NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Friday, March 30, 2012

RESEPI: KEK OREN...

Assalamualaikum readers...

Hari ni aku nak share resepi Kek Oren yang aku dapat daripada seorang kenalan dalam FB. Kenalan aku ni memang bisnes jual kek dan dia memang expert bab baking ni. Macam-macam resepi dia share dalam FB dia. Sangat best bila jadi seperti dia. Thanks Kak Aimi =)

RESEPI KEK OREN:


  • Bahan-bahannya:-


  1. 200 gram tepung gandum
  2. 180 gram mentega (tapi aku guna Marjerin Daisy)
  3. 160 gram gula halus
  4. 4 biji telur
  5. 1 biji limau (ambil jus dan parutan kulitnya)
  6. 1/2 sudu besar ovelatte
  7. 1 sudu baking powder
  8. Sedikit soda bikarbonat
  9. Pewarna oren



  • Cara membuat:-


  1. Pecahkan telur-asingkan putih daripada kuning dalam mangkuk berlainan
  2. Dalam mangkuk A, pukul putih telur hingga kembang/ringan
  3. Dalam mangkuk B, pukul gula bersama mentega. Masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga kembang.
  4. Masukkan pula tepung gandum, baking powder, dan soda bikarbonat- kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan putih telur dari mangkuk A bersama-sama dengan jus oren dan ovelatte. Pukul sehingga sebati dan masukkan parutan kulit limau bersama dengan pewarna.
  6. Bakar pada suhu 150-160 darjah Celcius selama 1 jam.




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, December 15, 2011

RESEPI: IKAN MASAK PINDANG...


  • Bahan-bahannya:
.:: Dah macam rupa Tom Yam Campur pula ::.
  1. 3 ekor ikan kembung/selar kuning (bergantung pada individu)
  2. 1 helai daun kunyit
  3. 1 ulas bawang besar
  4. 2 ulas bawang putih
  5. 2 keping asam
  6. 1/2 inci halia
  7. 4 tangkai cili api
  8. 500 ml air
  9. Sedikit serbuk kunyit
  10. Sedikit garam.

  • Cara memasak:
  1. Masukkan kesemua bahan (1-9) ke dalam periuk.
  2. Renehkan sehingga mendidih dan masukkan garam.
  3. Biarkan selama 5 minit dan siap untuk dihidang.



As simple as ABC. Inilah resepi aku bila aku malas nak memasak dan hilang mood nak memasak. Tapi resepi ni sangat berkhasiat sebab tidak menggunakan sebarang minyak. Sesuai untuk menu diet anda.



Alhamdulillah, hari ni aku berpuasa. Insya Allah akan berbuka dengan menu ini.
Terima kasih Ya Allah kerana menduga hambaMu ini hari ni.
Aku redha. Aku tahu Kau masih sayangkan aku.
Semoga dugaan yang aku terima hari ni akan menambahkan lagi keimananku kepadaMu dan menguatkan aku.
Maafkan aku kerana selalu melanggar perintahMu.



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, December 5, 2011

BABY SITTER...

Assalamualaikum...

Hari ni hari ketiga aku jadi baby sitter. Almaklumlah musim cuti sekolah ni, budak budak semua tak sekolah+tak ada aktiviti untuk dibuat. Makanya, adik adik saudara aku pun ikutlah aku balik rumah maksu aku ni. Dan disebabkan mak dengan makcik aku kerja, akulah yang menjadi baby sitter mereka. 

Haishhh!! Korang pun tahukan yang aku ni tak ada adik lelaki. So, memang menguji kesabaranlah bila kena jaga adik adik lelaki ni. Memang tak boleh nak lembut, kena ganas+kasar juga. Bila dah jadi baby sitter, makan pakai diorang semua aku yang jaga. So, disebabkan aku tak ada mood minggu ni, aku tak ada idea nak memasak dan aku tersangatlah malas nak masuk ke dapur. Tapi bila fikirkan balik, kesian pula budak budak ni nanti. Aku pun pergilah masak main campak campak saja. Menu hari ni ayam goreng+telur masak kicap. Aku pun tak tahu apa rasanya tapi yang pasti adik adik aku makan bertambah tambah nasinya. Maknanya, sedaplah tu kot. Bhahahaha =D 

