Assalamualaikum readers...
Dah beberapa hari si penganggur ni tak update blog right? So hari ni, aku nak story tentang blood donation.
Cerita last Friday.
Seperti yang korang (mana mana yang rajin baca blog aku nilah) sedia maklum, semasa aku di JB aritu, aku ada pergi tabung darah dekat HSA. Malangnya darah aku tak dapat didermakan sebab haemoglobin rendah. So, hari Jumaat yang mulia ni, baiklah aku bersedekah, menderma. =)
Terima kasih kepada makcik Nurse sebab sangat baik hati, layan aku macam puteri. Best sangat derma darah dalam keadaan aman dan tenang. Ditemani oleh pakcik pakcik dan abang abang yang baik hati sebab datang derma darah juga. Terima kasih kepada yang pemurah dan baik hati. Hanya Allah yang membalas jasa para penderma. Aicehhh! Dah macam Pengarah HTAR pula aku berucap. =P
Masa tengah mengalirkan darah keluar tu, aku terbacalah 10 reasons to donate blood. Tapi tak dapat nak ingat semuanya, hanya beberapa saja yang aku ingat. Baca dan fahamilah (selepas aku translate ke dalam Bahasa Melayu).
- Menderma darah sangat mudah dan senang
- Anda akan merasa bangga dengan diri sendiri
- Sesuatu yang anda boleh ganti
- MENGURANGKAN BERAT BADAN
- Memastikan darah sentiasa ada apabila anda atau ahli keluarga memerlukan
- Dapat makan dan minum lepas menderma
- Perkara yang baik dan mulia untuk dilakukan
- Menjadi wira/wirawati kepada orang yang memerlukan
Aku sangat suka fakta no.4 tu sebab kebanyakan orang akan cakap, "Tak naklah derma darah nanti gemuk"
Hey you! Siapa yang jahat mulut cakap macam tu hah? Berat badan naik bukan sebab derma darah tap sebab anda tak tahu mengawal cara pemakanan dan gaya hidup sihat. Aku dah derma darah masuk 3 tahun, berat aku naik pun bukan sebab derma darah tapi sebab aku makan main tibai saja and aku dah jarang bersenam. Mana taknya berat badan naik. So, jangan nak salahkan sebab derma darah korang jadi gemuk okey!
Lastly, petang tu pergi lunch dengan mummy dekat Port Klang - the place where I grown up and learnt many things. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat aku tergolek, jatuh bangun. Hahaha =)
Dari Hati Nuraniku,
fara,,
No comments:
Post a Comment