NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Saturday, September 29, 2012

SYUKUR...

Assalamualaikum....

Hye peeps! Good everning, happy Saturday. =)
Arini nak story tentang kesyukuran aku semalam. Memang tersangat bersyukur, itulah kuasa Allah Yang Maha Besar. Kalau memang rezeki kita, hak kita, milik kita, Insya-Allah tak akan ke mana.

Cerita bermula begini....semalam aku keluar ke Klang bersama Cik Kembar Sleeping Partner aku semasa di kolej dulu-Zureen. Kitorang plan nak ke Jusco Bukit Tinggi dan ke GM Klang. Maka menapaklah kami ke bus stop, setelah lama tak naik bas sama-sama. Dipendekkan cerita, sampai di Jusco, terus beli tiket HANTU K4PC4I. Lepas beli tiket terus pergi makan, cuci mata, dan solat.



Then, masanya sampai untuk menonton. Memang terbaik, senak perut aku ketawa dalam panggung tu. Rasa macam sekejap sangat cerita tu, tahu-tahu saja dah ending. Habis saja semua orang keluar dari panggung, aku dengan Zureen pun bangun nak keluar. Tapi, aku rasa macam something wrong. Macam ada yang tak kena, macam ada yang kurang. Aku pun stop, check poket, check bag nak cari boyfriend aku. SAH! BF aku hilang, tak dalam poket and beg. Muka time tu dah pucat, tangan seram sejuk. Mana tak takut, baru kot 'couple' dengan Encik Asha, kalau hilang memang aku tak nak keluar dari panggung tu.

Aku pun pergi semula dekat seat aku tadi. Check and search di sana. Zureen try buat panggilan rindu misscalled dekat nombor aku. Lepas aku terdengar-dengar suara Black menyanyi, "Aku kan pergi, pergi ku tak akan kembali.." SAH! Itu memang ringtone aku. Aku pun ikut bunyi tu, rupanya ada dekat perempuan cleaner cinema tu. Perghh!! Macam nak maki saja time tu, tapi tak ada bukti yang dia curi fon aku tu. So, aku ambil fon, check apa semua, terus keluar dari cinema. Memang sangat bersyukur tapi at the same time, bengang sangat dengan sikap manusia yang tak tahu nak faham perasaan orang. Apa salahnya dia pulangkan BF aku tu semula, dah terang-terang nampak aku tercari BF aku tu. Dia boleh buat bodoh and nak blah dari situ. Nasib baik suara Black menyelamatkan BF aku dari diculik dicuri.

~Thanks Allah, mungkin inilah berkat solat Dhuha di pagi Jumaat yang aku sempat buat tu =')




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, April 5, 2012

7 PETALA CINTA...

Assalamualaikum Cinta. 
Waalaikumussalam Rindu. 
Duhai bakal imamku, jangan biarkan hadirmu sekejap mata dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara.
Insya Allah.
Ya Allah, peluklah hati ini disaat aku mulai rasa gelisah dalam penantian penuh kesabaran ini, rindu ini kerana Mu Ya Ilahi.
Cinta bukan melemahkan tapi menguatkan, cinta juga bukan menyedihkan tapi menggembirakan.
Di antara 7 petala langit dan 7 petala bumi, ada 7 petala cinta...



Fuyooo!! Cik Pinklover dah start jiwa jiwang. Ini semua gara-gara Filem 7 Petala Cinta. Bestnya kalau dapat tengok cerita ni masa mula-mula keluar dulu. Tapi nak buat macam mana, orang single, mana boleh keluar sorang-sorang, nanti kena culik. So, kenalah tunggu ada yang sudi menemankan. Apa-apa pun, kalaulah kaim lelaki memahami hati wanita, mesti bahagia hidup wanita tu. Kalaulah lelaki tengok, faham dan hayati dialog-dialog dalam filem ni, mesti hubungan akan bertambah erat dan kekal bahagia. Ouuchhh!! Jiwang lagi ni. Sejak dua menjak ni, Cik Pinklover agak jiwang, dalam hati dia ada taman tapi tak tahulah sampai bila bungan-bunga dalam taman dia akan subur mekar mewangi. Kerana jodoh adalah rahsia Allah. Anytime Dia boleh tarik kebahagiaan yang diberi. 

Last but not least, LIVE YOUR LIFE FREELY AND HAPPILY!! =D


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, June 15, 2011

JEALOUS???

Salam readers~

Topik kali ini ialah jealous...korang kuat jealous tak? For sure aku memang kuat cemburu terutama sekali bila dalam perhubungan...thats why lah semua lelaki lari dari aku... =D

Tak apalah, tapi yang membuatkan aku bertambah jealous adalah dengan perempuan cantik ni...memang aku jealous sangat dengan dia ni...masa couple dulu pun, my ex suka sangat tengok dia ni...dan bila aku tengok and layan sendiri cerita yang dia berlakon, terus tak jealous dah...malah aku pun turut jatuh suka dekat dia...so cantik, so putih ini orang...memang patut pun lelaki semua suka tengok cerita tu, bukan saja jalan cerita yang best, suspense tapi pelakon pun tip top+cantik+handsome...



Mari Mar dibintangi oleh Marian Rivera sebagai Mari Mar@Bella Aldama disamping si hero kacak Dingdong Dantes sebagai Sergio...okey! Aku jatuh hati sama Sergio sudah... =)


Conclusion, saya dah tak jealous bila awak suka sangat tengok cerita Mari Mar ni...smile =)

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, June 11, 2011

HARI KE-14...