Sangat kelakarlah. Aku yang tak ada selera nak makan ni pun join diorang makan sekali. Hmm..boleh tahanlah lauk yang aku masak tu, meaning boleh diterima tekaklah. Dan petangnya pula, aku buatkan cucur ikan bilis untuk budak budak ni. Budak lelaki bila umur membesar ni memang kuat makan. Habis licin pinggan cucur ikan bilis tu diorang makan. Haishh! Sedaplah tu. Ahakss! =)

*Walaupun aku selalu marah marah adik saudara aku ni, tapi dalam hati aku tetap sayangkan diorang. Bila orang marahkan kita, maknanya orang tu sayangkan kita right? Fikir fikirkan dan selamat beramal =P

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, October 17, 2011

RESEPI: BISKUT TAT NENAS...

Bila aku tengah bosan tahap dewata, memang aku akan memasak. Boleh dikatakan hobi akulah tu selain membaca novel. Lagi pun apa guna jadi perempuan kalau tak tahu memasakkan? Baik jadi lelaki kalau serba serbi tak tahu buat. So, selamat mencuba. Yok makan makan!! =)


BISKUT TAT NENAS

  • Bahan-bahannya (100 biji):
  1. 250 g mentega
  2. 1/2 cawan gula aising
  3. 1 biji kuning telur
  4. 2 sudu tepung kastard
  5. 2 sudu tepung jagung
  6. 2 1/2 cawan tepung gandum
  7. Secubit garam
  8. Jem nenas
  9. 1 biji telur + pewarna kuning (untuk disapu atas biskut)
  • Cara membuat:
  1. Pukul gula aising bersama mentega hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan kacau bahan tadi hingga betul-betul kembang.
  3. Masukkan tepung kastard, tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit.
  4. Uli sehingga menjadi doh. 
  5. Tekan doh menggunakan acu dan letakkan jem nenas di tengah-tengah. Sapukan kuning telur yang telah dipukul bersama pewarna kuning.
  6. Setelah siap, bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga biskut masak.


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, September 28, 2011

RESEPI: KEK MARBLE...

Assalamualaikum...

Hari ni tiba tiba tekak aku teringin nak makan kek. Makanya aku pun dengan rajinnya carilah bahan bahan untuk membaking. Tapi dengan malangnya, telur tinggal sebiji saja so, sikit sajalah kek yang dapat aku buat. Dah lama sebenarnya aku tak membaking ni, asyik buat kuih raya saja. Tapi bahan bahannya tak banyak beza pun.


  • Bahan-bahannya:

1 Cawan butter/marjerin (aku guna Marjerin Daisy)
1 Cawan gula aising (aku guna gula kastor)
3 Biji telur (tapi aku guna 1 biji saja)
2 Cawan tepung naik sendiri (aku guna 1 cawan saja)
1 Sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna hijau, kuning, dan merah (selalunya orang guna warna kuning dengan coklat)


  • Cara membuat:


  1. Firstly, pukul marjerin bersama gula sehingga kembang (means sampai warna marjerin tu berubah).
  2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi sehingga kembang.
  3. Masukkan esen vanilla diikuti tepung sedikit demi sedikit.
  4. Pecahkan adunan kepada tiga bahagian dan masukkan pewarna yang diingini.
  5. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit (sampai kek tu betul betul masaklah tu).

Senang bukan nak membaking Kek Marble ni? Sebab tu aku suka masak kek ni tapi Kek Coklat Kukus pun senang untuk dibuat. Next time aku share resepi Kek Coklat Kukus pula. Selamat mencuba =)


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, September 14, 2011

RESEPI: GULAI LEMAK PUCUK UBI

Assalamualaikum...

Disebabkan mak aku berpuasa hari ni, aku dengan rajinnya telah mencemar duli masuk dapur. Sudah lama rasanya tak pegang kuali dan senduk untuk memasak. Makanya hari ni aku masak Gulai Lemak Pucuk Ubi dan Sambal Tumis Tempe dengan Ikan Bilis. Selamat merasa masakan ku mummy. =)
  • Bahan-bahannya:


