Assalamualaikum...
Sorry lambat update...lately ni malas sebenarnya nak online, sebab mood membaca novel membara bara...ditambah pula dengan aktiviti harian - makan, minum, tidur, jalan...inilah rutin seorang 'penanam anggur' yang 'rajin' seperti aku...hehehee =)
15 JULAI 2011
Hari Jumaat lepas, aku melawat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang yang telah lama aku tinggalkan, gamaknya dah 7 tahun kot aku tinggalkan Klang ni...alhamdulillah, akhirnya kembali jua ke sini...dok lepak lepak dan breakfast di HTAR yang aku rasakan sangatlah berpatutan harganya...macam tak percaya makan nasi impit+kuah kacang and lodeh+teh ais dan nasi putih+rendang ayam+teh o ais hanya berharga RM7.40...berpatutan what sebab makanan yang aku ambil tu bukannya sikit, banyak jugalah dan kenyang...sedap pun sedap juga...walaupun kantin ni dah lama sebab dulu aku suka makan tom yam dekat sini (abang yang masak tu comel), tapi harganya berpatutan dan makanan sedap, dibandingkan dengan kantin baru dekat blok Klinik Pakar tu...bangunan HTAR ni semakin berkembang...makin banyak bangunan baru, dan facilities lain lagi sampaikan aku pun dah lupa lokasi lokasi yang selalu aku 'lawat' dulu...
Okey, habis cerita tentang HTAR...waktu lunch kitorang pergi Jusco Bukit Tinggi...lokasi utama - Popular Bookstore...dan semestinya novel yang aku cari...walaupun novel ni dah setahun di pasaran, tapi aku beli sebab ceritanya menarik dan harganya ada diskaun (kepada pemegang kad Popular sahaja)...untung tu kalau dapat diskaun 20% untuk setiap buku yang terpilih...dan masa tengah merayau tu, ternampak pula DVD Harry Potter and the Deathly Hallows part 1...tak sedar pula DVD tu dah keluar sebab dah lama aku tak melawat mall dan Popular ni...selalunya aku beli DVD dekat Popular dab DVD yang aku beli tu HARUSLAH yang aku minat - THE TWILIGHT SAGA SERIES...tapi memandangkan HP ni dah episod last, so aku kena simpan koleksi akhir ni...tak kiralah dah keluar dalam cinema, dah tengok berpuluh kali sekali pun, kalau dah ada DVD ni, sampai bila bila aku boleh simpan dan tengok...tapi tak dapat beli lagi, elaun dari FAMA tak masuk lagi, kena tunggu hujung bulan... ='(
16 JULAI 2011
Hari ni pula melawat U.M...pusinglah satu U.M. tu fetch adik aku then pusing the Bangsar (what the?)...pusing bermakna = jalan jalan menggunakan kereta, pusing pusing masuk semua jalan yang ada sampai minyak habis (tapi minyak tak habis habis pun)...cadang nak ke Mid Valley bawa mak aku cuci mata, last last tak kesampaian...pilu hati, dah lama tak tawaf Mid Valley sebenarnya so agak terkilan bila tak jadi pergi...finally, balik Shah Alam, makan makan dekat Ayam Penyet Seksyen 18...actually bukan makan tapi melantak, memang full meja tu dengan makanan dan akulah yang menjadi 'tong sampah'nya...best bukan menjadi 'penanam anggur' sepenuh masa ni, perut sentiasa full... =D
Dari Hati Nuraniku,
fara,,
No comments:
Post a Comment