NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, April 8, 2009

8 APRIL....

Hari ini, genap sudah 8 tahun kepulangan bapa saudaraku ke rahmatullah. Pejamcelik-pejamcelik 8 tahun sudah berlalu. Namun, kisah 8 tahun yang sudah masih segar dalam ingatanku. Tidak mungkin aku dapat melupakan tanggal 8 April 2001. Sehari sebelum kematian bapa saudaraku, aku sempat berbual-bual dengannya. Tapi, keesokan harinya dia pergi meninggalkan kami semua. Tamatlah sudah penderitaan bapa saudaraku selama 10 tahun daripada menghidap penyakit buah pinggang. Dalam keterpaksaan, kami merelakan pemergianmu kerana tidak sanggup melihat kau menderita. 10 tahun kau hidup dalam derita, sengsara. Hospital telah menjadi rumah keduamu malah, beberapa tahun sebelum pemergianmu, HKL menjadi kediaman utamamu. Berulang-alik kami ke sana melawatmu namun akhirnya kau pergi jua. Setelah 8 tahun berlalu, kehilanganmu masih terasa. Kalau suatu masa dahulu kaulah bapa saudara yang rapat denganku, yang menyayangiku kini, kau tiada lagi.

Hari ini juga, hari ulangtahun kelahiran ibu saudaraku yang ke 32 tahun. Di usia yang sudah menjangkau 30 tahun, dia masih bersendirian tanpa teman hidup. Maksu, kudoakan kau bertemu dengan teman hidup yang boleh membahagiakan dirimu. Jika masih tiada lelaki yang sesuai untukmu, jangan risau. Anakmu ini akan menjagamu di usia tuamu kelak kerana kau pernah menjagaku sewaktu kecilku.

No comments: