NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, January 6, 2010

WELCOME 2010...

Sudah hampir seminggu kita berada dalam tahun 2010..pejam celik-pejam celik aku bakal menginjak ke usia 20-an..alangkah cepatnya masa berlalu..terasa seperti baru semalam aku menjejakkan kaki di bangku sekolah tetapi kini, aku sudah berada di kolej, bukan lagi di zaman persekolahan..walaupun bakal mencecah 20-an, aku masih seperti dulu..masih kebudak-budakan seolah-olah tidak cukup matang..tetapi aku harus berubah tahun baru ini..aku mesti mempunyai tujuan hidup di dunia dan di akhirat kelak..sampai bila aku harus berperangai keanak-anakan?..sedangkan anak buah sudah berderet-deret..aku sahaja yang tidak mempunyai anak lagi..hahahaha..

Kini, aku yakin dengan keputusanku..aku akan kembali aktif dalam Kelab Harimau Malaya dan juga Askar Wataniah kerana itu adalah minatku dan juga pilihanku..tetapi, aku telah nekad dengan cita-citaku untuk menjadi seorang peguam atau boleh dispesifikasikan sebagai pendakwaraya..aku amat berminat dan tertarik dengan kerjaya guaman ini sejak di bangku sekolah lagi..tetapi aku terpaksa pendamkan cita-citaku kerana halangan keluarga..namun kini, keluargaku tidak lagi menghalang minatku malahan ibuku sangat bersetuju dengan hala tuju masa depanku ini dan dia merupakan pendorong utamaku untuk mengejar cita-citaku ini..mungkin agak sukar bagi aku untuk beralih ke bidang perundangan kerana aku merupakan pelajar jurusan perniagaan tetapi tiada apa yang mustahil di atas muka bumi ini selagi ada usaha serta doa dari orang-orang tersayang..mungkin insya allah, setelah tamat pengajianku di sini, aku akan meneruskan pelajaranku dlm bidang perundangan dan universiti pilihanku adalah UM-universiti tertua di Malaysia yang telah banyak melahirkan para cendekiawan dan cerdik pandai terutamanya dalam bidang perundangan..idola aku dalam bidang perundangan adalah sultan negeri kelahiranku sendiri iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah..Baginda merupakan salah seorang hakim yang amat disegani di Malaysia..terdapat persamaan tarikh antara baginda dengan aku iaitu (...mewarisi takhta negeri Perak pada 3hb FEBRUARI 1984 sebagai Sultan Perak yang ke-34)..

Doakan semoga cita-cita dan impianku menjadi kenyataan kerana aku ingin menjadi hamba yang berguna kepada agamanya serta penciptanya dan manusia yang berguna kepada bangsa dan negaranya..(jangan main-main lagi Farah..bangun dari tidur panjangmu, bangun dari angan-anganmu, bangkit mengejar cita-citamu..ayuh, masih belum terlambat untuk dirimu berjaya dalam bidang yang kau minati..semua orang diberikan hak dan kebebasan untuk bersuara dan memilih..maka pilihlah jalan yang kau yakin dapat membawamu kepada apa yang kau cari)..

your sincerely,
fara,,

No comments: