Assalamualaikum peeps!
Selamat berhari Isnin. Selamat bekerja. Positive thinking, positive mind, always positive! No more Monday Blues okey!
Suddenly aku bersemangat nak ke office. Almaklumlah, dah seminggu tak jumpa kawan-kawan. Rindu-rinduan mula menjalar dalam hati. Perghh! Stop jiwang!
Hari ni bermulalah training bersama Telekom Malaysia. Selamat tinggal HSBC Bank, segala kenangan dan kegembiraan di sana takkan ku lupakan (macam tak boleh jumpa lagi jer, padahal tukar level jer).
Okey back to the story. Cuti sekolah sudah bermula. Seperti biasa, menjadi kegembiraan murid-murid apabila tak perlu ke sekolah selama sebulan lebih ni. Tapi yang paling best, cuti sekolah ni ramailah orang yang akan melangkah setapak lagi dalam hidup mereka. Ada yang bertunang dan ada juga yang berkahwin. Tahniah buat sahabat-handai sama ada di sekolah, di kolej atau di office yang akan atau telah mendirikan masjid. Kepada yang bertunang, semoga kekal bersama melangkah ke hari bahagia tak lama lagi.
Kalau orang dewasa sibuk mendirikan masjid, yang kanak-kanak pun sibuk gak. Sibuk nak jadi dewasa. Ramai juga yang berkhatan dalam musim cuti ni, tak lupa juga cousin aku Azim. Bertahanlah dik, tak sakit pun. =P
Okey, ayuh melangkah mencari rezeki =D
*****SELAMAT BERJAYA CALON-CALON UPSR!
Dari Hati Nuraniku,
fara,,