NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, February 11, 2011

KAKI NOVEL...

Dengan rasa penuh gembira dan bahagianya...........................




aku dah habis baca Novel LOVIN' YOU!!!




Selalunya, more than a week baru aku habis baca novel atau buku yang aku beli...tapi tak tahu kenapa, bila buka saja novel ni terus tertarik hati nak baca sampai ke pangkal jalan...akhirnya, dalam masa 2 hari saja aku dah abis baca...berkisar tentang percintaan ala ala Boys Over Flower gitu...best! Layan sangat dengan novel ni...lepas ni nantikan....






~DOKTOR CINTA by DYADILA~




Kepada korang yg kaki novel macam aku, lawatlah blog ni......



:D

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

TRAVELER 2...

Setelah puas berpusing pusing, melilau lilau di CS, makanya kami kepenatan dan mahu segera pulang...so, aku dengan Fyza hantar Zureen dulu ke hentian bas menuju ke Pasir Gudang...nak dijadikan cerita, kami ni nama saja duduk kat Johor bertahun tahun tapi bab bab naik bas ni memang tak mahir...so berulang alik tawaflah kami dekat area bas bas tu park...sebabnya setiap bas yg menuju ke sesuatu tempat dalam JB ni ada kawasannya tertentu macam Barat, Selatan, blablabla...signboard tu memanglah ada tapi macam tak lengkap and still tak faham kaedahnya, orang yg ada kat area tu memang dok tengok jelah kami main tawaf tawaf kat situ...at last, bas ke PG tu sampai and si Zureen ni pun berlari larilah kejar bas tu...

Lepas dah lambai dia naik bas (macam melambai orang kat KLIA plak), kami berdua plan nak pergi Wisma Persekutuan ambil IC Fyza memandangkan hari masih awal...so, berwalking lar kami dari CS ke Kotaraya sebab aku ingatkan ada short-cut kat area situ untuk ke Wisma...alangkah sakitnya jiwa sebab jaraknya agak jauh dan aku tak nampak pun short-cut yg aku cari...kalau dekat KL tu senang saja boleh jumpa jalan, dekat JB ni susah sangat nak dapat jalan pintas...nak tak nak, kami dengan muka menahan panas, bertenggek tepi jalan menahan teksi...but, 1 teksi pun tak stop padahal tempat tu adalah hentian teksi/bas...kitorang pun gerak ke belakang sikit sebab maybe teksi tu tak nampak kot kitorang bertenggek kat situ...fuhhh!! Nasib baik ada gak pakcik yg baik hati and berhenti ambil kami...bila aku tanya dekat pakcik tu, "Kenapa teksi tak stop pun bila kami tahan?"...dia pun cakaplah yg tempat menunggu teksi dah pindah kat sebelah depan Kotaraya, bukan belakang tu...aiseyyy!! Awat tak habaq awai awai, manalah ceq tau...

So, kami pun selamat sampai ke Wisma dengan tambang RM3.40...nasib baik sempat lagi ambil IC sebab kaunter tu tak tutup lagi (tunggu kitorang lar tu)...hahahah!! PERASAN OK!!! Alhamdulillah si Fyza telah mendapat IC yg dinantikan selama hampir 2 bulan... :)

Memandangkan jam dah pukul 4 lebih, aku ajak Fyza jalan kaki ke Hospital Sultanah Aminah...mula mula tu kitorang ok saja berjalan sebabnya walaupun cuaca panas tapi angin sepoi sepoi bahasa, sejuk saja rasanya...sampai depan JOTIC, tiba tiba macam pelik sebab banyak motor peronda polis lalu, ada tu sempat lagi hon and main mata dengan kitorang...haishh!! Mula mula tu rasa pelik sebabnya polis tu suruh kereta semua berhenti ke tepi jalan, abis tu aku dengan Fyza yg tengah jalan kaki ni kena berhenti jugak ke? Ahhh...peduli apa aku, kitorang tak ganggu lalu lintas pun...jalan jelar dengan muka seposen...tak lama pastu, ada kereta color hitam, mewah, tinted, shining, besar, lalu depan kitorang...hahahaha!! Rupa rupanya Sultan Johor lalulah kawan, on the spot kitorang pun berhenti jalan (hormatlah Sultan nak jalan tu)...then kitorang sambung jalan balik tapi tak lama lepas tu 1 kereta lagi lalu, maybe VVIP from Indonesia sebab ada flag negara tu dekat depan kereta...oh!! Patutlah banyak polis trafik, ingatkan sebab apa tadi...dengan kepenatannya kami berhenti sekejap dekat depan mahkamah tu sebab nak berfikir dulu...