Salam readers~

Happy weekends! Cepatnye masa ni berlalukan...dah seminggu rupanya aku tak kelik Shah Alam...mueeheheee...it's okey it's alright, next week boleh balik terus...



BTW, hari ni aku telah melapangkan kepala otak aku dengan keluar dari hostel ni...dapatlah hirup udara 'segar' yang di'wangi'kan dengan asap rokok...memang sihat hari hari dok sedut asap rokok ni kan...apa apa pun back to the story...aku keluar dengan best boyfriend A.K.A. adik beradik satu E.F...kitorang keluar tengok KL GANGSTER dekat The Mines saja...tu pun aku rasa dah penat berjalan, nasib baik tak tidur dalam panggung tu...kalau aku tidur maknanya KL Gangster tu x syok lah kan, tapi memandangkan aku berjaga sampai habis movie tu, maknanya BESTlah cerita tu...memang aksi ganas+bahasa kasar tapi aku SUKA SANGAT!

"Lu abang long ka, lu ayahanda ka ini KL wa pegang!"

Before tengok cerita tu, aku sempat melepaskan gian dekat CENDOL!! Walaupun hanya cendol biasa itu sudah cukup untuk menghilangkan keinginan yang masih tidak sempurna dengan cendol...before ni pun aku ada pergi Kajang dengan member memberku semata mata nak cari cendol, aku lupa yang dekat Taman Semarak tu ada jual cendol...apalah yang aku fikirkan sampai lupa pasal tu...tapi kalau tak pergi Kajang hari tu, tak dapat pula kawanku merasa Pulut Mangga...ada hikmah disebalik yang berlaku... =)

P/S: Hari ni perlawanan bola antara Kelantan dan Terengganu untuk merebut Piala FA...Good luck-Gomo Klate Gomo vs Peteh Ganu Peteh...


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, May 30, 2011

SAYA NAK TENGOK TRANSFORMERS 3...

Tolong bawa saya tengok Transformers 3, please!! Time tu dah tak ada MARA menanggung so kenalah belanja saya yer...kesian dekat saya sebab akan jadi peng+anggur terhormat nanti...




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, May 20, 2011

NUR KASIH THE MOVIE...




Salam readers~

Hari ini aku TERover slept gara gara menonton NUR KASIH THE MOVIE malam tadi...plan ni memang tak dirancang pun sebab aku nak pergi tengok filem ni hari Sabtu ni, tapi disebabkan Aben, member sekolej aku ni bermurah hati nak bawa si kembar 3 dan Aina pergi Seremban, makanya dapatlah tengok movie ni...memang unexpected okey guys, bukan saja saja pergi tak nak ajak korang tapi rezeki datang jangan ditolak, thanks to Aben...lagi pun mungkin ini hang out terakhir kitorang (walaupun lain course tapi sama orientasi and from JayBee) yang bakal menamatkan pengajian tak lama lagi...

Masa tengah tunggu show pukul 10.45 p.m. tu, kitorang lepak lepak dekat ruang legar MBO Terminal 2 tu (first time okey aku pergi MBO, before this layan GSC, Cathay, and TGV saja)...memang gempaklah cinema ni berbanding GSC Terminal 1 tu...so masa tengah lepak lepak borak borak tu, lalulah dua tida orang mamat cute tapi dengan aweks masing masinglah...masa tengah dok usha diorang, tiba tiba mulut aku kaku, tak boleh nak cakap pape, just cuit cuit member aku nak tunjukkan sorang mamat yang memang cute+handsome tu...you know who? Zaquan Adha dengan wife dia, woww!! Terkelu mak, nyah...tiba tiba bintang bola tu lalu depan mata, diorang pun nak tengok NKTM maklumlah Ayu Raudhah berlakon sebagai isteri Aidil dalam movie ni...orang ramai yang dekat depan MBO tu semua dok pandang pandang diorang (bukan aku sorang saja yang jakun okey)..hahahaaa :D

Berbalik pada cerita NKTM tu, memang bestlah cerita ni...siapa yang tengok cerita Nur Kasih dekat TV3 dulu tahulah kenapa aku cakap movie ni best...touching habis tengok movie ni, member aku yang ganas tu pun boleh nangis bergelen gelen air mata dia tumpah (bak kata Ainalah)... :)

Movie ni adalah sambungan daripada drama Nur Kasih dulu...tapi banyak flash back sebab movie ni adalah penceritaan semula Aidil kepada Nur Amina yang sudah menjangkau usia tua dan lupa tentang kisah silamnya...tapi memang aku tabik pengarahnya sebab berjaya menggarap cerita ni dengan pelbagai konflik dan akhirnya cinta Nur Amina dan Adam tetap kekal hingga ke usia tua mereka dan ke akhir hayat Adam...dua tiga kali jugalah air mata aku meleleh tengok pengorbanan cinta diorang ni, nak nak bila diuji dengan macam macam dugaan...

Dan dalam movie ni juga pengarah ada menyelitkan tentang pendermaan organ...sejak dua menjak ni, aku ada baca article pasal pendermaan organ ni...dan aku memang berminat nak derma organ setelah bapaku sendiri menjadi salah seorang penderma organ...suatu ketika dahulu juga, arwah pak cik aku turut menerima organ daripada orang lain untuk meneruskan hidupnya...mungkin, inilah pengorbanan terakhir sebelum menuju alam barzakh...

Okey, mahu ke kelas Auditing...selamat berhujung minggu guys... :D

P/S: Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal untuk setiap pengorbanan yang kita lakukan...jika besar pengorbanan kita, maka besarlah ganjaran yang Allah janjikan buat hambaNya...

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, May 7, 2011

MALAM PESTA....



Salam semua~

Hari ni aku nak cerita pasal pesta malam mudi mudi (6/5/2011)...semuanya bermula pabila aku dan budak budak rumah aku tersangatlah bosan duduk melepak di rumah...macam biasalah, setiap kali malam Sabtu and malam minggu semestinya bosan berada di hostel ni...bila tengah menikmati keindahan malam hari dekat beranda tu, aku nampak si BKG yang sedang kesunyian...mesti dia pun bosan duduk dekat situ kan...aku pun kesian tengok dia, muka macam nak ajak keluar jer...dengan penuh rasa malu dan segan, aku pun bertanya kepada penjaga BKG...nasib baiklah Cik Puan Muda Nur Aqilah tu pun tak kisah...tapi still aku kesian dekat dia...dahlah penat siang hari dengan kelas dan assignment tak habis lagi, aku pula ajak dia meronggeng...so sorry dear...



Apa apa pun, lebih kurang jam 2200 kitorang sudah terpacak di Alamanda Putrajaya...memang dekat sini jelah pun yang ada mid-night and dekat dengan kolej kediaman kami (what the...)...then, aktiviti mengusha ticket wayang pun bermula...plan memang nak tengok FAST 5 sebab dah lama tak tengok action movie ni...tapi malang sungguh kerana tiket sudah sold out :'(

So, kitorang pun duduklah berdiskusi sekejap... "korang nak tengok movie tak?" Kalau nak tengok pun, yang ada hanyalah cerita seram and membosankan...kalau tengok movie seram tu, kesian dekat Qila nanti...then, plan kedua dibuat...decide nak main bowling pula...pergilah Cik Puan ni mengusha bowling pula...akak dekat kaunter tu cakap, lane kosong hanya ada lepas pukul 11.30 p.m...huargghhh!! Sedihnya...tak ada rezeki rupanya malam ni...

Tapi jangan mudah mengalah yer...so kitorang bertawakkal jelah dengan menu
nggu release time FAST 5 pada jam 2335...fuhh!! Lama juga kena menunggu tu, sementara menunggu tu kitorang makan sikit buat alas perut...kesian, masing masing tak sempat makan pun tadi...duduk duduk borak borak ambil angin dekat luar Alamanda tu, dan masa pun berjalan...almost 11 p.m. kitorang masuk dalam Alamanda semula and duduk duduk sambung cerita dekat dengan kaunter GSC tu...bukan apa, takut nanti tak sempat nak queue pukul 11.35 nanti...



Bukan kitorang saja yang tengah menanti release time tu, ramai lagi muda mudi tengah menunggu rupanya...memang gempaklah kot movie ni sampai ramai yang sanggup menunggu...tengok dekat skrin tu, ticket reserve ada lagi 80 tak diambil...macam ada harapan saja untuk kitorang tengok FAST 5 ni...



20 minit sebelum release time, aku dengan Qila dah siap queue...dengan penuh berharap ni...masa tengah queue tu, ramai dah yang start berbaris belakang kitorang...then, Qila pun buat plan...dia suruh aku beratur dekat depan, dia pula pergi belakang sikit...bukan apa, kalau line tu makin kurang and dah sampai time aku, tapi ticket tak release lagi, kan dah rugi beratur tu...so, kami pun teruskan dengan plan Qila tu...Zureen dengan Fyza pun beratur juga belakang sikit dari Qila...memang desperate ni nak tengok FAST 5, rugi tu kalau datang dari jauh tapi tak dapat apa apa hasil pun...

Luckily, nasib menyebelahi kami...release saja ticket tu, semua orang dok mengusha giliran masing masing...bila tengokkan keadaan kitorang, memang ada 80% ada harapan untuk kitorang dapat tiket tu...dan bila tiba saja masa kitorang, tiket sudah semakin berkurang...seat yang tinggal pun yang depan depan and tepi tepi saja...tak kisahlah asalkan dapat layan movie tu...lepas saja tiket berada dalam genggaman, pekerja GSC tu announce yang tiket hanya tinggal beberap keping and hanya untuk seat berasingan...fuhh!! Bersyukur sangat sangat nasib kami baik malam ni...



Tentang FAST 5 tu memang tak payah aku nak review lah kan sebab tengok daripada barisan pelakonnya pun memang dah gempaq...dan semestinya yang paling gempaq si mantop, sasa, bergetah - THE ROCK!!! Oh, I suka you THE ROCK!!! Badan dia membuatkan aku gila bayang...hahahah :D Memang tak sia sia menunggu dan menanti untuk movie ni sebab overall ceritanya memang best, gempaq habis!! Kereta semuanya cantik cantik, stylo, power power...dapat sebiji macam yang heroin tu drive pun dah cukup buat aku...muahhahahaa :)

Apa apa pun, malam ni kitorang berpesta dalam cinema dengan FAST 5 yang memang 5 starts!! Thanks to Qila and BKG...kerana tanpa kalian, sejarah dan kenangan ini tak kan tercatat~ :D

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, March 6, 2011

TRAILER KONGSI


Korang korang, jom tengok filem KONGSI nak? Bestlah cter ni, LU LANGSI LU MATI...cepat cepat, siapa mahu belanja aku ni? Cikaro cikaro, jom 12 Mei 2011 OK!! Confirm ketawa sampai menangis... :D

  • Sinopsis filem ini:
Filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.

ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu.

ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik.




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, February 10, 2011

TRAVELER 1...

Selamat pagi readers...hari ni aku nak story tentang aktiviti holiday aku...maklumlah orang bercuti sebulan ni, kerja tak ada (majikan pun tak nak ambik aku kerja kot), laki tak ada nak dijaga apatah lagi anak...so, kerja aku makan+tidur+online+layan astro (channel 611 tau)...fuhhh!! Disebabkan aktiviti yang tak berfaedah itu, makanya berat badan aku pun sudah bertambah, sampaikan kawan kawan mummy cakap aku dah chubby (memang aku chubby apa sejak dulu)..haish!!

So, nak dijadikan cerita...semalam (9 February 2011), aku bersama twins aku telah merayap+melencong ke City Square, JB...macam biasalahkan kalau dah masuk CS ni tempat pertama yang aku tuju ialah Popular and MPH Bookstores...memang aku suka membaca, dan ruangan yang paling aku minat adalah NOVEL MELAYU (biasalah minah jiwang+leleh)...sebenarnya aku nak beli Novel Doktor Cinta karya cousin aku Dya Dila tu tapi tak launch lagi...so aku cari pula Novel Jiranku Kekasihku and Sepupuku Suamiku, itupun aku tak ketemu...pelik sungguhlah, kedai besar tu pun tak ada novel novel tu? Memang aku curious, tak kan dah tak ada dalam pasaran novel novel tu? Cepatnya sold out...haishh!! Tak apalah, at last aku beli Novel Lovin' You (yang ada muka 2 ekor kucing yang comel tu, tapi aku tak suka kucing pun)...aku beli novel tu pun sebab ada rebat 20%, untung tu...heheheee!!


Lepas dah shopping dalam Popular tu, aku merayap pula ke Action City, tujuannya nak cari items Hello Kitty+cuci cuci mata...tapi terpesong sudah, aku nampak mouse HK yang cute and berlampu lampu so aku grab and pay...kalau dah nampak binatang HK tu, memang susah nak fikir panjang yer kawan kawan...sebelum aku keluar kedai tu, aku nampak JAM HK color PINK, cute sangat...ohh!! Maybe akan dibeli bulan depan atau April nanti (kalau panjang umurlah)...hopefully jam tu tak kan dinaikkan harganya...

Lepas dah penat kaki melangkah, kita isi perut pula yer...rindu dengan keenakan dan kelazatan Prosperity McD...nak double ke single? Aiseyyy, mamat jaga kaunter tu comel+ada ramai pula staf lelaki kat situ, takkan aku nak beli yang double, segan dehh...my water face kena jaga, makan banyak sangat nanti apa diorang cakap...so amik yang single jelar, nanti balik Seremban qada' balik untuk double (kalau stok masih ada)...

Dah kenyang aku makan, barulah minah dua orang tu sampai...pastu terus pergi beli tiket wayang...cerita apa? YOGI BEAR!! hahahah!! Cerita lain tak syiokklah, nanti aku tidur pula kat dalam cinema tu...dah beli tikat, teman diorang pula pergi makan dekat MB, ayam kat sini sedap dan tidak berminyak+salad pun manis...tepat pukul 1.30, gerak ke panggung 3 menonton si beruang yang bijak tapi selfish...overall, cerita Yogi Bear memang layan, aku bagi 3.5 binatanglahkan sebab aku tak menguap pun masa menonton tu...ceritanya pun sekejap jer, kira OKlah...dah penat ketawa sampai tegang urat pipi aku, tibalah masa meninggalkan CS...


(continue dalam TRAVELER 2 untuk mengetahui adventure yang aku lalui)...


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, October 17, 2010

FIRST DAY OUTING...

For the first day, we all went to Mid Valley and watch movie together. Then, visit the chocolate'ss booths for the Malaysia Cocoa Day 2010 at the MV Exhibition Centre. Best dapat makan coklat + strawberry, yummyy!! Then pusing-pusing cuci mata, balik hostel and continue for the next day outing.






Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, July 17, 2010

THIS WEEK...




Monday, 12 July 2010: Register for new semester, H3 in Business Studies. Blood donation. Twilight Saga Eclipse.
Tuesday, 13 July 2010: Over slept. Not going to the class meh..sorry
Wednesday, 14 July 2010: Went to Mr. Bala's and Miss Shamima's classes.
Thursday, 15 July 2010: Fever. Not going to the class again. 2nd meeting for new 'AJK' of Harimau Malaya.
Friday, 16 July 2010: Good girl went to class. Went to A&W after 15 years never go there. Cancel for the driving class reg because my dear friend can not accompany me.
Saturday, 17 July 2010: 11 years after my late uncle passed away :'( . Register for the driving class. Mantra. Maxis Centre.
Sunday, 18 July 2010: First class for 'Introduction to Driving'. :D


Dari Hati Nuraniku,fara,,

Tuesday, May 18, 2010

NEW MOVIE...

Okay, ni entry khas untuk teman-temanku yg free and sudi temankan aku (especially girls)..disebabkan bulan April dan Mei ni aku terlalulah busy dan bermasalah, aku decide nak release tension awal bulan Jun ni..so, korang-korang yg berkenaan sudi-sudilah temankan aku ke cinema yg berhampiran..kerana aku nak menonton Lagenda Budak Setan dan Kecoh Betul yg bakal menggegarkan panggung 3 Jun 2010..so kita kena rush and hurry siapkan assignment..bukan 1 assignment, tapi 4 assignments OK yg hadir dengan serentaknya..memang sewel sekejap aku dibuatnya..and kepada Mek Re and Mek Za, date kita untuk main bowling pun jangan lupa..pilihlah nak dekat KL, Seremban or JB? I'll follow..dan tak lupa juga kepada teman-teman di SK Port Klang, reunion kita bila yer? Informlah aku cepat-cepat weh..aku tak boleh nak uruskan sebab tu aku serahkan pada Ibob..cepat-cepat decide..jadual aku semakin semak ni..

