NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, September 26, 2010

26 SEPTEMBER 2010...

Hari ini aku dan kembar-kembar lain mak, lain bapa aku nk keluar merayap. Kitorang dah rancang benda ni 2, 3 hari lepas. Sebenarnya nak pergi beraya tapi tak ada arah tujuan, so we all decided nak pergi merayap dan menchapub saja. Destinasinya? Pun tak pasti lagi, ikut kata hati saja. Last-last kitorang sampai ke Klang Bandar Di Raja. Alangkah rindunya aku dengan Klang ni. Mana taknya, dekat 6 tahun kot aku menetap dekat sini, segala suka duka aku tempuh di sini. Di sinilah aku mengerti akan makna kehidupan dan kedukaan.


Firstly kitorang pusing-pusing Port Klang dulu sebab nak tunjuk dekat diorang mana aku tinggal dulu. Then, gerak ke Klang masuk shopping complex, menghabiskan duit dan keluar. Bila dah abis shopping sikit, kitorang ke destinasi lain pula. Malas nak berlama dekat sini sebab cuaca panas sangat, almaklumlah masing-masing nak jaga muka. Tambahan pula, orang ramai dekat Klang ni yang majoritinya pada aku warga asing. Susah nak tengok muka orang-orang kita dekat sini, dah macam dekat overseas saja. :)

Next destination is Sunway. First time kot aku sampai sini sebab masa aku dok Klang dulu, tak berkesempatan ke sini, aku pun tak tahu kenapa. Agaknya Sunway Pyramid ni tak siap lagi kot time tu. Masuk lepak dalam S.P. ni 3 jam sebab nak limitkan masa car park kami. Shopping2 dekat dalam S.P., makan-makan, posing-posing, ngumpat-ngumpat, cuci mata then barulah kami keluar dari S.P. ni. Dekat sini pula majoritinya orang Malaysia and warga asing tak berapa nak ramai macam dekat Klang tadi. At least aku boleh bernafas dalam S.P. ni. Best tengok gelagat pengunjung-pengunjung S.P. yang kebanyakannya datang bersama family. Yelah sebab ramai yang berseronok dekat Sunway Lagoon tu. Tambahan pula hujung minggu. Next time bolah lepak di sini bersama yang tersayang...ngeeehehehee :D



Lepas S.P. kami ke Tesco Semenyih pula sebab nak shopping barang untuk memasak esok. Kepada yang belum tahu, esok bersamaan 27 September kelas H3 kami buat jamuan raya tapi lokasinya bukan di kolej, harap maklum. Group aku akan masak nasi impit dan kuah lontong@lodeh. Aku pun tak tahu apa reaksi mereka apabila makan lontong ni nanti. Berada dalam Tesco ni dekat sejam tu pun banyak barang yang tak ada. So, terpaksalah kami ke Giant Nilai pula lepas ni. Nasib baik dalam Giant ni semua barang yang diperlukan ada. So, senanglah kerja kami esok. Alhamdulillah.

Sebelum kembali ke SI03, kami pergi makan dulu dekat Nilai. Then kena pulangkan kereta sewa ni, cian JHT kena lanyak habis-habisan hari ni. OTW balik ke kolej, ada pula 1 lori ayam ni terbalik dekat tengah jalan kerana telah melanggar sebuah kancil merah. Jahanam kereta lancil tu, remuk kemek semua. Tak tahulah apa cerita dengan driver dan penumpangnya. Ayam-ayam dalam lori bergelimpangan dan terjadilah pesta ayam free. Semua orang sibuk dok tangkap ayam sampai jalan pun jem dan kami terbabit sekali. Daripada nak sampai rumah awal pukul 9 malam, akhirnya sampai pukul 10 malam juga. Over the limit girls. OK thats all for today, continue to the next entry!

Pesanan: Awak,,! Nak baju color ni next raya boleh,,? :D

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

No comments: