NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, April 14, 2013

BE MINE...

Assalamualaikum readers...

Semoga semuanya baik-baik saja. Seperti biasa, Ahad kembali menjelma. Sangat bosan apabila hujung minggu hanya dihabiskan dalam bilik tanpa keluar merayau. Semuanya gara-gara dah banyak shopping last week. So, no money no talk, no outing. =)

By the way, esok akan bermulanya kerja baru untuk aku. Tak tahulah macam mana keadaan aku esok. Hopefully everything's going fine. Tapi tak lama pun dengan kerja baru ni, sebulan saja. After that, aku pun tak tahu macam mana nasib badan. Tapi, dek kerana Myvi purple, aku sanggup. Sabar ya sayang, tak lama lagi You'll be mine! "Benar aku sayang kamu, takkan pernah lupakanmu, gapai tanganku, denganku selalu..." Oh, Myvi Purple!!!

And bila dah ada Myvi nanti, semestinya aku akan penuhkan dengan Hello Kitty kesayangan. Oh, tak sabarnya. Kalau tak suka HK, jangan tumpang kereta I okey! =)









Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, April 13, 2013

KNOWING THEM...

Assalamualaikum readers!

Almost 2 months I left this blog. Not because I don't care about 'you' anymore but now, I've no time to update frequently. You know, as a career woman, I'm a bit busy with my schedule. Cehhh! Tipu jer, bukan ada schedule pun tapi 24/7 I memang busy. Kadang-kadang Sabtu kena kerja and Ahad sahaja masa untuk rehat, tidur, mengemas, lepak dengan family dan dating. Sangat sesak nafas sebenarnya sekarang ni. By the way, today I'm gonna share something about what I've been read before in Men Are From Mars, Women Are From Venus. This book is so interesting and really helping me to get to know more about men. Here are some information that I've got.

KAMUS FRASA VENUS (WANITA)...

"Kita tidak pernah keluar" maksudnya: "Saya berasa seperti mahu keluar bersama kamu hari ini. Saya pasti seronok setiap kali kita keluar bersama. Boleh kamu bawa saya keluar? Sudah lama kita tidak keluar bersama."

"Semua orang tidak mengendahkan saya" maksudnya: "Hari ini saya berasa tidak dihargai dan tidak diendahkan, seolah-olah saya halimunan. Semua orang tidak mempedulikan saya. Saya juga agak kecewa yang kamu terlalu sibuk. Saya menghargai betapa kamu bekerja keras untuk masa depan kita tetapi kadangkala saya berasa seperti sudah tidak penting lagi dalam hidup kamu. Saya khuatir kerja kamu lebih penting daripada saya."

"Kamu sudah tidak sayangkan saya lagi" bermaksud: "Hari ini saya berasa seperti kamu tidak sayangkan saya. Saya khuatir saya yang menyebabkan kamu berasa begitu. Saya tahu sebenarnya kamu sayangkan saya. Saya cuma berasa kurang berkeyakinan hari ini. Bolehkah kamu naikkan semangat dan keyakinan saya dengan melafazkan 3 perkataan yang saya mahu dengar, 'SAYA CINTAKAN KAMU'. Apabila kamu berbuat begitu saya betul-betul gembira."

"Saya mahukan lebih banyak kasih sayang" bermaksud: "Sayang, saya fikir kamu terlalu kuat bekerja sekarang ini. Marilah kita luangkan sedikit masa bersama. Kamu memang romantik, bolehkan kamu kejutkan saya dengan memberi bunga dan membawa saya keluar bersiar-siar? Saya sangat suka apabila kamu buat begitu."

Ini hanya sedikit informasi yang aku share dekat sini. If you want to know more, beli buku ini atau tunggu update yang akan datang daripada aku. Aku akan share a few things yang lelaki perlu tahu tentang wanita. So that, lelaki tak akan membiarkan pasangan mereka berasa terabai atau tidak disayangi lagi. =)


Dari Hati Nuraniku,
fara,,