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, April 18, 2010

AKTIVITI HUJUNG MINGGU...

Salam..hai korang..buat apa hari ni? Aku duduk rumah saja hari ni sebab semalam dah penat berjalan 12 jam pusing-pusing KL..biasalah hobi aku memang suka berjalan tapi badan ni tetap macam ni juga..bila nak kurus pun tak tahu..semalam aku pergi lepak Times Square and KLCC saja..tengok Semerah Cinta Fidzree..oppsss..terlebih sudeh, tengok Semerah Cinta Stilleto lar, so far OK saja komen tentang citer tu..tak segempaq and sepower ngauman KL Drift..heheheh..walau apapun aku tetap suka citer drift-drift berbanding citer cinta melayu tapi still tak boleh lawan Twilight Saga lar beb..hahhahaha

And citer tentang Twilight Saga ni, semalam aku bought a new DVD of New Moon, last year dah beli yg Twilight punya so this year New Moon pula..insya allah next year Eclipse pula..happy sangat-sangat sebab dah lama aku tunggu DVD ni..actually aku nak beli wedges yg harganya RM39.90 tapi bila saja nampak DVD ni aku terus cancel to buy the wedges and beli DVD ni sebab harga sama saja, tak kurang pun..maybe next time baru beli wedges pula sebab masa pergi Melaka dulu dah beli 1..heheheh

Apa-apa pun, aku berjalan semalam bukan sia-sia semata-mata sebab aku dapat belajar banyak benda baru and jalan-jalan di KL..at least, aku boleh jadi GPS yg lebih cekap nanti (WTFish)..selepas tengok movie, kitorang terus gerak pi KLCC..aku terlupa yg this week ada PC Fair, pada hal aku yg ajak diorang pi PC Fair tu aritu..huhuhu..sampai saja di KLCC, hujan sudah lebat membasahi bumi..nak atau tak kenalah lepak dalam KLCC yg tengah sesak dengan ribuan manusia itu..food court penuh dengan orang, nak duduk pun tak ada tempat..so jalan-jalan kt Petrosains floor dulu usha-usha orang..bila dah letih baru usha food court tu balik, fuhhh...susah gila nak cari tempat duduk dekat dalam food court tu, tapi tak apa..lekkk luuu..hahahah


Lepas beberapa jam lepak KLCC, kitorang pun chow pi KL Sentral..nak buat apa? Nak baliklah yang..tak kan nak tidur KL kot, tak kuasa nyah (teringat 'awek' kat KLCC tu)..hahahah..bila dah sampai KL Sentral, komuter ke Seremban baru saja berlepas..kitorang pun duduk dalam setengah jam menunggu komuter yg seterusnya..tengah duduk-duduk tu, aku ternampak muka seseorang yg memang familiar..bila tengok sekali lagi muka dia, dia pun pandang aku balik..aku nak tegur tapi takut salah orangkan maklumlah benda dah lama..mungkin pelanduk 2 serupa..tapi dalam segan-segan aku tu, tiba-tiba masa dah nak sampai Batang Benar aku beranikan juga tanya mamat tu (kata askar)..

"Tumpang tanya, ni Usop ke?"
"Eh, a'ah..ni sape yer?"
Hehehehe..alamak betullah dia..
"Ni anak pakcik Zul."
"Oh, patutlah macam kenal tadi. Belajar kat mana?"
"Dekat Nilai. Awk?"......

Itulah serba sedikit perbualan aku dengan mamat tu..lama kot dah tak jumpa sebab tu masing-masing macam segan..lagi pun masa kecil-kecil dulu tak rapat sangat tapi sebabkan berjiran kenalah kenal gak..apa-apa pun, mamat ni sikit pun tak berubah, masih macam dulu..teringat pula kenangan masa kecil-kecil dulu di Port Klang..rindunya saat-saat bergelar kanak-kanak tu..kenangan yg tak mungkin akan berulang lagi dan hanya mampu dikenang dan disimpan menjadi kenangan abadi..hanya mereka yg pernah merasa sahaja tahu bagaimana bahagianya saat itu..Oh..rindunya..........

OKlah, aku pun dah tak ada apa-apa nak citer lagi..cuma marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Abdillah Murad @ Achik SPIN yg telah kembali ke rahmatullah semalam..semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yg beriman..setiap yg datang pasti akan kembali kepada Maha Penciptanya..salam..


your sincerely,
fara,,

Tuesday, April 6, 2010

AKTIVITI MINGGU NI...

Sepanjang 1-5 April 2010...aku dan teman-teman sibuk dengan aktiviti harian kami..apa lagi semestinya MUKA BUKU...sampaikan assignment pun kami ketepikan..bukan apa, syok sangat layan game dalam muka buku tu...terutama sekali Farmville dan Cafe World...memang gian habislah sampai sanggup bangun awal-awal pagi untuk melihat sama ada makanan di Cafe sudah masak ke belum..yang aku pula sibuk harvest tanamanku...target aku nak capai level 50 then baru aku bersara dari Farmville..huehehehe..yeke? Aku pun tak sure..



Lepas dah puas layan game, barulah timbul keinsafan nak buat assignment..walaupun hanya diberikan 3 tasks, tapi kesemua task ini membuatkan aku makin gila hinggakan tersangap (mengantuk) jer tiap kali tengok soalan tu...tapi nak tak nak, aku kena buat juga sebab isnin kena submit...tapi tiap kali aku mula menaip, idea terus hilang, mood melayang-layang, and at last aku decide nak keluar hari ahad tu pergi nonton wayang...cerita apa? Cerita apa lagi bro, EVOLUSI KL DRIFT...barulah mood and semangat aku datang, nak-nak bila dengar deruman enjin skyline tu semua..fuhhh...memang gua suka, terasa sangat-sangatlah bersemangat and teruja nak meneruskan hidup dengan assignment...hahahahha..



And the day after the next day (hari inilah-6 April) girlfriends aku buat surprise belated birthday party untuk aku dan Sha..memang surprise habis sebab apa? Sebab aku dan Sha dikejutkan pada pukul 7 pagi sedangkan kelas kami pada pukul 10 pagi dan 2 petang..nak tak nak aku bangun juga walaupun mamai sebab diorang dok koir lagu "Happy Birthday!"...really-really surprise..thanks sangat-sangat korang tapi kita kurang sorang lagi gegirl-Farha..walaupun dikau jauh dimata namun tetap dekat dihati kami semua...Miss you sayang.. Sempena party tu, Aca masak spaghetti, Fyza masak agar-agar and Zureen tolong hiaskan rumah dengan belon-belonan..dan kek ditempah khas dari ibu Hanis Zalikha, memang sedap..thanks all!!


OKlah, hangpa layan saja gambar-gambar ni..wassalam..

your sincerely,
fara,,

Thursday, February 11, 2010

LADIES OUTING...

.:: Cup cakes yang aku buat malam sebelum outing ::.

Hari ni (10 February 2010) aku, fyza dan zureen (3 Hati 1 Jiwa) telah outing ke Bandaraya JB..kononnya kitorang ni pelancong lar dari Kelantan, Terengganu, dan Perak (tgk I.C lar beb)..makanya, kami pun bertemulah di City Square, JB..tempat tu jelar yg senang nak lepak2, shopping2, wayang2..hahahha..aku naik bas dari HSA, JB..tambang bas RM1 jer walaupun jaraknya tak lar jauh mana berbanding dari Legenda-Seremban yg tambangnya hanya lar RM2..so, aku sampai CS dalam pukul 12 tgh hari..kalau nak tunggu diorang memang lambat lar jawabnya sebab diorang dari Kempas-Larkin-Bandaraya dan Pasir Gudang-Larkin-Bandaraya..so, aku pun pergi check timing utk movie nanti..cerita2 melayu semua dah tgk..terpaksalah tgk citer Indon (seram) sebab diorang tak nak tgk citer org putih (maybe dah serik lepas tgk citer Paranormal Activity tu)..then, aku pun pergi lar merayap dulu..

Kedai pertama yang aku masuk adalah Action City..mesti korang tahukan apa yg aku tgk dalam kedai ni, semestinya Hello Kitty..heehehe,,banyak wehh HK yg comey2 tapi aku tak boleh beli sebab mak aku dah warning awal2, "Jimat2 duit tu, jangan beli yg bukan2"..huhuhu..jadinya, aku hanya cuci2 mata dulu, nantikan hujung bulan ni baru aku akan shopping betul2..wahahahahah..lepas gi kedai tu, aku gi melawat Popular plak, dah lama tak gi Popular, asyik gi MPH jer..cian Popular, dah rindu kat aku..masuk dalam Popular, aku tgk ada banyak buku tgh offer, maybe sempena CNY ni..aku pun rembat 1 buku setelah banyak buku yang aku kaji..buku2 yg lain tu bukan aku tak nak beli tapi ongkos tak cukup..kebetulan plak buku yg aku ambil tu ada diskaun so, aku beli lar..tapi agak rugi sebab aku tak ada kad Popular..kalau tak aku boleh dapat 25% diskaun daripada 15% jer..nak buat kad pun tak boleh sebab duit cukup2 makan jer..cian kat aku..huhuhu..

.:: Barang yg aku beli ::.

Lepas dah beli buku dan kad birthday utk mummy, aku pun menuju ke McD..nak makan CFK tak ada plak kat sini..haishh..tgh aku dok makan tu, mesej masuk daripada Zureen..belum sempat aku nak reply, fon aku mati..bateri dah kiok lar..padahal malam sebelum tu aku dah cas sampai full tau..memang nak kena campak ke laut fon ni tapi aku sayang fon ni sebab banyak kenangan dan cerita disebaliknya..insya allah kalau ada rezeki lebih aku beli fon guna duit aku sendiri, tak nak dah mintak kat daddy..bila fon dah mati, terasa aku seperti keseorangan walaupun sekeliling aku ramai orang..mana taknya, aku tak boleh berhubung ngan sape2 pun..sadis giler..nak tak nak, aku kena pergi public fon..aku telefon diorang bagi tau yg aku kat Tingkat 4 dan suruh diorang tunggu depan panggung..bila aku naik atas, sampai depan panggung, aku nampak muka yang sangat2 familiar bagi aku..sape? Jeng jeng jeng..Fatin Nazihah (ko tulis full name aku kat blog ko, aku pun ikut gak lar)..aku borak jap ngan dia dan ajak dia datang umah..yelar dah lama dia tak gi umah aku..kalau nak aku gi amik susah sikit lar sebab aku tak ada lesen lagi deh..parent aku pun busy kalau nak gi umah dia..sorry yer kawan..maaf juga kat kawan ko sebab aku terexcited sampai lupa nak salam dia dan tak kenalkan kawan2 aku kat ko..hihihihhi..Fatin nak tgk Adnan Sempit, citer tu aku dah tgk kat Mid Valley aritu so tak boleh lar 1 panggung ngan dia..

