::Pisa of Malaysia a.k.a. my hometown::
Aku dilahirkan di sebuah daerah ketiga terbesar di Perak. Aku dibesarkan di banyak tempat. Firstly di Lumut. Ayahku hanya seorg kelasi pada masa itu. Kehidupan kami biasa-biasa jer. Apabila aku mencecah 2 tahun, kami berpindah ke Sitiawan, tak jauh pun dari Lumut (siapa yg pernah sampai sana, dia tau lar). Disebabkan parent aku bekerja, aku dan adik-adikku dihantar ke rumah pengasuh (x jauh, selang 2, 3 buah rumah jer). Semasa tinggal di rumah pengasuh, macam-macam kejadian dan peristiwa pernah berlaku pada kami adik-beradik (sedih tau). Pernah sekali, tangan aku terkena air panas (air panas yg sedang mendidih), abis melecur tangan aku (x ingat lar kanan ke kiri). Masa kat rumah pengasuh kedua, kaki aku tersepit dlm roda basikal (bayangkan cmne seksanye kaki aku tersepit time basikal tu tgh bergerak). Sedih sangat-sangat. Memang dari kecik nasib aku malang :-( . Tapi, di rumah pengasuh keempat and kelima, hidup kitorg happy coz kitorg dah macam anak-anak makcik tu jer. Kitorang panggil diorg pun mak. Sebab tu aku ada 3 mak (my mummy, mak amnah and mak ara). Kalo panjang umo and murah rezeki, aku nak cari balik mak-mak aku tu. Aku sayang and rindu kat diorg. Diorg yg ajar aku mengaji and wt keje umah. Sehinggalah aku mencecah 8 tahun, kami tidak dihantar ke rumah pengasuh lagi. Kami tinggal di rumah dan urus semua keperluan dengan sendiri (berdikari). Umah aku tu umah banglo sebuah-sebuah. So, umah jiran-jiran jauh gak lar. Bila dh kne dok umah sendirian, mesti r takut. Nak-nak time tu aku baru darjah 2. Gate besar, pintu umah smua aku kunci, aku mangga (takut punya pasal). Pastu tgh hari mak aku balik umah and hantar kitorg gi skola (dulu skola sesi petang). Ayah aku masa tu dah pindah Terengganu, kitorg x pindah coz mak aku x dpt green light dari bos dia. So, kitorg terpisah jap ngan abah.
Pertengahan bulan September tahun 1999, baru lar kami sekeluarga dapat dok sama-sama kembali. Tapi bukan di Sitiawan, di Port Klang, Selangor. Bila dah pindah Klang, rasa sedih sbb kene tinggalkan tanah kelahiranku :-( , pastu kt Klang dok umah flat (bayangkan kuarters tu hanya ada 2 bilik yg sempit and ruang tamu & ruang mkn yg bersambung and kecik). Tp bersyukur lar, ada gak tempat berteduh and we’ve been happy family together.
Bila aku masuk form 2, abah kene naik pangkat and tukar ke Kuantan. Time ni mmg aku sedih sgt. Dah 5 tahun lebih dok Klang, pastu kene pindah Kuantan plak. Sedih giler nak tinggalkan member-member aku and puppy love aku (hahahaha). Hidup di Kuantan best. Majoriti rakyatnye Melayu. Cina and India kurang, x macam di Klang. Masa kat Kuantan, family aku asyik makan angin jer (maklum lar, Kuantan ni byk pantai and dekat ngan Terengganu). So, every weekend, kitorg mesti kuar jalan-jalan (that’s why byk tempat yg aku tau kt Kuantan and Terengganu). Saudara-mara pun ramai kat sini, so mmg best r kalo time cuti panjang. Hidup kat Kuantan senang and boleh dikatakan mewah sbb barang-barang kat sini murah (hari-hari mummy aku beli udang yg besar tu wt lauk, my favourite). Then, umah pun ok coz dok umah teres 2 tingkat (x mcm kt Klang).
Beberapa tahun kemudian, aku kene pindah ke Johor plak. Abah naik pangkat lagi. Memang rezeki kitorg murah (alhamdulillah). Hidup kat Johor x senang sgt sbb barang byk mahal (maklum lar dekat ngan Singapore) tp rezeki mmg murah. Ada jer income masuk. Abah dah malas nak pindah-randah lagi, dh macam org nomad jer kitorg ni. Tp mummy nak balik Klang smula sbb dekat ngan Perak kalo nk balik kampung. After this, aku pun x tau kene pindah mne plak. Harap-harap dpt pindah Klang smula, bleh jmpa member-member aku kt sne :-)
No comments:
Post a Comment