NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, October 17, 2011

KONVOKESYEN...

Assalamualaikum...

Dah lama aku tak menarikan jari jemariku di sini kerana aku rasakan tiada apa yg menarik untuk dikhabarkan. Aku masih seperti dahulu, masih tetap menjadi diriku - seorang penganggur tegar. =)

Pejam celik, pejam celik, akhirnya masa dan saat yang dinantikan selama 3 tahun akan tiba dalam masa 6 hari lagi. Saat apa itu? Semestinya Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Linton yang dijangka berlangsung di Marriott Putrajaya, IOI Resort pada 23hb Oktober ini! Seperti yang kalian sedia maklum, sekarang ni memang musim orang berkonvo, bak kata pengacara dalam TV tu - "Bulan ni adalah musim konvo" dan tahniah kepada graduan graduan yang telah selamat berkonvo.

Kepada yang sedang menanti hari konvo, selamat berbahagia menerima sijil/diploma/ijazah/sarjana, etc. Sesungguhnya penat lelah kita belajar dan menyiapkan assignments selama ini berbaloi dengan adanya penghargaan seumpama ini. So, kenalah diraikan kejayaan ini dengan family dan yang tersayang. 

Tapi bagi aku, konvo ini tak memberikan apa apa makna pun. Sebabnya, adik aku di Rusia tak ada untuk meraikan kegembiraan aku, ayah aku pula ada urusan kerja di Johor, hanya ibuku dan adik bongsuku saja yang meraikannya bersamaku. Sangat sedih dan tak happy pun. Tak teruja pun nak prepare apa apa kecuali get ready nak ambil jubah konvo minggu ni. Apa apa pun aku happy sebab dapat jumpa dengan kawan kawan sekelas dan sekolej masa konvo tu nanti. Lepas tu, masing masing akan sibuk dengan haluan hidup sendiri, entah bila akan ketemu lagi. ='(

.:: Terima kasih Uncle Google ::.

Bila tengok gambar gambar konvo orang lain, muka semua happy, suka habis dengan jubah berwarna warni di samping kawan kawan dan family. Contohnya seperti FESKUM- Festival Konvokesyen UM beberapa minggu lepas. Bukan main meriah dan berwarna warna perkarang Dewan Tunku Canselor dengan kehadiran kaum keluarga, sanak saudara yang meraikan kejayaan anak anak mereka. Macam macam hadiah dan cenderamata diorang dapat. Alangkah bahagianya diorangkan. Sangat sangat sangat sangat sangat jelessss. ='(

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

No comments: