"Ketawa dan air mata, Itu sebenarnya cinta, Kalau kau sedih pasti ku rasa, Begitu sebaliknya...
Ku senang engkau cemburu, Itu tanda kau sayangiku, Tahu kau takut kehilanganku, Begitu juga aku...
Ku juga suka bila kau curiga ia mengajarku erti setia, Apa pun sikapmu aku terima asalkan ada kebaikan..."
Sangat mendalam makna yang tersirat di sebalik lirik lagu ni. Tapi apa guna bercinta kalau tiada penghujungnya?
Apa guna bercinta andai tiada niat untuk menjadi yang sah?
Apa guna bercinta andai ada kecurangan antara kita?
Aku pun tak tahu apa akan jadi dengan kisah cinta aku. Yang pasti aku hanya mampu berdoa dan Allah Yang Maha Mengetahui segalanya. Redha saja andai tiada jodoh antara kita. Yes! Memang sakit, perit tapi sampai bila harus begini? Teman-teman ku ramai yang sudah ke jinjang pelamin, ramai yang sudah mempunyai keluarga sendiri. Tapi aku masih begini. Mungkin jodohku masih jauh dan masih tiada lagi sebab itu aku sering kali diuji. Tidak mengapa, aku tetap ada Dia tempat aku mengadu nasib diri.
Apa guna bercinta bagai nak rak tapi akhirnya putus di tengah jalan. Lebih baik aku sendiri memikirkan tentang hala tuju masa depanku. Banyak lagi yang belum aku kecapi tapi yang pasti, aku menanti peluang pekerjaan yang sesuai untukku. =)
Jika aku bukan pilihanmu,
Aku rela mengundur diri,
Jika aku bukan pilihanmu,
Aku doakan kau berjaya memilih yang sesuai,
Jika aku bukan pilihanmu,
Aku harap jangan kau hadir dalam hidupku lagi,
Kerana aku tidak mahu menitiskan air mataku lagi,
Hanya kerana insan yang tidak menghargai diriku...
fara,,
No comments:
Post a Comment