NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, December 23, 2011

ALHAMDULILLAH...

Alhamdulillah, Alhamdulillah...
All praises to Allah, All praises to Allah...

Tetiba hati rasa happy berbunga bunga mekar hari ni...
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, syukur...
Syukur kerana Allah masih memanjangkan umurku...
Syukur kerana Allah memberikan aku peluang untuk terus beribadat dengan tubuh badan yang sihat...
Syukur kerana Allah telah memberikan aku bermacam macam rezeki...
Dan yang paling penting, syukur kerana Allah memberikan aku kejayaan dalam Ujian Penilaian JPJ semalam...


Hah!! Mesti ada member member yang dalam FB aku tu pelik sebab tak nampak aku online selama 2 hari...
Almaklumlah, aku ni seorang pekerja tetap FB...
24 Jam sehari tolak waktu tidur, makan, mandi, solat semua, adalah dalam 10 jam sehari aku berada dalam talian...
Jangan tak tahu pula, itu adalah kerja seorang penganggur tegar macam aku...
Tapi alhamdulillah, verkat kesabaran dan semangat yang tinggi atas doa doa daripada mummy, daddy, my family and friends, aku berjaya mendapat lesen Pantang atau lesen Pandu aku tu...
Mereka mereka yang tahu kisah aku, fahamlah kenapa aku happy sangat dapat P tu...






Tak sia sia penghijrahan aku berbekalkan RM350 dari Akademi Memandu Nilai ke Metro Driving Academy membuahkan hasil...
So, kepada kawan kawan yang tak ada driving license tu, pergilah mendapatkannya di Metro...
Sememangnya tak sia sia aku belajar di sana walaupun hanya untuk 4 jam...
Terima kasih juga kepada Cikgu Lan, cikgu memandu aku yang kelakar dan baik hati...
Kepada kawan kawan di Metro Driving: Amirul, Lia, Fida, dan lain lain, semoga Allah pertemukan kita lagi di lain masa...
Kepada pesawat pesawat yang mendarat di Subang Airport tu, terima kasih sebab menyinari hidup aku...
(Aku rasa tenang, aman sangat bila tengok pesawat pesawat tu)



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

No comments: