NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, May 31, 2012

KELUARGA 69...

Assalamualaikum readers.

Agak lama tiada khabar berita terkini tentang Cik Pinklover ni. Hari ni aku nak story tentang family aku yang kami gelar Keluarga 69. Aku pun tak tahu kenapa dipanggil macam tu, apa yang pasti, keluarga kami besar.

Kenapa aku cakap besar? Sebabnya moyang aku ada 12 orang anak. Daripada 12 orang anak tu, lahirlah berpuluh orang cucu. Kemudian, muncullah pula generasi ke-4 iaitu generasi akulah-cicitnya. Cicit moyang aku ni ramai juga, almost cecah hundreds gitu. Tapi the exact number aku tak kira pula. Lepas cicit, lahir pula generasi ke-5, aku pun tak tahu nak panggil apa, ada yang cakap piat (layankan saja).

So, back to our story. . .  apabila ada sesuatu majlis umpamanya perkahwinan, memang sangat meriah keluarga 69 ni. Sebabnya, bila semua anak-beranak berkumpul, majlis terus happening dan yang paling penting, keluarga kami pun dah cukup ramai untuk memeriahkan majlis, itu tak termasuk jiran tetangga dan para jemputan. So, kalau buat kenduri-kendara yang besar ni, paling sikit pun 3 ekor lembu wajib ditumbangkan. 

:: Ini Arwah moyang aku-Nik Zainab. Sudah 4 tahun kami beraya tanpa dia ::


Kalau dicampur dengan adik-beradik moyang aku tu, memang lagi ramai saudara-mara yang datang. Contohnya apabila Hari Raya Aidilfitri. Laman rumah nenek aku memang akan penuh dengan berpuluh-puluh buah kereta (nasib baik tanah luas). Kalau jiran tetangga tengok, mesti diorang fikir rumah kami ada buat kenduri kendara time Raya tu. Tapi sebenarnya bukan, keluarga kami memang besar dan ramai sebab tu dipanggil Keluarga 69. 

Tapi semenjak arwah moyang aku meninggal dunia, keseronokan tu agak berkurang. Sebabnya, kalau tiba Hari Raya, mesti moyang aku yang paling sibuk memasak lemang dan dodol untuk anak-anak, cucu cicit dia makan. Tapi sekarang semuanya dah berubah. Nenek aku saja yang rajin memasak lemang sebab dia anak sulung. Disebabkan itu juga, setiap kali Hari Raya, rumah nenek aku yang akan diserbu oleh sanak saudara. Kami sebagai cucunya memang akan busy di dapur membuat air dan menyediakan juadah. Dan kerana itu juga, tiap kali Hari Raya Pertama, kami tak keluar beraya, hanya stay di rumah tunggu saudara-mara datang bertandang.

Tapi aku sangat bersyukur kerana diberikan keluarga yang besar, meriah, penyayang, happening dan best macam Keluarga 69 ni. Walau kami tidak punya wang berjuta, harta berekar, tetapi kami ada keluarga yang besar dan best! So, korang pun kena bersyukur dengan family korang. Sedar asal usul keturunan korang. =)



>>Family 69 ni adalah family nenek aku sebelah my dad. Kalau family datuk aku sebelah my dad lagi gempak dan meriah sebab dari Utara tanah air <<



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, May 21, 2012

C.I.N.T.A.

"Ketawa dan air mata, Itu sebenarnya cinta, Kalau kau sedih pasti ku rasa, Begitu sebaliknya...
Ku senang engkau cemburu, Itu tanda kau sayangiku, Tahu kau takut kehilanganku, Begitu juga aku...
Ku juga suka bila kau curiga ia mengajarku erti setia, Apa pun sikapmu aku terima asalkan ada kebaikan..."

Sangat mendalam makna yang tersirat di sebalik lirik lagu ni. Tapi apa guna bercinta kalau tiada penghujungnya?
Apa guna bercinta andai tiada niat untuk menjadi yang sah?
Apa guna bercinta andai ada kecurangan antara kita?




