Assalamualaikum...
Entah mengapa, tiba tiba sahaja aku jadi tidak keruan saat menonton drama 'Beret Hijau'. Terimbau kembali detik manis dan pahit di kem suatu masa dahulu. Walaupun latihan di kem tidak segetir dan sesusah zaman dahulu tapi kami tetap merasa terseksa. Almaklumlah, anak anak zaman IT, zaman moden ni mana boleh susah sikit, mulalah merungut sana sini termasuklah aku. Tapi, semangat berpasukan itu penting. Apa saja mesti dilakukan bersama. Bak kata wonderpets: "Apa yang penting, KERJASAMA!" Yes! Itulah semangat yang kami semua pegang. Walaupun berlainan Batalion tapi kami masih di bawah 1 Rejimen iaitu Rejimen 508 (AW).
.:: Kalau korang nak tahu, YB Khairy ni pun 1 kem dengan aku dan 2 orang yang mengapit dia tu adalah senior aku-Pak Long dengan siapa entah nama mamat ni ::. |
"Gempur, WIRA!!"
Rindu untuk aku mendengar ungkapan itu. Rindu untuk dimarahi dan ditegur oleh jurulatih dan para pegawai. Rindu untuk berbaris di padang kawad. Rindu untuk makan nasi kawah ramai ramai. Rindu untuk tidur dalam ladang kelapa sawit. Rindu untuk tidur di hutan. Rindu untuk semuanya, semuanya yang berkaitan dengan ketenteraan. Ahhh!! Sukar untuk aku gambarkan kerinduan dan keinginan ini kerana masa, dan keadaan tidak menyebelahiku. Susah untuk aku berada dalam dunia itu lagi. Mungkin suatu hari nanti aku akan kembali dengan dunia ketenteraan. Hopefully........
fara,,
No comments:
Post a Comment