Selepas dah ditambah tolak darab and bahagi, kami decide nak jalan kaki saja ke HSA...sebabnya aku rasa dah alang alang kalau nak naik bas...lagipun kami tak tahu nak naik bas dekat mana...hahaha!! Tambahan pula kalau ambil teksi nanti kena cas ikut meter, mahal!! And memandangkan kami tak pernah jalan jalan dekat JB ni (berjalan kaki), kira OKlah pergi HSA jalan kaki ikut tepi Pantai Lido tu...mula mula jalan memang best sebab angin kuat+kitorang pakai payung (konon puteri lilinlah) and macam dah nampak bangunan hospital...TETAPI...jauh lagi rupanya sebab baru sampai dekat depan Istana Sultan Abu Bakar@Muzium Sultan Abu Bakar...so teruskan usaha OK...

Lepas satu bangunan, jumpa bangunan lain pula iaitu Masjid Sultan Abu Bakar...Next kitorang lalu depan Zoo JB, Kompleks Islam dan Bangunan Mahkamah Syariah...wahh!! Ni baru betul macam pelancong tapi tak bawa beg sandanglah...first time seumur hidup, aku dapat rasa keseronokan berjalan kaki di tepi Pantai Lido menuju ke HSA...walaupun tak berapa nak cantik pemandangannya sebab masih dalam construction, tapi Pantai Lido tetap menarik sebab boleh nampak pemandangan Singapore and dapat bau bayu air laut (bau air masin)...kalau aku suruh korang jalan macam aku ni korang nak tak? Kita jalan kaki dari Danga Bay ke HSA pula next time? Tapi kalau suruh adik aku jalan kaki ni confirm confirm dia tak nak...hahahha!! Best apa jalan kaki, banyak faedah yang korang boleh dapat...antara faedahnya ialah:-

  • Baik untuk kesihatan
  • Jimat duit tambang
  • Dapat melihat pemandangan sekitar JB
  • Dapat tahu tentang tempat tempat menarik sekitar JB
  • Tak payah dok tepi pantai berjemur sebab dah confirm confirm kulit akan terbakar

:D

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, February 10, 2011

TRAVELER 1...

Selamat pagi readers...hari ni aku nak story tentang aktiviti holiday aku...maklumlah orang bercuti sebulan ni, kerja tak ada (majikan pun tak nak ambik aku kerja kot), laki tak ada nak dijaga apatah lagi anak...so, kerja aku makan+tidur+online+layan astro (channel 611 tau)...fuhhh!! Disebabkan aktiviti yang tak berfaedah itu, makanya berat badan aku pun sudah bertambah, sampaikan kawan kawan mummy cakap aku dah chubby (memang aku chubby apa sejak dulu)..haish!!

So, nak dijadikan cerita...semalam (9 February 2011), aku bersama twins aku telah merayap+melencong ke City Square, JB...macam biasalahkan kalau dah masuk CS ni tempat pertama yang aku tuju ialah Popular and MPH Bookstores...memang aku suka membaca, dan ruangan yang paling aku minat adalah NOVEL MELAYU (biasalah minah jiwang+leleh)...sebenarnya aku nak beli Novel Doktor Cinta karya cousin aku Dya Dila tu tapi tak launch lagi...so aku cari pula Novel Jiranku Kekasihku and Sepupuku Suamiku, itupun aku tak ketemu...pelik sungguhlah, kedai besar tu pun tak ada novel novel tu? Memang aku curious, tak kan dah tak ada dalam pasaran novel novel tu? Cepatnya sold out...haishh!! Tak apalah, at last aku beli Novel Lovin' You (yang ada muka 2 ekor kucing yang comel tu, tapi aku tak suka kucing pun)...aku beli novel tu pun sebab ada rebat 20%, untung tu...heheheee!!


Lepas dah shopping dalam Popular tu, aku merayap pula ke Action City, tujuannya nak cari items Hello Kitty+cuci cuci mata...tapi terpesong sudah, aku nampak mouse HK yang cute and berlampu lampu so aku grab and pay...kalau dah nampak binatang HK tu, memang susah nak fikir panjang yer kawan kawan...sebelum aku keluar kedai tu, aku nampak JAM HK color PINK, cute sangat...ohh!! Maybe akan dibeli bulan depan atau April nanti (kalau panjang umurlah)...hopefully jam tu tak kan dinaikkan harganya...

Lepas dah penat kaki melangkah, kita isi perut pula yer...rindu dengan keenakan dan kelazatan Prosperity McD...nak double ke single? Aiseyyy, mamat jaga kaunter tu comel+ada ramai pula staf lelaki kat situ, takkan aku nak beli yang double, segan dehh...my water face kena jaga, makan banyak sangat nanti apa diorang cakap...so amik yang single jelar, nanti balik Seremban qada' balik untuk double (kalau stok masih ada)...

Dah kenyang aku makan, barulah minah dua orang tu sampai...pastu terus pergi beli tiket wayang...cerita apa? YOGI BEAR!! hahahah!! Cerita lain tak syiokklah, nanti aku tidur pula kat dalam cinema tu...dah beli tikat, teman diorang pula pergi makan dekat MB, ayam kat sini sedap dan tidak berminyak+salad pun manis...tepat pukul 1.30, gerak ke panggung 3 menonton si beruang yang bijak tapi selfish...overall, cerita Yogi Bear memang layan, aku bagi 3.5 binatanglahkan sebab aku tak menguap pun masa menonton tu...ceritanya pun sekejap jer, kira OKlah...dah penat ketawa sampai tegang urat pipi aku, tibalah masa meninggalkan CS...


(continue dalam TRAVELER 2 untuk mengetahui adventure yang aku lalui)...


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, February 8, 2011

THANKS...

Salam readers...lama gak aku menyepi tanpa berita ek (padahal baru seminggu jer)..actually, post arini aku nak ucapkan terima kasih especially kepada Allah Taala kerana memberikan aku peluang untuk terus bernafas atas muka bumi ini untuk yg ke 21 tahunnya tidak seperti kakakku (semoga dikau bersama para solihin), aku juga nak dedicate kepada semua family, sahabat, teman teman dan semua yg mengenali diri ini atas ucapan dan doa kalian sempena ulangtahun kelahiranku yg ke 21 last week...ingatan tulus dan doa daripada kalian lebih bermakna daripada hadiah hadiah yg diberikan...kerana ingatan itu akan kekal dalam memori dan tak mungkin bisa dipadam (melainkan terkena amnesia lar kan)...apa apa pun terima kasih yg tak terhingga kepada mereka yg disenaraikan ini...walaupun jarang bersua muka, tidak pernah bertentang mata dan berborak, korang tetap dalam ingatan...thanks to my darl kerana menjadi orang pertama mengingati birthday ku (Muhamad Alif, sayang kamu)...

  • FAMILY:
1. Dek Dek (Nurhamidah Farhana)
2. Mummy
3. Daddy
4. Gemuk (Nurul Farahin)
5. Elmi Nabilah
6. Nurul Hidayah

  • TEMAN SERUMAH:
7. Nur Afiza
8. Che Nurazureen
9. Siti Aisyah

  • TEMAN KOLEJ:
11. Syarif
12. Khir Othman
13. Kak Farah
14. Kishen Raveentheran
15. Siti Amirah Mahaydin
16. Kak Fath
17. Zharif
18. Nurul Nadiah@Nadot
19. Nur Aleeya
20. Ezni Diyana
21. Mohd. Khairuzzaman@Aman
22. Meor Yasyri
23. Abang Fairul
24. Jazmin Ramli
25. Hafiz
26. Irfan
27. Kak Nazli
28. Marie Amira
29. Abang Wan
30. Musfirah
31. Fara Waedah@Aceh
32. Eskandar Ezra
33. Adam Muhammad
34. Noor Azah
35. Ainatul Mardhiah
36. Farah Nasuha
37. Khamsul
38. Abdul Malik
39. Kak Is
40. Nadiah Hisham
41. Syasha Othman
42. Hillihayatul Ain
43. Norizyani
44. Nur Aqila

  • SMKKSAB (Johor):
45. Fitri Hakim@Feat
46. Fatin Malyssa@Bam
47. Amirah Azali
48. Faizuddin@Oden
49. Fatin Nabihah
50. Farhana Tugiman
51. Adila Zainol
52. Afiqah Milan
53. Norashima Ibrahim
54. Nurfatehah Raihan@Eta
55. Amy Alia
56. Nabila Balkis@Bella
57. Kak Wan Nur Sakinah
58. Haziman Hashim
59. Hafizzuddin
60. Hanif@Anip
61. Azima Ismail
62. Kak Syafiqah Sa'dan

  • SMKC (Kuantan):
63. Iqbal
64. Hidayah Yunus
65. Rafeq
66. Hazrul Ashwad
67. Sharifah Norashiqin
68. Hidayah Ramli
69. Dayana Ahmad
70. Syahir Iman

  • SMKPRZ (Klang):
71. Fatin Nazihah
72. Sahza Izzah

  • SKPK (Port Klang):
73. Siti Alifah Zahirah
74. Khamarul Izham
75. Nik Norol Hafizi
76. Nor Shahidah
77. Siti Aisyah@Sasa Fariesya
78. Mustika@Tyta Ayub
79. Abu Haniffah
80. Azureen Izhar
81. Khairunnisa Radzali
82. Siti Murnira
83. Nazirul Mu'az
84. Atikah Zulkefle
85. Nur Dalilah
86. Heni Ezzawina

  • TEMAN FB & TEMAN RAPAT:
87. Abang Amy
88. Muhammad Nur Basyir@Mat Nor
89. Suara Hati
90. Sulansah@Atai
91. Kak Amira
92. Muhammad Amiry
93. Rynna Alsagoff
94. Nurul Ain Masri
95. Syafiq Azizan
96. Alda Ahmad
97. Haliq
98. Bahrain Rahman
99. Noin
100. Farrizul Fikri
101. Kamal Syafiq
102. Aleeza
103. Tuan Adil
104. Aizat

Thats all for this year...semoga di usia aku yg ke 21 ini, segala cita cita dan harapan aku tercapai..semoga aku dapat grad cepat and dapat lesen memandu cepat cepat (padahal malas gila nak pergi driving class)...okey you all, sekian wassalam~

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, February 3, 2011

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN!!!...

Salam readers...hari ini merupakan tanggal bersejarah buat aku kerana 21 tahun yang lalu, aku telah selamat dilahirkan di Hospitel Teluk Intan, Perak oleh seorang wanita yang amat aku sayangi...terima kasih mummy kerana telah melahirkan Yong...aku tahu bukan senang mummy nak lahirkan aku berbanding adik adik ku kerana berat aku yang hampir 4 kg semasa dilahirkan membuatkan mummy menghadapi beberapa masalah...lebih 12 jam mummy menahan sakit sewaktu melahirkan aku...tak dapat ku balas segala jerih perihnya itu walaupun beribu ribu aku belanjakan untuknya...terima kasih mummy...

Sewaktu kelahiranku, daddy tak ada di sisi mummy kerana berkursus/bekerja (aku pun tak sure) di tempat lain dan Pak Cho telah mengiqamatkan aku...tapi, kini sudah 10 tahun Pak Cho meninggalkan aku dan keluargaku...seminggu selepas kelahiranku, mummy dimasukkan ke hospital semula (kalau tak silap akulah) dan disebabkan itu, aku hanya sempat merasai susu ibu selama seminggu sahaja dan aku membesar dengan susu tepung berbeza dengan adik adik ku... :'(

Tapi tak mengapa sebab aku faham, aku tahu masalah mummy ku, aku tahu pengorbanan mummy ku, aku tidak pernah sesekali menyalahkannya kerana pengorbanannya sudah cukup besar buat aku...sejak aku dilahirkan, Pak Cik Alim begitu menyayangiku dan sentiasa mendukung dan bermain denganku, almaklumlah ketika itu dalam keluarga kami hanya ada 2 orang puteri dan setelah kelahiranku, akulah puteri kesayangannya pula...tapi kini, Pak Cik Alim juga telah 12 tahun pergi meninggalkan aku...ahhh!! Kenangan bersama mereka sentiasa menggamit rindu di kalbuku, saat saat terakhir di sisi mereka takkan pernah aku lupakan...

Aku cuba menahan air mata dari menitis tapi aku tak mampu, aku terlalu rindukan mereka..."maafkan Yong Pak Cho, Pak Cik, Yong tak nak kalian terseksa tapi Yong tak boleh berhenti menangis...nanti Yong balik Perak, Yong 'melawat' Pak Cho dengan Pak Cik yer..."

Kepada mummy, terima kasih kerana telah melahirkan aku...terima kasih kerana masih menyayangi aku seperti dahulu...terima kasih kerana telah banyak berkorban untuk anakmu ini...Insya Allah akan ku balas jasamu andai hayat kita masih panjang...

Dari Hati Nuraniku,
fara,,