Assalamualaikum...
Hari ni agak penatlah juga sebab sibuk buat kerepek. Cadang nak pergi Mid Valley arini tapi cancel lah atas masalah teknikal semalam. =)
Masa aku tengah sibuk buat kerepek tadi, tiba tiba aku terfikir pasal kenduri kahwin. Almaklumlah sekarang ni musim orang nikah kahwin semua. So, aku tiba tiba teringat kata kata abang sepupu aku, "Tahun depan Yong pulalah kahwin." Masalahnya, kenapa mesti aku? Sedangkan ramai lagi abang abang dengan kakak kakak sepupu aku yang belum nikah lagi. Apasal nama aku pula yang naik?
Sedih okey bila semua orang sibuk doakan jodoh untuk aku tapi aku tak ada feel dah nak mencari cinta. So, kepada cousin aku tu, insya Allah aku akan nikah bila anak anak saudara aku dah cukup 5 orang nanti. Maknanya lagi 5 tahunlah tu. Hahahahaaaa =D
Ada hati nak kenakan aku ek. Bak mai lah anak buah lagi 3 orang baru aku nikah. Dah ada 2 orang anak buah sekarang ni pun, aku rasa diri macam dah tua pula. Apatah lagi bila dah ada 5 orang nanti. Oh tidak, Mak Long?!! Tuanya diri ini, padahal baru nak masuk 22 tahun. Still muda, single, available okey. =)
Introduce, my newly born niece: NUR AUNI QASRINA AZLAN
Nyenyak sungguh dia membuta, sehingga membuatkan aku geram yang teramat sangat. Dek kerana kejahatan yang ada dalam diri, aku pun cubit cubit, cium cium pipi dia sampai dia terjaga dari lena. Tapi aku still tak puas hati sebab dia tak menangis, apa lagi makin giat aku kacau dia sampai dia menangis. Tapi tak cukup kuat pula dia meraung. Hahahahaaa!!! Gila jahat mak long ko ni kan Auni.
Apa apa pun, mak long sayang Auni sangat sangat tau. Nak tau sebab apa? Sebabnya, Allah berikan Auni pada mak long selepas hati mak long disakiti, dilukai oleh mereka mereka yang tak bertanggungjawab. Benarlah kata orang, Allah sorokkan matahari sebab Dia nak beri kita pelangi yang indah. Dan Auni adalah pelangi yang menceriakan hidup mak long. =')
Dari Hati Nuraniku,
fara,,
No comments:
Post a Comment