NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, May 24, 2009

24 MAY 2009..


::HELIZA yg anggun, menawan::


::AWAL ASHAARI yg kacak, bergaya::


::SYUHADA n IRHAM::


::LAN yg kegilaan::

::BOMOH n ORG MINYAK berganding tenaga::

"Cinta hanya untuk yang ikhlas mencintai, bukan untuk dipersendakan"

Hari ini merupakan hari yang INDAH bagi aku sebab aku dapat jumpa ngan AWAL ASHAARI n HELIZA. Actually diorg ni manusia biasa jer tapi aku suka tgk cara, gaya n penampilan diorg. Cantik, anggun, menawan, encem.
Sebenarnya aku ni belum sihat sepenuhnya lagi. Aku still demam n selesema tapi aku kuatkan kaki melangkah n tabahkan hati menuju ke Seremban...hahahaha..poyo jer. Aku mmg nak kuar pun minggu ni sebab aku nak g tgk SYURGA CINTA. Mmg r ni movie Melayu tapi apa salahnya kalo kter menyokong movie dari negara sendiri drpd membanggakan movie dari luar Malaysia. Bukan aku x suka movie luar, aku pun ada watch movie luar tapi better pilih menonton movie dari negara kter (sokong lar barangan buatan Malaysia)..hahahahah
Berbalik pada cter td, SYURGA CINTA mengisahkan bibit2 percintaan antara Syuhada n Irham yg pada mulanya hanya lar berlandaskan taruhan yg dibuat antara Irham n teman2nye. Namun, takdir Tuhan merubah segalanya. Irham mula jatuh cinta kpd Syuhada yg merupakan guru sementara di sekolah Ikmal (adk Irham). Sewaktu cinta mula berputik, badai melanda. Pertaruhan Irham n teman2nye diceritakan kpd Syuhada n musnah segala cinta yg berputik di hati...nak tau ending, g lar menonton beramai-ramai...hahahahahah
Promotion tour td bkn just cter SYURGA CINTA but cter JGN PANDANG BELAKANG CONGKAK pun ada gak. Azlee n Lan mewakili krew2 filem tu turun padang jumpa fans. Giler happening r td. Sakit perut aku ketawa. Hilang sekejap kesakitan yg aku tanggung. Filem ni genre seram-komedi. Watak Lan sbg org minyak, Azlee sbg bomoh, Cat Farish plak jadi toyol. Confirm korg pecah perut nanti....hahahahah
So, kpd anda2 di luar sana, mari lar beramai-ramai penuhkan panggung menonton filem2 ni. Tapi JPBC kuar panggung 4 JUN ni tau. Ok, flu n fever comes out. Got to go. tata. adios.

Monday, May 11, 2009

YAP SIEW WEI...




::pakwe aku yg encem::

Semalam, aku telah meluangkan masaku bersama-sama 'mei meiku'. Rindu sangat2 dekat dia sebab lepas habis jer rekrut aritu kitorg langsung tak jumpa. Jadi, bila dah dok lepak dengan dia semalam, memang best lar. Sepatutnya semalam dia gi PD ngan Angah, tapi member Angah buat hal dan mereka tak jadi gi PD. Diorg dh sampai separuh jalan baru member Angah bagi tau yang dia ada hal. Tak macam s*** plakkan. Cian 'mei meiku'. Pastu Angah ajak 'mei mei' gi Melaka jumpa balak Angah. Alar, jumpa balak Angah pun tak sampai 10 minit, pastu diorg balik Seremban semula. 'Mei mei' dengan bawa beg galas loreng dia terpaksa 'mara' dalam panas.

Aku plak semalam bosan tak tau nak buat apa gi lar lepak JJ. Sepatutnya aku tgk movie STAR TREK kul 2.10 p.m. tapi aku sampai JJ pun dh pukul 2.30..huhuhu. Aku cancel tgk movie tu dan aku call 'mei mei' ajak lepak JJ. Dia pun tak bagi tau aku yang dia nak gi PD. Jadi aku ingat dia ada kat umah. Aku pun tunggu jelar dia datang. Alih2 dia datang ngan Angah. Terkejut gak r. Kitorg jln2 kt JJ dan makan Pizzahut jap. Angah ajak gi karaoke sebab dia nak lepas geram. Dia nyanyi 5 buah lagu tapi suara maintain ok lagi. Gua respect lu lar Angah. Nak tengok wayang cter tak best and waktu tak sesuai. Jadi kitorg pun gerak gi Terminal 1 lepas makan. Sampai T1, kitorg beli tiket wayang pukul 7 p.m. cter STAR TREK..hehehehe..sayang kamu lar Angah.

