Assalamualaikum....
Hye peeps! Good everning, happy Saturday. =)
Arini nak story tentang kesyukuran aku semalam. Memang tersangat bersyukur, itulah kuasa Allah Yang Maha Besar. Kalau memang rezeki kita, hak kita, milik kita, Insya-Allah tak akan ke mana.
Cerita bermula begini....semalam aku keluar ke Klang bersama Cik Kembar Sleeping Partner aku semasa di kolej dulu-Zureen. Kitorang plan nak ke Jusco Bukit Tinggi dan ke GM Klang. Maka menapaklah kami ke bus stop, setelah lama tak naik bas sama-sama. Dipendekkan cerita, sampai di Jusco, terus beli tiket HANTU K4PC4I. Lepas beli tiket terus pergi makan, cuci mata, dan solat.
Then, masanya sampai untuk menonton. Memang terbaik, senak perut aku ketawa dalam panggung tu. Rasa macam sekejap sangat cerita tu, tahu-tahu saja dah ending. Habis saja semua orang keluar dari panggung, aku dengan Zureen pun bangun nak keluar. Tapi, aku rasa macam something wrong. Macam ada yang tak kena, macam ada yang kurang. Aku pun stop, check poket, check bag nak cari boyfriend aku. SAH! BF aku hilang, tak dalam poket and beg. Muka time tu dah pucat, tangan seram sejuk. Mana tak takut, baru kot 'couple' dengan Encik Asha, kalau hilang memang aku tak nak keluar dari panggung tu.
Aku pun pergi semula dekat seat aku tadi. Check and search di sana. Zureen try buat panggilan rindu misscalled dekat nombor aku. Lepas aku terdengar-dengar suara Black menyanyi, "Aku kan pergi, pergi ku tak akan kembali.." SAH! Itu memang ringtone aku. Aku pun ikut bunyi tu, rupanya ada dekat perempuan cleaner cinema tu. Perghh!! Macam nak maki saja time tu, tapi tak ada bukti yang dia curi fon aku tu. So, aku ambil fon, check apa semua, terus keluar dari cinema. Memang sangat bersyukur tapi at the same time, bengang sangat dengan sikap manusia yang tak tahu nak faham perasaan orang. Apa salahnya dia pulangkan BF aku tu semula, dah terang-terang nampak aku tercari BF aku tu. Dia boleh buat bodoh and nak blah dari situ. Nasib baik suara Black menyelamatkan BF aku dari diculik dicuri.
~Thanks Allah, mungkin inilah berkat solat Dhuha di pagi Jumaat yang aku sempat buat tu =')
Dari Hati Nuraniku,
fara,,
No comments:
Post a Comment