NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, January 1, 2010

PENUTUP...


.:: Persediaan membuat karipap ::.


.:: Menu pada hari terakhir 2009 ::.

Hari terakhir bagi tahun 2009..hari ini kelas berjalan macam biasa..Marketing Intelligence pagi, Common Law pula petang..suasana di kolej agak sunyi kerana ramai pelajar sudah kembali ke kampung halaman masing-masing untuk meraikan tahun 2010 yang bakal menjelma..selepas kelas Common Law, aku pulang ke hostel..aku dan teman-teman serumahku bersiap sedia untuk memasak..masakan terakhir bagi tahun 2009, pasti berapi dan panas..menu hari ini ialah masak lemak cili api, sambal belacan, tempoyak, ulaman, dan karipap (ada sebab kenapa karipap tu disediakan)..macam biasa aku dan teman-temanku memotong dan menyediakan semua bahan yang diperlukan..sebelum itu, kami telah ke Pasar Besar Seremban pada hari Rabu yang lalu..sewaktu di pasar, kami kelihatan seperti artis kerana orang di pasar semua sibuk memandang kami (mungkin pelik kot sebab anak-anak gadis yang cantik-cantik dan ayu ni ke pasar)..barang-barang keperluan di pasar lebih murah dan boleh didapati dalam kuantiti yang banyak..keseluruhannya kami berpuas hati berbelanja di sana..

Berbalik pada masakan tadi, mula- mula kami masak inti karipap dan membuat dohnya..sementara menunggu inti dimasak oleh teman-temanku, aku memanaskan periuk dan memasak gulai lemak..actually ini first time aku masak gulai lemak..sebelum-sebelum ni aku masak lauk tumis-tumis sahaja..nak dijadikan cerita, daun kunyit pula tidak ada..aku lupa nak beli masa di pasar..jadinya masak lemak aku tiada daun kunyit hanya ditambah daun limau purut sebagai pewangi masakan..sesudah selesai masak lemak, aku memulakan langkah seterusnya untuk membuat karipap..doh yang telah diuli dan dibiarkan selama 1 jam tadi aku potong-potong dan bentukkan menjadi kulit karipap..teman-temanku menolong memasukkan inti dan membentuk karipap tersebut..kerja-kerja penyediaan karipap selesai pada jam 6.45 petang..aku tidak berhenti di situ kerana sambal belacan dan ulaman masih belum disediakan..selepas siap menyediakan menu terakhir itu, acara menghidang makanan dimulakan tetapi hidangan hanya boleh dimakan selepas kehadiran 2 orang lagi temanku..

Selepas Isyak, kesemua temanku sudah cukup dan acara makan-makan pun dimulakan..sesi pertama semua makan dengan lahapnya sambil bergambar..masuk sesi kedua, semua menangis bersama-sama..nak tahu sebab apa? Sebabnya masakan tadi terlebih berapi dan panas..hahhahaha..sorry guys..apa-apa pun mereka semua tetap makan sambil 'berulamkan' air, karipap, dan gula (konon nak hilangkan pedaslah tu)..karipap yang dibuat tadi tidak pedas tetapi isi kentang telah menjadikan karipap tersebut manis sebab itulah adanya karipap..aku pada mulanya dapat menahan pedas tapi apabila melihat teman-temanku menangis, aku mula ketawa sambil menangis dan selepas habis sahaja nasi dalam pingganku, aku pun mencari air berbotol-botol..seperti yang dijangka, malam itu semuanya ke toilet..nasib baik tidak teruk sangat sakitnya..malam itu kami countdown New Year di rumah Kak Indah (countdown ke? aku rasa masing-masing sibuk online dan tengok TV)..walau apa pun, Selamat Tahun Baru 2010..semoga segala yang dirancang menjadi kenyataan pada tahun ini (umur yang bakal mencecah 20 tahun bukan aku rancang, aku tidak bersedia menjadi tua lagi!!)..

your sincerely,
fara,,

No comments: