End of January...banyak benda yang berlaku dan semuanya menggembirakan aku. Meraikan hari kelahiran Sha yang ke-22 di Bumbu Desa KLCC bersama Farha (Aha), Natasha (Aca), Irfan (Bob), Asyraf (Acab) dan birthday girl - Aisyah (Sha).
Terima kasih sahabat, teman, kawan dan rakan kerana hadir menceriakan hari ku. Tanpa sayang sayangku semua, mesti bosan dok menghadap FB 24/7. So, untuk menghilangkan kebosanan tahap dewa tu, aku melangkah pergi meninggalkan Shah Alam.
Sayu hati meninggalkan Shah Alam. Bukan kemahuan hati tapi kehendak diri. Macamlah pergi jauh sangatkan? Padahal ke KL dan Nilai saja. Kahhhkahhhakkkaaahhh!! Dekat sangat kaki aku ni melangkah, bila masa nak rentas sempadan negara pun tak tahulah. =)
Apa apa pun, selama 24 jam aku bersama teman kolej kesayanganku tersayang, macam macam benda yang diborak, digelak, dan dikongsikan. Dah lama tak berjumpa, sekali dah jumpa, saja nak buat kecoh satu KLCC tu. Lebih dari 2 jam duduk melalut, makan makan dalam restoran tu, nasib baik tak dihalau sebab bising sangat. Tapi itulah kami, bila bersama pasti menjadi diri sebenar, tiada apa yang disorokkan, semuanya pasti meletus bersama.
Aku rasa happy bila keluar dengan mereka. Walaupun singkat tapi dah cukup meninggalkan memori untuk dikenang. Kawan semasa ketawa mudah dicari, kawan semasa menangis payah nak jumpa. Tapi, merekalah true friends aku. Semasa suka, duka, sentiasa ada memberikan semangat dan dorongan, memberikan kegembiraan dan menggamit kesedihan dengan perangai masing masing. Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku sahabat seperti mereka. =')
Dari Hati Nuraniku,
fara,,
No comments:
Post a Comment