Di petang sabtu yg dingin ditemani lagu-lagu raya yang rancak berkumandang di corong lappyku ini, aku terkenang kembali saat-saat raya tahun 1995-1996. Waktu itu, aku masih di tadika dan menetap di Sitiawan, Perak. Setiap kali raya, keluargaku pasti akan bergilir-gilir beraya di rumah nenekku sebelah daddy atau di rumah nenekku sebelah mummy. Pada aku, beraya di mana-mana pun tiada beza kerana kampung kedua-duanya hanya dalam jarak 35-40 km sahaja, perjalanan hanya mengambil masa selama setengah jam untuk ke kampung mummy jika dari kampung daddy dan sebaliknya. Pada tahun itu, kami telah ke Bagan Serai, Perak untuk beraya di rumah arwah moyangku sebelah daddy. Moyangku berasal dari Rembau, Negeri Sembilan tetapi setelah berkahwin, dia menetap di kampung suaminya di Bagan Serai. Raya tahun itu menjadi kenangan buat aku kerana semua adik-beradik daddyku seramai 6 orang telah berkumpul dan sama-sama berkonvoi ke Bagan Serai. Kami berkumpul di sana bersama dengan sepupu-sepupu daddyku yang masing-masing menetap di Taiping dan Kulim.
Walaupun ketika itu aku masih di tadika, tapi ingatan aku pada hari raya itu masih segar. Kerana ketika itu, arwah pakcik alim dan pakcho ku masih hidup dan sama-sama meraikan Aidilfitri. Masakan aku dapat melupakan kenangan itu kerana selepas raya itu, kami sudah tidak dapat berkumpul dan beraya bersama-sama lagi disebabkan pakcik alim yang terpaksa bertugas dan sibuk dalam kerjaya polisnya. Tidak berapa lama selepas itu, pakcik alim meninggalkan kami, diikuti oleh pakcho dan juga moyangku. Ya Allah, betapa aku rindu saat-saat beraya bersama mereka lagi. Kau tempatkanlah mereka di sisi hamba-hambaMu yang beriman dan beramal soleh Ya Allah, aku sayang akan mereka. Raya tahun ini, aku tidak dapat pulang ke Perak tetapi aku sudah melawat 'rumah' mereka dalam Ramadhan yang lepas. Cuma tahun ini aku tidak dapat ke 'rumah' moyangku di Bagan Serai kerana kekangan masa. Tetapi doaku sentiasa kutitipkan buat mereka yang ku sayang. Damailah kalian di sana.

Dari Hati Nuraniku,
fara,,
No comments:
Post a Comment