Aku pun tak tahu apa akan jadi dengan kisah cinta aku. Yang pasti aku hanya mampu berdoa dan Allah Yang Maha Mengetahui segalanya. Redha saja andai tiada jodoh antara kita. Yes! Memang sakit, perit tapi sampai bila harus begini? Teman-teman ku ramai yang sudah ke jinjang pelamin, ramai yang sudah mempunyai keluarga sendiri. Tapi aku masih begini. Mungkin jodohku masih jauh dan masih tiada lagi sebab itu aku sering kali diuji. Tidak mengapa, aku tetap ada Dia tempat aku mengadu nasib diri. 

Apa guna bercinta bagai nak rak tapi akhirnya putus di tengah jalan. Lebih baik aku sendiri memikirkan tentang hala tuju masa depanku. Banyak lagi yang belum aku kecapi tapi yang pasti, aku menanti peluang pekerjaan yang sesuai untukku. =)


Jika aku bukan pilihanmu, 
Aku rela mengundur diri,
Jika aku bukan pilihanmu,
Aku doakan kau berjaya memilih yang sesuai,
Jika aku bukan pilihanmu, 
Aku harap jangan kau hadir dalam hidupku lagi,
Kerana aku tidak mahu menitiskan air mataku lagi,
Hanya kerana insan yang tidak menghargai diriku...




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, May 17, 2012

SWEET n SOUR...

Assalamualaikum readers.

Cerita sweet n sour ini terjadi pada 15 May dan 16 May 2012. Nak tahu kisah apa? Mestilah Kisah Hati =)



Actually, 15 May hari tu aku ke UiTM Shah Alam atau lebih tepat lagi Dewan Agong Tuanku Canselor untuk menghadiri Konvokesyen buah hati Best Friend Forever aku. First time aku masuk ke UiTM tu masa hantar adik angkat aku and this is for the second time aku masuk ke sana. Walaupun konvokesyen ini berlangsung selama seminggu, boleh dikatakan hari-hari tetap sibuk and ramai dengan orang. Overall, aku sangat terkesima sekejap dengan istiadat konvo diorang ni, begitu berprotokol. Tahniah!

Back to my story, lepas dah teman member aku jumpa Encik BF dia, aku pun keluar dai kawasan DATC tu untuk ke Seksyen 7 sebab aku dah janji dengan kawan baru yang dah lama aku tak jumpa. Aku paling takut kalau tersesat dekat dalam UiTM tu sebabnya aku punya handphone dah nazak time tu, so kalau aku lost, kompem tak tau nak call siapa lagi (kes tak hafal nombor telefon penting).

Alhamdulillah, nasib aku baik sebab terjumpa dengan pakcik teksi yang sanggup nak hantar aku tu. Kesian kawan baru aku tu, agak lama dia menunggu, aku rasa bersalah sangat. Lepas dah lepak, makan and borak dengan dia, hari dah menjengah ke malam. Nak jumpa BFF aku yang sorang lagi- Cik Fatehah pun tak sempat. Yang ni pun aku rasa bersalah sebab dah janji dengan dia. Next time kita jumpa okey darling.

Aku punyalah takut terlambat sampai dekat rumah, aku suruhlah kawan baru aku tu drive laju sikit. Rupa-rupanya, BFF aku-Cik Fatin tu lagi lambat dari aku. So, aku pun ajak kawan baru aku tu pusing Port Klang yang tak berapa nak indah ni, at least aku dapat hilangkan tension dia and teman dia hari tu. Sampai saja dekat rumah, aku dengan Fatin memang dah penat sangat, makan pun tak larat dah, terus membuta.


My Komuter-lengang

BFF-Farah vs Fatin
Muka sabar menanti si buah hati


Untuk Encik BF ku, nanti konvo, saya bagi ni yer



Hari berikutnya, kami ke Mid Valley pula. Jalan-jalan cuci mata saja sebab kami tak shopping apa-apa pun gara-gara kegawatan ekonomi. Hahahaaa!! =P
Yang bestnya, kitorang sangat berharap dapat naikMy Komuter yang baru tu untuk ke Port Klang nanti sebab tak sanggup nak bersesak dalam Komuter yang lama tu. Alhamdulillah, rezeki kitorang dapat naik yang baru tu. Best! Tak panas, tak payah nak berebut-rebut sebab dapat duduk. =)

Malamnya, kami ke pasar malam pula. Untunglah every Wednesday ada pasar malam depan rumah. Fatin dah lama tak pergi pasar malam ni, memang dia excited lah dapat imbau balik kenangan lama dulu. Balik rumah, perut tak boleh menerima makanan yang banyak tu, seperti ular kekenyangan saja masing-masing. Mana taknya, makan ayam, kebab, kuey tiaw, putu piring, memang kenyanglahkan. Dah kenyang, layan pula hindustan, sampai ke 2 pagi baru membuta.   