  1. Secekak pucuk ubi kayu (1 ikat)
  2. 10-15 tangkai cili api (bergantung pada tahap kepedasan anda)
  3. 1/2 genggam ikan bilis
  4. 2 ulas bawang putih
  5. 1 ulas bawang besar
  6. 1 inci halia
  7. 1 helai daun kunyit
  8. 1 batang serai
  9. 200 ml santan kelapa
  10. 2 sudu serbuk kunyit
  11. 2 sudu air asam jawa
  12. Sedikit air
  13. Garam dan gula secukup rasa


  • Cara memasak:


  1. Kisar bahan 2-6. Panaskan periuk dan masukkan bahan kisar tadi bersama serbuk kunyit. Tambah air jika perlu.
  2. Masukkan daun kunyit, serai dan santan. Kacau sehingga pecah minyak dan masukkan pucuk ubi.
  3. Apabila mendidih, masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Jika mahu lebih sedap, bolehlah masukkan ikan masin yang sesuai.


Resepi yang mudah disediakan tetapi memudaratkan jika tersalah langkah. Boleh bocor usus kalau tersalah memilih. Faham-fahamkan dan selamat mencuba. =)

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, August 4, 2011

RESEPI: DAGING MASAK KICAP BEREMPAH...

Hidangan untuk 4 orang


  • Bahan-bahan:


  1. 200-250 gram daging lembu (aku rebus dulu daging ni)
  2. 1 sudu ketumbar
  3. 1 sudu jintan manis
  4. 1 sudu jintan putih
  5. 1 sudu kicap pekat
  6. 1 sudu gula
  7. 1 sudu serbuk kunyit
  8. Secubit garam
  9. 2 ulas bawang putih
  10. 2 ulas bawang merah
  11. 1 inci halia
  12. 2 tangkai cili api
  13. 1 keping asam
  14. 2 sudu kicap pekat
  15. 1 sudu sos tiram
  16. 1 sudu serbuk lada hitam
  17. 2 cawan air (lebih elok kalau dapat lebihan air rebusan daging tadi)



  • Cara memasak:


  1. Perapkan daging bersama ketumbar, jintan manis, jintan putih, serbuk kunyit, kicap pekat, gula dan garam. (Perap selama 1 jam)
  2. Tumiskan bawang putih, bawang merah, dan halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging yang diperap dan biar sehingga separuh masak.
  4. Masukkan air, kicap pekat, sos tiram, dan lada sulah. Biar daging masak selama 10-15 minit.
  5. Masukkan cili api dan asam keping. Biar sehingga mendidih dan kuah sedikit kering.
  6. Siap untuk dihidang.




.:: Juadah berbuka Hari Keempat Ramadhan. Alhamdulillah. ::.


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

RESEPI: IKAN MASAK TAUCU DAN AYAM GORENG BEREMPAH...

Hidangan untuk 4 orang


IKAN MASAK TAUCU

  • Bahan-bahan:

4 ekor ikan kembung/cencaru (yang sesuailah)
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 inci halia
8 tangkai cili api
2 keping asam
2 sudu taucu
800 ml air
Garam secukup rasa


  • Cara Memasak:


  1. Goreng ikan sehingga masak dan ketepikan.
  2. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, dan cili api sehingga naik bau.
  3. Masukkan 2 sudu taucu dan kacau hingga masak.
  4. Masukkan air, ikan yang sudah digoreng, asam keping, dan garam. Biarkan hingga kuah mendidih dan masak.
  5. Siap untuk dihidang.



AYAM GORENG BEREMPAH


  • Bahan-bahan:


  1. 5 ketul ayam (dada/paha/kepak)
  2. 1 sudu jintan manis
  3. 1 sudu jintan putih
  4. 1 sudu ketumbar
  5. 1 sudu serbuk kunyit
  6. 1 sudu serbuk cili
  7. 1 sudu sos tiram
  8. Garam secukup rasa



  • Cara memasak:


  1. Perapkan ayam bersama kesemua bahan-bahan di atas. (at least 1 jam tapi aku perap 3 jam)
  2. Goreng ayam sehingga masak.
  3. Siap untuk dihidang.



P/S: Resepi ni aku ikut citarasa sendiri. Kalau korang tak suka, boleh ubah ikut kehendak masing masing. Tapi hasil yang aku dapat sangat memuaskan. So, selamat mencuba. =) 




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, June 2, 2011

HARI KE-23...

Salam readers~

Happy Thursday...cepatnya masa berlalu...terasa baru semalam aku berada dalam hari Sabtu tapi hari ni sudah Khamis...dan semakin dekat masa yang dinantikan...assignment akan di submit esok atas budi baik Mr. Alfred...so, relax sikit malam tadi dan boleh tidur dengan lama dan lena... :)

Hari ni aku nak masak puding cocktail faveret dan yang paling senang dimasak...dah lama nak buat puding ni tapi masa tak mengizinkan...so hari ni ada free, bolehlah masak memasak...mungkin ini yang terakhir buat housemates ku... :'(

P/S: Pagi pagi buta lagi dah ada orang mengganggu tidur aku...korang tau tak hari ni kelas aku start pukul 2, bukan pukul 9 pagi! So jangan kacau aku tidur! X(



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, March 10, 2011

HARI YANG BERMAKNA...

Hari hari sangat bermakna buat aku, tapi hari ini sangat sangat sangat bermakna sebab masa aku terisi sepenuhnya dengan berkualiti...waahhhh!! Bahagia ku rasakan hari ni walaupun Tanjung Pelepas dilanda hujan...hujan rahmat...aktiviti hari ini:-

  1. Makan
  2. Kemas rumah
  3. Basuh kain baju
  4. Berkebun
  5. Tidur
  6. Baking
  7. Sewing
  8. Listening and watching
Esok kembali malas...sebab hari ini dah terlebih rajin...tapi yang bermakna sekali adalah baking...kerana aku baking dengan resepi aku sendiri...

  1. Tepung secukup rasa
  2. Gula sesedap hati (aku pakai gula perang organik)
  3. Telur ayam sebiji
  4. Marjerin ikut suka
  5. Sedikit serbuk koko dan nescafe
  6. Baking powder
  7. Asen vanila
At last jadi juga kek aku, kek kurang manis yg sihat untuk kesihatan...lepas ni nak try kek lain pula, maybe fruit cake...huehehehe :)
Nasib baik tukang habiskan kek aku tak balik dari 'tahanan' lagi kalau tak mesti habis dia bedal walaupun dia kata tak sedap...biasalah tu, ayat coverline...kasut yg aku order dulu dah sampai, sungguh excited nak melaram dengan wedges baru and baju baru...can't wait for this Saturday event!!

Jangan lupa memeriahkan Jom Heboh@Danga Bay JB tapi before tu, pergilah Al-Kuliyyah esok petang, lebih berfaedah dan bermanfaat... :D


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, October 24, 2010

MAKAN + POSING...






Kami gila bergambar. Hari ini rezeki masuk, ada member ajak makan dekat rumah. Best!! Kumpul ramai-ramai pastu makan-makan, borak-borak, and bergambar together. Actually, kami semua mula rapat sejak menjadi group untuk presentation and assignments. Before this hanya kawan-kawan biasa saja tapi bila dah mula berkawan, mulalah kegilaan itu terserlah. Chill girls!!

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, May 18, 2010

DIET DAN JENIS DARAH...

Salam..entry ni hanya untuk pembaca golongan darah AB sahaja khasnya dan yg sudi membaca umumnya..saja jer main-main tapi betullah, kalau anda tergolong dalam golongan AB, selamat datang saya ucapkan, kita serupa okay..pasni jangan kedekut mahu sumbang-sumbang darah dengan saya, jangan sumbang lain sudahlah (lu pikirlah sendiri..waakakaka)..sebenarnya kita wajib bersyukur dengan setiap kejadian Allah terutamanya jenis darah kita sebab darah kita special, kedekut tu..anda tak faham? Anda buka balik buku Biology Form 4 and Form 5 dan study balik ya..OK, mari kita teruskan dengan topik hari ini..sebenarnya saya pinjam info ni dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, info yang tersangatlah berguna untuk saya dan anda semua..kalau nak info yang lebih lanjut, klik saja pada link YADIM tu..


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

Saya agak tidak suka dengan ayat "harus menghadkan pengambilan udang" sebab itulah favourite saya, mummy pun tahukan, orang suka bangat makan udang..udang wajib ada setiap kali orang balik JB..sedihnya, tak boleh makan udang banyak-banyak dah lepas ni..

Dari Hati Nuraniku,fara,,

Friday, January 1, 2010

PENUTUP...


.:: Persediaan membuat karipap ::.


