Salam sayang semua..dah berapa lama aku tak update blog ni?? Cepat-cepat gi check last update aku (hehe..poyo je lebih). Tapi tajuk entry ni macam gempak saja. Taklah gempak mana pun. Saja nak bikin gempak (berapa banyak gempak daa). Actually, baru-baru ni aku telah mencemar duli ke Batalion kesayanganku, mana lagi kalau bukan Batalion 1 (nak pergi Batalion 2 jauh, kalau pergi Batalion 3 pula takut kena reject saja nanti..hehehe). Rindu sesangat dekat kem kesayangan ni. Mana tidaknya, hampir setahun aku tak menjenguknya. Makin uzur pula aku tengok kem ni. Walau bagaimanapun, inilah duniaku, kem aku (sayangilah kem kita kerana apabila kita sudah meninggalkannya kelak, pasti kerinduan akan menggamit di kalbu).
OK, sudah, cukup. Jangan banyak merepek. Aku just nak story sikit pasal kem kesayangan ni plus juruletih-juruletih yang memang dah letih meletihkan kami di kem tersebut (erm..macam mana tu?). Kem kesayangan ni terletak di kawasan berbukit yang dipanggil Jalan Sikamat, Seremban. Kem ni berjiran dengan Kem Artileri ke-4 dan berhampiran dengan England Garden (nak juga nama org putih tu..hahaha). Markas utama Rejimen 508 (AW) terletak di Kem Jalan Rasah, Seremban. Di situlah juga tempat aku pernah dilanyak dan melanyak. Memang banyak sesangat memori dekat sana, kalau nak cerita 3 hari 3 malam pun tak habis tahu.
Mesti korang pelikkan macam mana orang yang comel, cute, dan kecil macam aku ni boleh jadi askar. Rahsianya adalah semangat dan minat yang mendalam (hahaha..poyo lagi). Tapi memang betul apa, aku memang minat dengan dunia ketenteraan sejak darjah 4 lagi. Tapi disebabkan masalah teknikal, aku tak dapat nak jadi askar tetap. Tapi askar wataniah pun tetap askar dan sama penting seperti askar. Seperti kata pegawai pemerintah kami, pasukan askar wataniah adalah benteng kedua pertahanan negara selepas pasukan askar tetap yang lain. Oleh itu, jasa dan pengorbanan kami juga sama penting seperti anggota ATM. Wah, bangganya dapat menjadi benteng pertahanan negara.
Eh, korang! Sudah pukul 12.30 a.m. Aku sudah kena masuk to bed. Nanti aku tambah-tambah apa yang patut ya. Selamat malam. Layannn..zassssss...

your sincerely,
fara,,
No comments:
Post a Comment