NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, April 10, 2011

SATURDAY NIGHT...

Seperti yang kalian sedia maklum, siang semalam memang aku bosan tahan cipanzi dok dalam hostel ni...tetapi, kerana idea yang bernas dan kebaikan kawan kawan ku, aku dapat melepaskan kebosanan impak maksima aku dengan meronda di malam minggu...

First of all, thanks to NUR AQILA kerana kebaikannya meminjamkan kereta kesayangan membolehkan aku dan kawan kawan melepas segala yang tersimpan...muehehee :)

Then, thanks to NURUL NADIA kerana menjadi driver kepada kami sepanjang perjalanan pergi dan balik walaupun berbagai insiden yang melucu dan menakutkan menemani kami...(hanya K.A.M.I. yang tahu)...

Sebenarnya plan nak pergi lepak Alamanda saja, makan makan tengok late night movie...tapi disebabkan kelewatan dan tersalah jalan, maka plan semua berubah dengan drastiknya...terlalu excited yer Cik Nadia sampai lupa nak ke mana...hehehe :)

Akhirnya, keputusan dibuat dan kami ke Shah Alam...waktu tu dah pukul 11 malam bila tiba di Uptown Shah Alam...so, aktiviti shopping mengshopping pun bermula...dari satu kedai ke satu kedai dijelajahi, memang suka tengok shawls and dress cantik cantik pada harga yang berpatutan, pilihan pun banyak sampai rambang mata tak tahu nak pilih yang mana...


Lepas hampir 2 jam berada di Uptown tu (semata mata jalan jalan cuci mata and shopping), kami bergerak ke 'dataran bawah' (orang Shah Alam gelarkan macam ni kot) tengok tengok aktiviti muda mudi di malam minggu...'dataran bawah' ni majoritinya tempat mat mat kereta@drifter sebab kereta keretanya semua 'make up' habis dengan macam macam aksesori dan kadang kadang ada juga yang berlumba kat sini walaupun jalannya taklah sebesar mana...kalau 'dataran atas' pula untuk mat mat motor@rempit, fuhhh!! Memang takut and cuak juga tengok mat mat motor penuh kat 'dataran atas' ni, maklumlah K.A.M.I. semua girls so HARUSLAH gerak cepat dari sini...

Lokasi seterusnya tengok I-city dari luar saja...nak masuk tu kompem kompem ramai orang and kena 'tol' macam macam so better tengok dari luar saja...meriah sangat sekarang, kalau dulu masih kosong tapi sekarang kawasan tu dah dipenuhi dengan lampu lampu berwarna warni dari pintu masuk sampailah pintu keluar...cantik sangat tengok lampu berbagai warna tu, rasa tenang dan tak takut bila terang benderang macam tu... :D

Dah puas pusing Shah Alam, masuk pula ke Kuala Lumpur...lokasinya adalah Downtown Cheras...ni kali kedua aku datang sini, before this aku dah datang dengan someone...tempat ni pun makin meriah and banyak gerai gerai...sampaikan tak cukup tapak and tepi jalan tu pun ada orang jual lagi...tapi yang lecehnya datang sini adalah parking...kalau dekat Shah Alam tu senang sebab kawasan luas untuk parking, dekat Cheras main park saja kereta tepi tepi jalan besar tu, kalau nasib tak baik kereta pun boleh kena block dengan kereta lain...dah sampai sini kenalah beli something juga, tak lengkaplah kalau tak belanjakan? :D

Akhirnya kami tiba di hostel yang bosan tu pukul 4 pagi...mata masing masing dah kuyu dan memang minta bantallahkan...so, dah puas berjalan HARUSLAH siapkan assignments yang melambak tu..."jangan lupa janjimu sayang"...hihihihi
>Gambar di atas sekadar hiasan, terima kasih Encik Google<

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

1 comment:

Nur Aqilah said...

eee.. nk like! nk like!!:D