Masa kitorg tgh ronda2 cuci mata tu, skali member Angah tegur. Kitorg pun jalan skali ngan diorg. Member Angah ni pun budak2 Army gak, dari Kem PD. Jalan2 kt T1, karaoke jap pastu baru tgk movie. Best giler lar STAR TREK. Dah lar 'pakwe' aku tu encem giler. Huh, memang angau aku semalam masa tgk cter tu...hehehehe..'Mei mei' pun apa kurangnye. Tak berkelip mata tgk cter tu. Actually cter ni byk action dan fiction. Tapi memang best lar. Masa tgh syok lyn movie tu, 'mei mei' boleh merengek-rengek lapar. Aish...budak ni. Macam2 hal. Kadang2 aku rasa happy kuar cmni. Sebabnya, diorg ni sekepala ngan aku. Apa2 pun aku doakan semoga Angah lulus pemilihan akhir askar tu dan 'mei mei' semoga dia berjaya dalam KADA nanti.

Saturday, May 9, 2009

FAMILY FIRST....


::Pandanglah ke hadapan. Jika lurus jalan yang dipilih, maka luruslah hidup kita. Jika bengkok jalan yang dipilih, maka bengkoklah hidup kita-sekadar renungan bersama::

Keluarga membuatkan hidupku bahagia. Merekalah yang menceria dan memberi aku semangat untuk terus hidup. Aku bersyukur kerana masih ada daddy, mummy,adik2, nenek, pakcik2, makcik2 serta cousins yang memahami dan mengasihiku. Aku begitu menghargai kasih sayang, pengorbanan dan perhatian mereka terhadap diriku. Kini, aku hanya ingin hidup bahagia bersama mereka kerana tiada sesiapa yang boleh memberikan kebahagiaan yang ikhlas dan sejati sepertimana yang diberikan oleh keluarga.

Just family. Hanya mereka yang betul2 memahami diriku. Merekalah yang membuatkan aku kembali ketawa, kegirangan. Hidupku tidak bermakna tanpa kehadiran mereka2 yang kukasihi. Justify FullMasa yang ada, akan kugunakan sebaik-baiknya, kuhabiskan bersama mereka. Silaturrahim yang renggang, kurapat, kudekatkan semula. Dunia ini tidak selamanya kekal, suatu hari pasti akan berlaku perubahan. Yang hidup pasti akan mati, yang muda akan tua, yang sihat akan sakit, yang kaya akan papa, dan yang lapang pasti akan sempit hidupnya suatu masa nanti. Cuma kita tidak tahu bila ianya akan tiba. Begitu jualah diriku. Aku tidak tahu bila ajalku tiba, bila nikmat kesihatanku akan ditarik, bila kesenangan hidupku akan dirampas. Aku hanya mampu berdoa dan bermohon agar segala-galanya berjalan lancar. Agar Tuhan memudahkan segala urusanku. Memberikanku kesempatan untuk membahagiakan keluargaku.

Hargailah keluarga kita walaupun hanya keluarga angkat kerana mereka yang telah membesar, memberi kasih sayang dan didikan kepada kita. Walaupun kita dibesarkan oleh ibu atau bapa tiri, kasih sayang mereka tetap ada untuk kita. Sayangilah keluarga. Luangkanlah masa yang ada bersama-sama mereka selagi hayat dikandung badan. Kerana suatu hari nanti kita pasti akan sedar betapa ruginya jika tidak berkongsi kasih sayang bersama keluarga.

MAY...

April berlalu pergi meninggalkan kita. Menjelmalah kini Mei, dengan membawa sinar harapan baru yang menerangi duniaku yang kelam. April menyimpan kisah dukaku. Kisah yang inginku lupakan untuk selama-lamanya. Biarlah ianya menjadi kenangan dalam hidupku. Kini aku bangun semula ke arah sinar dan cahaya yang bakal mewarnai duniaku semula. Kutinggalkan April dibawa pergi angin Mei yang datang dengan penuh bersemangat. Bersemangat dan penuh keazaman baru dalam diri ini membuatkan aku lebih yakin menempuhi alam fana yang penuh pancaroba ini........

Mei ini, kuharap dapat menceria dan menggembirakan hidupku. Walaupun hanya seketika kerana itu sudah memadai untukku. Aku hanya inginkan kedamaian, ketenangan. Aku benci penindasan, kezaliman dan ketidakadilan ke atas kaum yang lemah sepertiku. Disebabkan itu, aku tekad untuk bangun semula walaupun luka dihati masih bernanah dan berdarah. Kebencian mula menguasai diriku. Aku benci mereka yang mempermain dan memperkecilkanku. Biarlah kepandaian dan kebijaksanaanku disimpan rapi tanpa sesiapa mengetahuinya kerana suatu masa nanti ia akan terbongkar jua. Pada masa itu, barulah mereka tahu siapa aku. Sesiapa yang pernah melukakan kudahulu, pasti akan menyesal. Mereka akan mencari aku semula, namun tidak mudah kumemaafkan seseorang......

Biarlah aku sahaja yang mengetahui apa yang telah terjadi kerana aku yang menanggungnya....
"Single makes me happy, rather than couple"