orang cucu. Kemudian, muncullah pula generasi ke-4 iaitu generasi akulah-cicitnya. Cicit moyang aku ni ramai juga, almost cecah hundreds gitu. Tapi the exact number aku tak kira pula. Lepas cicit, lahir pula generasi ke-5, aku pun tak tahu nak panggil apa, ada yang cakap piat (layankan saja).

So, back to our story. . .  apabila ada sesuatu majlis umpamanya perkahwinan, memang sangat meriah keluarga 69 ni. Sebabnya, bila semua anak-beranak berkumpul, majlis terus happening dan yang paling penting, keluarga kami pun dah cukup ramai untuk memeriahkan majlis, itu tak termasuk jiran tetangga dan para jemputan. So, kalau buat kenduri-kendara yang besar ni, paling sikit pun 3 ekor lembu wajib ditumbangkan. 

:: Ini Arwah moyang aku-Nik Zainab. Sudah 4 tahun kami beraya tanpa dia ::


Kalau dicampur dengan adik-beradik moyang aku tu, memang lagi ramai saudara-mara yang datang. Contohnya apabila Hari Raya Aidilfitri. Laman rumah nenek aku memang akan penuh dengan berpuluh-puluh buah kereta (nasib baik tanah luas). Kalau jiran tetangga tengok, mesti diorang fikir rumah kami ada buat kenduri kendara time Raya tu. Tapi sebenarnya bukan, keluarga kami memang besar dan ramai sebab tu dipanggil Keluarga 69. 

Tapi semenjak arwah moyang aku meninggal dunia, keseronokan tu agak berkurang. Sebabnya, kalau tiba Hari Raya, mesti moyang aku yang paling sibuk memasak lemang dan dodol untuk anak-anak, cucu cicit dia makan. Tapi sekarang semuanya dah berubah. Nenek aku saja yang rajin memasak lemang sebab dia anak sulung. Disebabkan itu juga, setiap kali Hari Raya, rumah nenek aku yang akan diserbu oleh sanak saudara. Kami sebagai cucunya memang akan busy di dapur membuat air dan menyediakan juadah. Dan kerana itu juga, tiap kali Hari Raya Pertama, kami tak keluar beraya, hanya stay di rumah tunggu saudara-mara datang bertandang.

Tapi aku sangat bersyukur kerana diberikan keluarga yang besar, meriah, penyayang, happening dan best macam Keluarga 69 ni. Walau kami tidak punya wang berjuta, harta berekar, tetapi kami ada keluarga yang besar dan best! So, korang pun kena bersyukur dengan family korang. Sedar asal usul keturunan korang. =)



>>Family 69 ni adalah family nenek aku sebelah my dad. Kalau family datuk aku sebelah my dad lagi gempak dan meriah sebab dari Utara tanah air <<



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

No comments: