Assalamualaikum...
Hari Jumaat ni aku tetiba rajin pula masuk dapur. Itu pun setelah my mum suruh masak sarapan untuk hari ni. Tapi sarapan ke bila pukul 10.30 a.m. baru siap memasak apa semua? Hahahahaaa =)
Tu namanya anak dara rajin. Masak setengah jam saja, main campak campak, cincai cincai. Tapi sedap okey sebab my mum tak komen apa apa pun. Lepas breakfast, jiran aku datang ke rumah bawa baby Syikah. Sangat somel. Korang pun akan geram tengok baby ni.
.:: Comel sangat sangat sangat kan? ::. |
.:: Inilah Mee Kuntang yang aku masak ::. |
Dan seperti zaman kanak kanakku, aku sangat ternanti nanti tibanya hari Jumaat. Sebab apa? Sebabnya, setiap kali hari Jumaat, my mum mesti akan masakkan lunch yang special walaupun hanya sekadar sambal belacan+tempoyak+sayur bendi rebus+ikan pekasam+telur goreng, itu adalah sangat special okey sebab air tangan ibu adalah masakan yang paling sedap dalam dunia.
Lepas lunch, petangnya kami ke Nusajaya/Wilayah Pembangunan Iskandar/Iskandar Malaysia/Kota Iskandar. Apa pun nama yang diberi, itulah tempat yang aku tuju dan sedang pesat membangun berbeza dengan 6 tahun lepas. Destinasi kami adalah Bazar Mydin ataupun dikenali dengan Anjung Nusajaya. Itulah tempat nak cari keperluan harian untuk suri rumah tangga yang up sikit dari kedai runcit atau mini market. So far, pada aku bolehlah bazar ni, harga tak murah, tak mahal. Dekat sini juga ada medan selera untuk pengunjung yang sudah penat membeli belah.
Lepas balik dari Nusajaya, aku melepaskan rindu dan menyimpan memori untuk dikenang kelak-memori di Syahbandar. Sedih sebab esok dah nak balik ke Shah Alam, tak tahu lagi bila nak balik sini semula. Selamat tinggal room sweet candy. I'll miss you damn much!
Dari Hati Nuraniku,
fara,,
No comments:
Post a Comment