Lepas jumpa Fatin tu, aku ngan twins aku tu pun tgk screen sebab tak tahu nak tgk citer yg mana 1 (Air Terjun Pengantin atau Kuntilanak)..last2 kitorang tgk ATP sebab diorang takut nak tgk Kuntilanak..hehehehe..masa tgh dok usha citer kt screen tu, Zureen bagi present birthday kat aku..yelar, last week dia tak join kitorang outing..thanks sayang..ILY..tentang citer ATP tu, so far aku boleh bagi 2.5 bintang kat citer atp ni sebab kureng seram..tak banyak sangat aksi yang menarik..yang ada hanyalah muzik suspenz dan aksi pelakon2 yg berpakaian mencolok mata (ni Cikgu Rosiah yg ajar yer)..lepas 2 jam dalam panggung, kitorang kuar CS, gi Kotaraya plak..dah kata tadi pelancong, mestilah nak pusing2 JB ni dulu..kuar dari Kotaraya masuk plak Pasar Seni..pehh..bosan gak shopping complex kat JB ni ek..best lagi KL, rindu plak nak round2 sana..lepas dah bosan tu, kitorang amik bas terus gi Angsana plak sebab waktu tu baru pukul 3.30 ptg..awal lagi kot..sampai Angsana kitorang jumpa Helmi sebab bosan kat umah tu yg kitorang ajak gi Angsana..jalan2 jap kat Angsana pastu masuk CFK..I like it..sentiasa sayang CFK dari McD..kitorang lepak kat Angsana tak lama sebab fyza tak sihat, aku plak kena balik sebelum 5.30 ptg..dalam kul 5 tu, kitorang pun berpecah..zureen ngan helmi balik PG, fyza balik Kempas, aku plak tunggu mummy kat bus stop tu..penat gak berjalan arini..tapi tak lar jauh mana kalau nak dibandingkan berjalan dari Time Square ke KLCC memakai wedges..hehehhe..akhirnya, aku sampai gak kat Blok F1-02-02..Sekian..

your sincerely,
fara,,

Thursday, January 28, 2010

SHOPPING + MOVIE + EATING = ENJOY...

Salam tengah hari buat semua..hari ini merupakan hari kedua akhir sebelum aku berangkat pulang ke J.B. esok..semalam, aku telah ke Mid Valley untuk bertemu dengan Aha..dia tak jadi datang kolej jadi kami berempat (Aca, Sha, Fyza dan aku-Zureen balik J.B.) telah turun ke sana untuk memudahkan acara 'reunion' tersebut..sebenarnya aku memang nak keluar sebab nak cari buku dan pergi tengok Adnan Sempit..memandangkan semuanya free petang semalam jadi kami pun bergerak ke Mid menaiki KTM Komuter..

Aha sampai lewat sedikit jadi aku dan Fyza terpaksa masuk panggung dulu kerana Adnan Sempit sudah menanti kami di dalam pawagam..Aca dan Sha menunggu Aha di stesen Komuter tetapi Sha terpaksa bergerak ke KLCC kerana ada hal lain di sana..jadinya, Aca dan Aha pun masuk panggung berdua saja menonton cerita The Rock yang tough tu (Tooth Fairy)..

Selesai movie Adnan Sempit yang agak kelakaq tu sampai aku nak terkencing-kencing lepas keluar panggung tu, aku dan fyza pun jalan-jalan cuci mata..tapi matlamat dan tujuan aku masih belum sempurna..aku terus ke MPH dekat sebelah Secret Recipe tu..aku cari buku-buku yang aku mahu dan akhirnya aku ketemu..walaupun buku ini tidak setebal novel-novel yang aku selalu beli, tetapi isi dan makna yang tersirat di dalamnya amat tinggi nilainya..selepas membayar harga buku-buku tersebut, kami ke tingkat bawah sekali kerana aku nak cari kedai yang ada jual barang-barang berkonsepkan Hello Kitty..tapi yang aku jumpa semuanya tak menarik..yang ada pun cuma payung Hello Kitty tapi aku sudah ada payung..kalau aku beli mesti membazir..jadi, aku tak beli apa-apa pun barang Hello Kitty dekat sana..

.::Buku-buku yang aku ketemu::.


After sudah penat jalan-jalan tu, aku dan Fyza ke Memory Lane untuk mencari hadiah birthday Sha..dapatlah 2 jenis barang ni..wlaupun tak seberapa tapi aku rasa barang tu comel dan sesuai dengan Sha..hehehe

Then kitorang ke Secret Recipe nak duduk makan-makan dan lepak-lepak dengan Aha..itulah salah satu tujuan aku datang ke mari..kitorang pun makan-makan dan borak-borak dalam sejam camtu then, Aha faraidkan hadiah-hadia dekat kitorang..happy sangat-sangat sebab Aha belikan study lamp Hello Kitty untuk aku dan satu lagi barang yang berkonsepkan Hello Kitty..very-very the cute mehh..pink lagi, comel, cantik sangat-sangat..thanks Aha..nanti I belikan present birthday You pula OK..

.::Antara barangan berkonsepkan Hello Kitty yang aku dapat dari Aha::.


