NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, July 19, 2011

SETEBAL MANA HATI KAMU?...

Hari ni mari kita sama sama menilai sedalam mana ketebalan hati sang pencinta...info ini dikongsi dari Majalah Remaja 15 Julai 2011 (front page: Kamal Adli dan Yana Shamsudin)...jom kita check sama sama~


♥ Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu satunya.

♥ Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli kerana kamu tetap menjadi impiannya.

♥ Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

♥ Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa sahaja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

♥ Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care' dan lain lain lagi walaupun kamu tidak membalas SMS nya kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya - menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "Aku CINTA padamu", tapi berselindung dengan ayat lain menyatakan cinta itu.

♥ Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yang dilalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya dan saat itu matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

♥ Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu, kesukaannya juga walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

♥ Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

♥ Kalau kamu melihat telefon bimbitnya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar peti simpanan mesej si dia. Dia masih menyimpan SMS SMS daripada kamu walaupun ia kamu kirim berbulan bulan atau bertahun tahun yang lalu.

♥ Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain, dia sentiasa memilih terus bersama kamu.


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

4 comments:

bibyhadi said...

Oppss..sori..saya terbaca entry awk..hahehe.. saya rindu kita keluar sama2 ngn budak2 itu..hahehe.. [:

::KEGIRANGAN DUA CAHAYA:: said...

Mrs. Hadi, sy pun rindu gak hari kejadian tu...huhuhuh...mcm2 happen that nite... :'(

bibyhadi said...

everything happened..everything's wonderful. [: hahehe

::KEGIRANGAN DUA CAHAYA:: said...

sangat sangat sangat WONDERFUL!!! =)