.:: Menu pada hari terakhir 2009 ::.

Hari terakhir bagi tahun 2009..hari ini kelas berjalan macam biasa..Marketing Intelligence pagi, Common Law pula petang..suasana di kolej agak sunyi kerana ramai pelajar sudah kembali ke kampung halaman masing-masing untuk meraikan tahun 2010 yang bakal menjelma..selepas kelas Common Law, aku pulang ke hostel..aku dan teman-teman serumahku bersiap sedia untuk memasak..masakan terakhir bagi tahun 2009, pasti berapi dan panas..menu hari ini ialah masak lemak cili api, sambal belacan, tempoyak, ulaman, dan karipap (ada sebab kenapa karipap tu disediakan)..macam biasa aku dan teman-temanku memotong dan menyediakan semua bahan yang diperlukan..sebelum itu, kami telah ke Pasar Besar Seremban pada hari Rabu yang lalu..sewaktu di pasar, kami kelihatan seperti artis kerana orang di pasar semua sibuk memandang kami (mungkin pelik kot sebab anak-anak gadis yang cantik-cantik dan ayu ni ke pasar)..barang-barang keperluan di pasar lebih murah dan boleh didapati dalam kuantiti yang banyak..keseluruhannya kami berpuas hati berbelanja di sana..

Berbalik pada masakan tadi, mula- mula kami masak inti karipap dan membuat dohnya..sementara menunggu inti dimasak oleh teman-temanku, aku memanaskan periuk dan memasak gulai lemak..actually ini first time aku masak gulai lemak..sebelum-sebelum ni aku masak lauk tumis-tumis sahaja..nak dijadikan cerita, daun kunyit pula tidak ada..aku lupa nak beli masa di pasar..jadinya masak lemak aku tiada daun kunyit hanya ditambah daun limau purut sebagai pewangi masakan..sesudah selesai masak lemak, aku memulakan langkah seterusnya untuk membuat karipap..doh yang telah diuli dan dibiarkan selama 1 jam tadi aku potong-potong dan bentukkan menjadi kulit karipap..teman-temanku menolong memasukkan inti dan membentuk karipap tersebut..kerja-kerja penyediaan karipap selesai pada jam 6.45 petang..aku tidak berhenti di situ kerana sambal belacan dan ulaman masih belum disediakan..selepas siap menyediakan menu terakhir itu, acara menghidang makanan dimulakan tetapi hidangan hanya boleh dimakan selepas kehadiran 2 orang lagi temanku..

Selepas Isyak, kesemua temanku sudah cukup dan acara makan-makan pun dimulakan..sesi pertama semua makan dengan lahapnya sambil bergambar..masuk sesi kedua, semua menangis bersama-sama..nak tahu sebab apa? Sebabnya masakan tadi terlebih berapi dan panas..hahhahaha..sorry guys..apa-apa pun mereka semua tetap makan sambil 'berulamkan' air, karipap, dan gula (konon nak hilangkan pedaslah tu)..karipap yang dibuat tadi tidak pedas tetapi isi kentang telah menjadikan karipap tersebut manis sebab itulah adanya karipap..aku pada mulanya dapat menahan pedas tapi apabila melihat teman-temanku menangis, aku mula ketawa sambil menangis dan selepas habis sahaja nasi dalam pingganku, aku pun mencari air berbotol-botol..seperti yang dijangka, malam itu semuanya ke toilet..nasib baik tidak teruk sangat sakitnya..malam itu kami countdown New Year di rumah Kak Indah (countdown ke? aku rasa masing-masing sibuk online dan tengok TV)..walau apa pun, Selamat Tahun Baru 2010..semoga segala yang dirancang menjadi kenyataan pada tahun ini (umur yang bakal mencecah 20 tahun bukan aku rancang, aku tidak bersedia menjadi tua lagi!!)..

your sincerely,
fara,,

Monday, April 20, 2009

RESEPI HARI INI...


::kurma ayam::


::udang goreng::
Hari ni aku xde class. Actually for the whole week coz this week is EXAM WEEK. Hmmm..exam hah..aku dah ready ke? Account aku dah ready yg lain2 tu entah lar. Mcm xde feeling jer nak exam ni coz otak aku dh ada kt kg. Aku nak blk Perak 1 Mei ni ngan family aku. Rindu gler kt Menaraku yang Condong tu, kt sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang and the most important thing is missing my grandma. Dah 5 bln tak blk kg...huhuhhu..

