Wahai dunia,
Semakin hari semakin gerun aku lihat kekejaman yang berlaku,
Sedih, pilu, melihat kematian, peperangan, pembunuhan di sana sini,
Di manakah perikemanusiaan?
Di manakah perasaan kasih dan sayang sesama manusia?
Di manakah belas kasihan kepada kaum yg lemah?
Tidakkah kalian takut akan hari pembalasan nanti?
Anak kecil yg tidak bersalah, mati begitu sahaja akibat kekejaman duniawi,
Bumi ini juga sudah tidak sanggup menanggung bala dari perbuatan penghuninya,
Saban hari, ada sahaja bencana dan malapetaka yg Allah turunkan,
Semua ini adalah petanda kecil akan tibanya hari kiamat.
Ya Allah, aku masih belum bersedia,
Banyak lagi perkara yg belum aku selesaikan,
Banyak lagi amalan yg perlu aku kumpulkan,
Aku takut menghadapMu dalam kejahilan,
Sesungguhnya aku hanya mampu berdoa dan memohon keampunanMu,
Berilah petunjukMu kepada mereka yg masih jahil...

Dari Hati Nuraniku,
fara,,
No comments:
Post a Comment