- Bahan-bahannya:
.:: Dah macam rupa Tom Yam Campur pula ::. |
- 3 ekor ikan kembung/selar kuning (bergantung pada individu)
- 1 helai daun kunyit
- 1 ulas bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 keping asam
- 1/2 inci halia
- 4 tangkai cili api
- 500 ml air
- Sedikit serbuk kunyit
- Sedikit garam.
- Cara memasak:
- Masukkan kesemua bahan (1-9) ke dalam periuk.
- Renehkan sehingga mendidih dan masukkan garam.
- Biarkan selama 5 minit dan siap untuk dihidang.
As simple as ABC. Inilah resepi aku bila aku malas nak memasak dan hilang mood nak memasak. Tapi resepi ni sangat berkhasiat sebab tidak menggunakan sebarang minyak. Sesuai untuk menu diet anda.
Alhamdulillah, hari ni aku berpuasa. Insya Allah akan berbuka dengan menu ini.
Terima kasih Ya Allah kerana menduga hambaMu ini hari ni.
Aku redha. Aku tahu Kau masih sayangkan aku.
Semoga dugaan yang aku terima hari ni akan menambahkan lagi keimananku kepadaMu dan menguatkan aku.
Maafkan aku kerana selalu melanggar perintahMu.
Dari Hati Nuraniku,
fara,,
2 comments:
haha terima kasih :) mudah untuk saya yang baru belajar memasak :D
terima kasih :)
Mudah untuk saya yang baru belajar memasak :D
Post a Comment