NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, May 14, 2010

SEMPENA HARI GURU 2010...

Sempena hari guru yang bakal menjelma tidak lama lagi (16 Mei), aku tujukan lagu ini khas buat semua guru di Malaysia sama ada yang pernah mengajar aku atau tidak. Lagu ini aku belajar 13 tahun yang lalu sewaktu dalam Darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Seri Selamat, Sitiawan, Perak.

Terima Kasih Cikgu!

Hari pertama masuk sekolah,
Tak pandai membaca mengira,
Tetapi cikgu begitu tabah,
Mengajar kami sungguh-sungguh.

Bermula ABC sampai Z,
Hitung 1 sampai 10,
Dari ejaan dan kira-kira,
Kami belajar dengan lancar.

Berkat kesabaran guru bijaksana,
Memberi pelbagai petunjuk,
Hari demi hari kami pun mengerti,
Pelajaran nilainya tinggi.

Kami ingat setiap masa,
Jasa guru mendidik bangsa,
Sambutlah ini ucapan kami,
Terima kasih cikgu!

Kepada teman-teman yg pernah menyanyikan lagu ini dahulu, masih ingatkah lagi kalian pada diriku?

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

No comments: