Assalamualaikum...
Beberapa minit dari sekarang, warga Selangor, Kuala Lumpur, dan sewaktu dengannya akan berbuka puasa. Alhamdulillah, kita bertemu lagi Ramadhan tahun ini. Anggaplah ia sebagai puasa terakhir kita agar Ramadhan kali ini diberkati dan diterima Allah.
Bersyukurlah juga kerana masih sempat menikmati Ramadhan ini bersama keluarga dan insan tersayang. Bagi mereka yg sudah kehilangan insan tersayang, pasti Ramadhan kali ini sangat berlainan. Apatah lagi untuk menyambut Syawal nanti. Buat sahabat-sahabatku yg sudah kehilangan insan tersayang, berdoalah untuk kebaikan dan kesejahteraan mereka disepanjang Ramadhan ini. Semoga syurga Allah menjadi tempat tinggal mereka kelak.
Okey friends, jom prepare apa yang patut. Selamat berbuka puasa, jangan membazir bulan Ramadhan ini okey ;)
~Planning untuk berbuka bersama housemates and classmates semasa di sekolah dan di kolej dulu dan juga with L.O.V.E. =)
Dari Hati Nuraniku,
fara,,
No comments:
Post a Comment