"Selamat pagi cikgu" itu kata Upin & Ipin. Hari ini bermulanya hari baru dalam bulan baru iaitu April. Selamat datang 1 April, mesti ramai yg sibuk dok April Fool orangkan? Tak baiklah meraikan April Fool tu sebab...aku pun dah lupalah tapi ada kena mengena dengan Islam juga. OK, berbalik pada bulan Mac yang telah meninggalkan kita semua. Banyak yg telah berlaku dalam bulan ini antaranya Majlis Penubuhan Kolej Universiti Linton (tempat aku menimba ilmu), Latihan Tempatan di Batalion 1 REJ 508 (AW), lawatan ke Melaka dan Putrajaya, dan paling tidak dapat dilupakan adalah pertama kali aku menderma darah (memang dah target start umur 20 kena derma).
Dan pagi tadi aku terjaga apabila tersedar dari mimpiku. Aku termimpikan dia. Dia yg telah lama pergi dari hidup aku. Tapi dalam mimpi itu, dia telah pergi selama-lamanya menyahut seruan Ilahi. Apakah tandanya ini? Aku menangis sakan dalam mimpi itu tapi tak tahulah masa tengah tidur itu aku menangis ke tidak. Ya, aku mengaku yg aku masih tidak dapat melupakannya hingga kini. Segala kenangan bersamanya masih tersemat mekar dalam ingatanku. Hubungan yg kusangka berakhir dijinjang pelamin berakhir di tengah jalan kerana adanya orang ketiga. Namun aku redha Ya Allah. Segalanya telah Kau suratkan untukku. Tetapi mengapa dia masih dalam ingatanku? Kenapa?!!
Apa-apa pun, bulan Mac memang banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis buat aku sama ada di kem atau di kolej. Aku sangat menghargai Mac tetapi Mac terpaaksa pergi untuk memberi laluan kepada April mengukir kisahnya yg tersendiri. Semoga April ini segalanya akan berjalan dengan lancar kerana banyak aktiviti yg bakal menanti aku. Boleh dikatakan jadual aku April ini agak padat juga. Hari ini aku tak nak membebel lama-lama sebab resume aku 1 apa pun tak siap lagi. So, good luck girl! You can do it! Wassalam....
your sincerely,
fara,,
No comments:
Post a Comment