NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, November 11, 2010

Disaat Aku Mencintaimu...

Lagu Dadali Band ni best lar..liriknya menyentuh kalbu..hueheheheee..jgn jiwang-jiwang OK Cik Farah!! Bawah ni lirik lagu Disaat Aku Mencintaimu dari Dadali Band, enjoy okey dengar lagu mereka!!!

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menghiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta..............

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, October 24, 2010

MAKAN + POSING...






Kami gila bergambar. Hari ini rezeki masuk, ada member ajak makan dekat rumah. Best!! Kumpul ramai-ramai pastu makan-makan, borak-borak, and bergambar together. Actually, kami semua mula rapat sejak menjadi group untuk presentation and assignments. Before this hanya kawan-kawan biasa saja tapi bila dah mula berkawan, mulalah kegilaan itu terserlah. Chill girls!!

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, October 17, 2010

FIRST DAY OUTING...

For the first day, we all went to Mid Valley and watch movie together. Then, visit the chocolate'ss booths for the Malaysia Cocoa Day 2010 at the MV Exhibition Centre. Best dapat makan coklat + strawberry, yummyy!! Then pusing-pusing cuci mata, balik hostel and continue for the next day outing.






Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, October 13, 2010

V.I.V.A DIGANTI DENGAN PRESENTATION...

Salam sejahtera kepada pembaca setia. Entry kali ni tak ada apa yg special pun sebabnya aku tak suka presentation. Before this, Mr. Bala akan buat VIVA saja untuk evaluate every students tapi kali ni, dia tukar pula kepada presentation. Gara-gara presentation ni, nasib baik aku tak tertidur masa driving pagi tadi. Mana taknya, dok sibuk siapkan slide untuk presentation and cari bahan untuk dipertontonkan, aku tidur pun tak cukup. Memang tak puas tidur pun malam tadi, bangun-bangun saja dari tidur, kepala dah ting tong. Lepas tu pergi pula kelas Miss Shamima, memang susah nak buka mata masa dalam kelas tu. Aku tak tahulah Miss perasan ke tak, tapi aku memang tak pay attention langsung. Fikiran entah ke mana, mata dah tertutup. Huh! Sangat-sangat penat sebabnya idea nak buat poster and promotion tu tak muncul-muncul. At last, present saja apa yang ada. Berserah saja dengan keputusannya di penghujung semester nanti. Tapi puas sebab dapat tidur lama lepas habis presentation tu. Aku qada' balik tidur aku yg kurang tu. And last-last aku terlajak sampai tak pergi latihan petang. I'm really sorry. Aku memang mengantuk giler hari ni. Tak larat nak buat latihan apatah lagi study. Sorry kepada mereka-mereka yg berkenaan.

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, October 11, 2010

BERAYA DI KEM...

Pada tanggal 9 Oktober 2010 yang lalu, Rejimen 508 (AW) Seremban telah mengadakan satu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Markas Rejimen 508 Kem Jalan Rasah, Seremban. Walaupun sambutan ini diadakan pada penghujung Syawal, namun kemeriahannya masih dapat dirasakan. Seluruh warga Rejimen 508 telah dijemput menghadiri majlis ini. Kami warga Kumpulan Pendidikan Legenda di bawah naungan Kelab Harimau Malaya telah menghantar seramai 20 orang wakil termasuk senior-senior yang sudah menamatkan pengajian di sini. Walaupun tidak ramai ahli yang menghadirkan diri, namun anggota-anggota lain dari Batalion 1 seperti Kolej Negeri dan Politeknik PD ramai yang menghadirkan diri. Majlis ini juga turut meraikan anak-anak yatim di sekitar Seremban.

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Komander kem diikuti oleh bacaan doa untuk melancarkan urusan majlis pada hari itu. Dalam majlis tersebut, Komander Rejimen 508 dan pegawai-pegawai kanan yang lain turut memberikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim serta anak-anak kakitangan 508. Pelbagai jenis makanan yang disediakan oleh kakitangan 508 dengan pembukaan beberapa buah gerai seperti Char Kuey Tiaw dan Sate mendapat sambutan hangat daripada para tetamu. Majlis turut dimeriahkan oleh pancaragam Angkatan Tentera yg memainkan beberapa buah lagu yg catchy dan happening membuatkan malam itu begitu meriah dengan aksi-aksi warga 508.

Secara keseluruhannya, majlis ini dapat mengeratkan hubungan sesama anggota Rejimen 508 dari Batalion 1, 2, dan 3 di sekitaar Negeri Sembilan. Diharap agar majlis seumpama ini dapat diadakan pada masa-masa yg akan datang dan mendapat sambutan yg hebat dari semua anggota.


Sempat bergambar dengan Sarjan Zaini (sarjan yg sporting dan suka melayan karenah kami) dan Koperal Jalil (koperal yg garang tapi sempoi, suka dengar pelajaran dari dia). Teringat kembali kenangan rekrut yg lalu. :'(

Dari Hati Nuraniku,fara,,