Salam..entry ni hanya untuk pembaca golongan darah AB sahaja khasnya dan yg sudi membaca umumnya..saja jer main-main tapi betullah, kalau anda tergolong dalam golongan AB, selamat datang saya ucapkan, kita serupa okay..pasni jangan kedekut mahu sumbang-sumbang darah dengan saya, jangan sumbang lain sudahlah (lu pikirlah sendiri..waakakaka)..sebenarnya kita wajib bersyukur dengan setiap kejadian Allah terutamanya jenis darah kita sebab darah kita special, kedekut tu..anda tak faham? Anda buka balik buku Biology Form 4 and Form 5 dan study balik ya..OK, mari kita teruskan dengan topik hari ini..sebenarnya saya pinjam info ni dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, info yang tersangatlah berguna untuk saya dan anda semua..kalau nak info yang lebih lanjut, klik saja pada link YADIM tu..
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi
Saya agak tidak suka dengan ayat "harus menghadkan pengambilan udang" sebab itulah favourite saya, mummy pun tahukan, orang suka bangat makan udang..udang wajib ada setiap kali orang balik JB..sedihnya, tak boleh makan udang banyak-banyak dah lepas ni..
Dari Hati Nuraniku,fara,,
No comments:
Post a Comment