Weehihihiiii...jangan terkejut pula dengan entry hari ni...bukannya bermakna aku dah nak nikah, kahwin ni tapi sekadar nak berkongsilahkan...almaklumlah sekarang ni bukankah tengah musim orang kenduri nikah, kahwin sana sini...so, aku pun nak buatlah entry pasal kahwin kahwin ni...
Best tak bila dah nikah, kahwin ni? Tolong jawab sikit para pengantin baru sekalian...tak payahlah jawab sebab aku dah tahu jawapannya...mestilah best sebab dapat bersama insan yang kita sayang, cinta, dan rindu selalu...sebelum ni hanya dapat jumpa sekejap lepas tu berpisah...tapi lepas ni dah boleh duduk serumah, hari hari boleh jumpa...hari hari tengok muka yang sama...hah! Bila dah tengok selalu, kuranglah sikit rasa rindu tapi makin membuak, melimpah ruah rasa kasih, sayang dan cinta kita pada dia...aicehhh!! Ayat aku tak boleh blahh!! Gila jiwang siot aku!! =)
Tapi itu dah memang hakikat kehidupan...standardlahkan pada yang dah berumah tangga...tapi yang aku nak nak story ni adalah tentang inai...apakah hukumnya kalau bakal pengantin memakai inai?? Ada satu novel yang aku baca ni mengatakan:
Perlu diingatkan bahawa memakai inai atau seumpama dengannya bukanlah salah satu daripada budaya Islam. Lebih lebih lagi yang memakai inai ala tatu yang sudah jelas adalah pengaruh dan budaya daripada Hindu dan Barat yang kedua duanya adalah dilarang dalam Islam.
Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya: "Bukan daripada kalangan kita sesiapa yang meniru selain kita." (Hadis Sahih Riwayat al-Tarmizi)
Sabda baginda lagi, "Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia dikalangan mereka." (Hadis Sahih Riwayat Abu Daud)
.:: Dah seakan akan tatu bukan? ::. |
Okey, aku akui yang aku ni bukan mahir sangat bab bab agama tapi aku selalu dengar hadis hadis ini dibaca oleh ustaz dan ustazah...so, pada aku memang ada benarnya apa yang dikatakan tentang inai tu...means that, kalau kita nak pakai inai, boleh tapi janganlah sampai menyerupai kaum lain yang mencorakkan inai di tangan, dengan bentuk kelarai, bunga bunga or what so ever tu sebabnya jelas seperti yang dinyatakan oleh hadis tersebut...kalau nak pakai pun, cukuplah sekadar di jari dan kuku sahaja, tidak perlulah sampai membuat corak yang pelbagai tu...memang jelas, terang, nyata, menyerupai kaum lain...
So, tetaplah berpegang pada tali Allah...ingatan juga untuk aku...
*Maaf jika ada yang terasa dengan entry ni, aku pun masih belajar bab bab hukum hakam agama ni...so kalau ada salah, minta tunjuk ajar...
Dari Hati Nuraniku,
fara,,
No comments:
Post a Comment