"Rindu bertandang lagi kekasih,
Pada musim-musim bersamamu,..."
Opss, sorry OK! Aku bukan rindu dekat kekasih hati. Aku rindu, rindu sangat-sangat dekat mummy, daddy, angah, amy,,bila dapat berkumpul bersama lagi? Angah dah jauh, Amy dekat asrama tak lama lagi nak exam. Aku rindu saat-saat kecil dahulu, kami selalu bersama, tak pernah berpisah pun. Cepat sangat masa berlalu, terasa baru semalam saja aku dan adik-adikku berlari dan bergaduh dalam rumah, tak lama lepas tu mummy marah, then kami senyap. Tapi tak lama lepas tu kami gaduh balik, tarik-tarik rambut bagai pastu berbaik balik siap main pondok-pondok lagi.
Semasa kecil dulu kami tak bercampur sangat dengan anak-anak jiran sebab rumah semua jarak-jarak. So, kami lebih suka bermain sesama kami dalam kawasan rumah saja. Kawasan rumah luas so boleh main kejar-kejar, masak-masak, pondok-pondok, basikal, dan macam-macam lagilah. Rindu nak duduk balik dekat rumah tu. Sedih tengok keadaan rumah tu sekarang. Jauh beza dengan dulu. Dulu rumah tu cantik, kemas, bersih, hijau dengan tumbuh-tumbuhan. Sekarang dah penuh dengan semak-samun. Tak tahu bila dapat balik Taman Serdang, Sitiawan , Perak semula.
Tetapi, kalau pulang ke sana semula, semakin banyak kenangan yang akan terimbau. Sebab rumah itu juga pernah didiami oleh arwah pak cho sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kalau tengok rumah tu, mesti aku ingat pak cho. Rindu balik kenangan dengan dia. Cepat sangat masa berjalan. Sudah 9 tahun dia pergi tinggalkan aku. Walau macam mana pun dia, dia tetap pakcik aku dunia akhirat. Semasa daddy duduk dekat Kuala Terengganu, pak cho yang jaga kami, tengok keadaan kami tambah-tambah semasa mummy sakit. Macam mana aku dapat lupakan pak cho, lepas saja pak cik alim 'pergi', pak cho saja pak cik aku yang tinggal (kalau ikutkan sebelah daddy).
Sebab tu aku malas duduk sorang-sorang dalam bilik ni. Lepas tu mengadap pula blog ni, memang aku feeling habislah bila dah dengar lagu pun jiwang-jiwang. OK, aku nak sambung nangis balik. By~
Dari Hati Nuraniku,
fara,,