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, May 12, 2012

ENTRY ISTIMEWA UNTUK DIA...

Assalamualaikum peeps! 
Selamat pagi Cinta.
Salam sayang Rindu.

Entry Istimewa untuk Dia...

Dia yang pernah hadir dalam hidupku,
Mengajar aku daripada tak tahu kepada tahu,
Menegur dan memarahiku seperti anaknya,
Mendidik aku supaya menjadi seorang yang bertanggungjawab,
Kadang-kala aku rasa kesal kerana membuatnya marah,
Sedangkan dirinya sudah penat seharian mengajar kami,
Tapi, dek kerana keegoanku terhadap perlakuan teman sekelas,
Aku lupa tentang kepenatannya, tentang kesabarannya semasa mengajar kami.

Guruku,
Yang aku sayang,
Walaupun kau sudah tiada lagi,
Kenangan bersama tak akan mungkin aku lupakan,
Kaulah guru, kaulah ibu,
Yang tak jemu mendidik kami yang degil lagi nakal ini,
Kekuatanmu membuatkan aku kagum,
Aku pasrah dengan pemergianmu,
Walaupun tidak dapat menatap wajahmu buat kali terakhir,
Sungguh, aku rindu saat berada di dalam kelasmu,
Semoga dikau tenang dan damai di sana,
Buatmu guruku- Puan Norlela Osman ='(


Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Guru


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, May 9, 2012

KUALA LUMPUR...

Assalamualaikum Cinta, Sayang, Rindu.

Lama sudah blog ni tak di update. Ni entry pertama untuk bulan Mei. 
Selamat datang Mei, semoga membawa angin kebahagiaan yang baik dan bunga-bunga cinta sakura buatku.

Ini cerita seminggu yang lepas. 2 Mei 2012 aku mencemar duli ke Kuala Lumpur.
Ewah, macam good-good saja kau nyahhh. Actually, aku bukan saja-saja nak turun KL, tapi disebabkan masalah negara, terpaksalah aku turun juga. Masalah negaralah sangatkan. Eh, memey masalah negaralah. Kalau aku tak bayar pinjaman MARA, confirm nama aku akan famous amos. Then, abang-abang Polis pun akan mula mencari aku sebab tak bayar pinjaman MARA. Bukan ke dah susah tu. Masalah, masalah.

 
Dipendekkan cerita, aku pergi melawat pejabat MARA bersama Cik Dotdot (Nurul Nadiah K) dan adik aku. Sekejap saja settle semua masalah. Then, lepak-lepak cuci mata dekat SOGO pula. Tapi macam tak best saja sebab mood shopping aku tak ada lagi. So, aku pun mengajak mereka ke Time Square. Lama gila dowhh aku tak jejak kaki dekat TS ni. Last aku jejak TS sewaktu bersama BFF dan BF aku pada tahun 2010. Sangat rindu dengan tempat ni sebab zaman kolej dulu, aku selalu menghabiskan masa di sini bersam Mekza dan Mekre. Habis setiap tingkat TS tu kitorang jelajah, beli baju, kasut, cuci mata tapi tu semua zaman kolejlah.







Back to our story, baru 2 tahun tinggalkan TS, aku macam rusa masuk kampung. Blur sangat-sangat. Macam-macam dah berubah. Dan semestinya, makin best dan syok bershopping dalam TS. Tapi sangat malang sebab aku tak ada mood shopping lagi. Sangat rugi okey. Ini semua gara-gara jadi penganggur. Kalau shopping pun, aku nak pakai baju tu pergi mana saja sebab aku duduk rumah tak keluar sangat. Kadang-kadang weekends saja keluar bersama family dan yang tercinta. Sangat boringkan life aku sekarang? Tapi aku suka sebab tak payah nak jemur muka bawah matahari. Hahahah =D

Okeylah, nanti story-story lagi. Hopefully, hujung bulan ni dapatlah bercuti bersama beloved family. =)


Dari Hati Nuraniku,
fara,,