Right, lets back ok. Aku nak cter tentang HARI INI. Dah agak lama gak r aku tak masuk dapur (memasak), asyik masak kt kedai jer kan. So, pagi ni aku pun merajinkan kakitanganku untuk memasak. Aku malas nak masak ni bkn apa, kalo aku masak mesti aku banyak makan. Tapi kalo bdk2 umah aku yg masak, aku x mkn pn. Tu yg pelik tu, aku ni dlm proses diet...hehehehe..Bila aku buka bekas beras, alangkah terkezutnye aku bila tgk bekas tu dh kosong. Aku relax jer. Aku masak kurma ayam then aku gi kedai beli beras, gula, ikan, udang. etc. Sampai umah, aku continue masak. Aku masak nasi and goreng udang (aku letak something yg membuatkan udang ni best). Kalo korang ada baca post aku yg about masak2 tu, aku ada cter about udang ni. Udang ni mmg favourite aku and kalo blk JB pun mummuy mesti suruh aku masak udang ni...heheheh..sedap lar tu kan. Udang ni mmg pedas sbb aku letak byk cili api...hahahah..favourite aku. Kalo nak tau cmne rasanye, mai lar umah chek..heheheh..adios!!

Wednesday, March 25, 2009

TODAY STORY...

Hari ini aku ada kelas dari pukul 8-10 pagi jer. Before that, aku ada rall-call Harimau Malaya. Tak ramai pun yang datang, nak2 budak rekrut. Berapa kerat jer yang datang, yang lain tu waallahua’lam. Lepas rall-call tu aku balik umah jap salin baju, malaslah pakai baju loreng, panas and gelebeh. Lepas abis kelas, aku ngan housemates aku (zureen and fyza lar) gi kedai beli barang dapur. Arini aku nak masak mee bandung Muar (maklum lar baru balik dari Muar..hehehehe). Sampai kat umah, aku salin baju and terus gi dapur. Aku basuh udang, sotong, ayam, and segala macam rencah untuk masak mee tu. Jenis aku ni tak suka ada orang kat dapur time aku tengah masak (macam susah nak wat keje kalo ramai2 sangat kat dapur tu), aku lagi suka kalo alone jer (dah memang aku alone pun, single and available…hahahaha). Zureen, Fyza and Acha offer nak tolong tapi aku cakap tak payah lar. Tapi Zureen dah tak ada keje nak wat so dia tolong lar, aku pun tak leh nak halang dah orang nak tolong (maklum lar time tu elektrik tak ada so minah tu tak leh nak on9, tu yang dia tolong aku tu..hahahahaha). Start masak dalam pukul 10.45 a.m and aku siap masak dalam pukul 11.45, sejam gak lar aku potong2 sayur and masak tu smua. Alhamdulillah, abis smua mee yang aku masak. Tak tau lar sedap ke tak sebab masing2 tengah kebulur time tu. Selain mee, aku ada goreng udang (aku letak cili api, daun kari and butter cereal seasoning powder). Udang tu memang pedas sebab aku suruh Zureen potong cili api dalam 7 tangkai. Budak2 ni pun apa lagi, menangis tak berlagu lar masa makan tu (cian member2 aku..hahahahaha). Aku and Zureen memang suka makan pedas2, sebab tu kitorang letak banyak cili api, tu pun tak cukup pedas lagi, huhuhuhu. Lepas dah abis makan tu, smua sibuk on9 and wat keje diorang smula (before this kan tak ada elektrik, so budak2 ni start on9 balik lar, termasuk lar aku. Kalo tak korang tak leh baca apa yang aku tulis ni..huhuhuhu). Pukul 2 nanti budak2 engineering ada class so, tinggal lar budak2 bisnes jer kat umah ni (bak kata Acha and Aha, “budak2 Johor”-tu lar nama untuk kitorang budak2 bisnes kat umah ni). Petang ni aku ada PT pukul 5.30 p.m. So after this aku nak tidur sekejap, penat plak masak tadi (almaklum ler teman ni dah sebulan tak masak, kat dalam hutan dulu pun masak guna lilin and dapur kecik, tak puas). OK, wait for my next post…tata titi tutu…