Lepas penat ketawa, borak-borak, kitorang pun apalagi..terus ke acara terakhir yang semestinya wajib dilakukan apabila keluar..tangkap gambarlah beb..aku pun tak tahu berapa banyak gambar yang diambil sebab diorang ni (Aha dan Aca) asyik tak puas hati saja dengan gambar-gambar mereka..bila aku sudah penat menunggu mereka beraksi, aku pun ambillah gambar sendiri..hahahah..kesian kau Farah..

Lastly, kitorang pulang ke kolej hampir pukul 9 malam..time tu tren memang penuh sesak dengan orang..penat juga dok berhimpit masa dalam tren tu..tapi aku tak terasa penat sangat sebab aku boleh membaca..orang lain semua aku tangok berpeluh-peluh, bersesak-sesak tapi aku relax saja..boleh membaca dengan tenang dan aman sekali..

Penat sudah jari jemariku menaip..akhir kata, sampai di sini dahulu entry aku buat kali ini..kalau ada kesempatan, aku akan menulis lagi di J.B. nanti..salam..have fun semua..

(Gambar-gambar dekat Mid masih dalam kamera Aha, aku tak boleh upload lagi)

your sincerely,
fara,,

Sunday, May 24, 2009

24 MAY 2009..


::HELIZA yg anggun, menawan::


::AWAL ASHAARI yg kacak, bergaya::


::SYUHADA n IRHAM::


::LAN yg kegilaan::

::BOMOH n ORG MINYAK berganding tenaga::

"Cinta hanya untuk yang ikhlas mencintai, bukan untuk dipersendakan"

Hari ini merupakan hari yang INDAH bagi aku sebab aku dapat jumpa ngan AWAL ASHAARI n HELIZA. Actually diorg ni manusia biasa jer tapi aku suka tgk cara, gaya n penampilan diorg. Cantik, anggun, menawan, encem.
Sebenarnya aku ni belum sihat sepenuhnya lagi. Aku still demam n selesema tapi aku kuatkan kaki melangkah n tabahkan hati menuju ke Seremban...hahahaha..poyo jer. Aku mmg nak kuar pun minggu ni sebab aku nak g tgk SYURGA CINTA. Mmg r ni movie Melayu tapi apa salahnya kalo kter menyokong movie dari negara sendiri drpd membanggakan movie dari luar Malaysia. Bukan aku x suka movie luar, aku pun ada watch movie luar tapi better pilih menonton movie dari negara kter (sokong lar barangan buatan Malaysia)..hahahahah
Berbalik pada cter td, SYURGA CINTA mengisahkan bibit2 percintaan antara Syuhada n Irham yg pada mulanya hanya lar berlandaskan taruhan yg dibuat antara Irham n teman2nye. Namun, takdir Tuhan merubah segalanya. Irham mula jatuh cinta kpd Syuhada yg merupakan guru sementara di sekolah Ikmal (adk Irham). Sewaktu cinta mula berputik, badai melanda. Pertaruhan Irham n teman2nye diceritakan kpd Syuhada n musnah segala cinta yg berputik di hati...nak tau ending, g lar menonton beramai-ramai...hahahahahah
Promotion tour td bkn just cter SYURGA CINTA but cter JGN PANDANG BELAKANG CONGKAK pun ada gak. Azlee n Lan mewakili krew2 filem tu turun padang jumpa fans. Giler happening r td. Sakit perut aku ketawa. Hilang sekejap kesakitan yg aku tanggung. Filem ni genre seram-komedi. Watak Lan sbg org minyak, Azlee sbg bomoh, Cat Farish plak jadi toyol. Confirm korg pecah perut nanti....hahahahah
So, kpd anda2 di luar sana, mari lar beramai-ramai penuhkan panggung menonton filem2 ni. Tapi JPBC kuar panggung 4 JUN ni tau. Ok, flu n fever comes out. Got to go. tata. adios.

Saturday, March 28, 2009

MOVIE MAKER..

Malam ni aku tak tau nak buat apa..nak online, line tak clear, asyik putus2 jer..nak tidur mata plak tak boleh nak pejam..nak makan perut dah kenyang..nak kuar kaki plak malas berjalan..huhuhuuhu..aku nak buat apa ni??

Aku pun gi godeh2 laptop tu..selama ni aku malas nak usha laptop ni, yang aku tau online, online dan terus online..bila aku dah usha2, aku jumpa something yang boleh dimanfaatkan (apa benda yg bermanfaat sgt tu?)..aha..windows movie maker..before this, aku wat donno jer bila nampak binatang ni, tp entah kenapa bila aku usha2 balik picture2 aku ngan member2 aku, rasa mcm nak wat something jer ngan picture2 tu (nak2 ada 1 picture ni yg wat aku tak boleh nak tidur td)..

Aku pun dengan happy and penuh excitednye terus import segala mcm pic yang aku rasakan sesuai..aku edit, aku paste..aku import, aku paste..dan akhirnya, setelah sejam berlalu, aku berjaya menghasilkan 1 movie yang boleh dikatakan perfect lar bagi bdk hingus yang baru nak belajar seperti aku ni..aku pun dengan penuh bongkak dan bangganya (tak ada lar bongkak sgt..hahahaha) menayangkan movie tersebut kpd housemates aku..diorg yang tgk tu pun terharu and happy sebab memory kitorang bersama byk yang aku masukkan dlm tu (terutama sekali pic bdk2 johor lar..hehehehe)..aku masukkan lagu ayat2 cinta..memang touching gak lar bila tgk movie tu..hahahahah..(maklum lar, the day before kitorang gi dgr forum ayat2 cinta..so layannn jelar..)..after this aku nakwat movie about family aku plak..hehehehe