Agak berat sedikit tajuk entry aku kali ini. Mungkin ada yang terasa hati atau terguris perasaan atas apa yang bakal aku luahkan ini. Tetapi, kita semua harus menerima segala kritikan dan teguran tidak kira daripada sesiapa pun untuk kebaikan kita bersama. Konsep hutang ini terlalu meluas. Sama ada hutang budi ataupun hutang wang ringgit. Namun, ianya tetap hutang. Oleh itu, kita harus sedar jika kita ada berhutang dengan sesiapa maka cepatlah selesaikannya kerana khuatir akan timbul perkara berbangkit suatu hari nanti. Mungkin pada sesetengah orang perkara ini adalah remeh.
Tetapi cuba kita fikirkan, andai kita sudah meninggalkan dunia ini kelak dan kita ada berhutang sebanyak 10 sen sahaja dengan rakan kita tetapi hutang itu tidak dihalalkan, bagaimanakah perjalanan kita ke alam barzakh nanti? Adakah kita akan diterima masuk ke syurga sedangkan amalan-amalan kita di dunia banyak tetapi disebabkan hutang yang seciput itu, mungkin kita tidak akan dapat merasai nikmat syurga itu? Hutang boleh menyebabkan keluarga porak-peranda, hutang menyebabkan kawan makan kawan, hutang juga boleh menyebabkan kita berbunuh-bunuhan. Jika ingin dikupas lebih mendalam mengenai hutang ini, terlalu banyak yang dapat dikupaskan. Tetapi, entry kali ini aku hanya ingin mengingatkan diriku serta kalian semua tentang hutang. Jika ada berhutang dengan sesiapa tidak kira berapa banyak dan berapa lama sekalipun, cepatlah selesaikannya. Kalau baju, kasut, beg, dan barang make up kita boleh beli walaupun duit belanja kita akan berkurangan, mengapa tidak kita membayar sahaja hutang yang ada daripada menambah-nambahkan lagi hutang tersebut. Maka fikir-fikirkanlah.
*Jika saya, Farah Zunnurain ada berhutang apa-apa dengan kalian, sila beritahu dan ingatkan saya. Saya juga manusia yang dijadikan oleh Allah dengan berbagai kekurangan. Mungkin adakalanya saya terlupa akan hutang tersebut, maka ingatkanlah saya.

your sincerely,
fara,,