NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, July 26, 2010

THE THIRD WEEK...

26 Julai: Computer test. Lulus dengan jayanya. Malam-meeting AJK kelab.
27 Julai: 7 jam dengan kelas-kelas yg memeningkan. Riadah under club activities.
28 Julai: Replacement class. Another 7 hours dating with the lecturers. Aktiviti kelab.
29 Julai: Kelas 6 jam lagi.
30 Julai: Freedom!!! Kem orientasi for the junior.
31 Julai: Going to the driving school!! Date dengan 'L'.
1 Ogos: Date dengan Farha. Hopefully...

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Sunday, July 25, 2010

BUKANLAH DIRIKU..

Suka sangat dengan lirik lagu ni..layan~~

setelah ku fahami
ku bukan yang terbaik
yang ada di hatimu

tak dapat kusangsikan
ternyata dirinyalah
yang mengerti kamu
bukanlah diriku

kini maafkanlah aku
bila ku menjadi bisu
kepada dirimu

bukan santunku terbungkam
hanya hatiku berbatas
tuk mengerti kamu
maafkanlah aku

reff:
walau kumasih mencintaimu
kuharus meninggalkanmu
kuharus melupakanmu
meski hatiku menyayangimu
nurani membutuhkanmu
kuharus merelakanmu

dan hanyalah dirimu
yang mampu memahamiku
yang dapat mengerti aku

ternyata dirinyalah
yang sanggup menyanjungmu
yang lama menyentuhmu
bukanlah diriku



Dari Hati Nuraniku,
Fara,,

BOSAN..

Hari ini mood aku still mati. Sudah 5 hari tak makan sangat, kalau mummy and daddy tahu mesti diorang bising. Tiba-tiba rasa macam nak balik JB sekarang juga. Rindu sangat dekat mummy, nak peluk mummy, nak menangis dalam dakapan mummy. Kalaulah aku tahu minggu ini amat menyakitkan, aku dah balik JB Jumaat lepas. Kalau aku masih macam ini juga, mungkin aku akan balik JB minggu ni, no matter what happen.

Mesti korang bisingkan kenapa aku tak pergi latihan tempatan saja kalau dah tahu bosan duduk rumah ni? Last week memang aku excited nak pergi latihan tapi bila fikirkan balik, banyak kerja aku yang masih tergendala. Tambahan pula sem ni aku kena ambil 5 subjek yang semuanya memerlukan pengiraan dan pembacaan. Tapi until now, aku still tak jejakkan kaki dekat library tu. Bukan aku tak nak buat research untuk assignment tu cepat-cepat tapi aku kena cari mood aku dulu. So, aku kena sibukkan diri dengan aktiviti kelab (Harimau Malaya) then baru aku boleh tenang, ceria and bersemangat kembali.


Selalunya bila start sem baru aku memang macam ni, mula-mula demam pastu mood hilang. Tapi bila dah masuk minggu ke 3 ni aku akan cuba jadi Farah (kegirangan) yang 'dia' mahukan. Aku tahu bila aku dah sayangkan 'dia', aku terus jadi lain. Aku pun tak tahu kenapa asyik nak emo-emo ni. Aku bukan macam inilah, aku kuat apa (kental) walaupun jatuh bukit banyak kali (hahaha). OK, I'll be as what do you want. I'll promise you, no emo-emo at all. PEACE :)

Layanlah gambar-gambar semasa menembak hari itu~


Layanlah gambar-gambar semasa mendaki Bukit Mantin yang lepas~

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, July 24, 2010

NOTHING..

Kenapa malam ni aku rasa
nak menangis jer,,
Dahlah duduk rumah ni sorang-sorang,
Sedih sangat-sangat,,
Rasa diri ini terpinggir,
Never care about me,,
Really really sad,,!!

Sedih,,!!!
Nak tidur,,!!
Tak ada mood,,!!

T_T

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, July 17, 2010

11 TAHUN YANG LALU...

Malam itu, aku rasa tak sedap hati. Macam ada sesuatu yang tak kena. Mummy tidur lepas Maghrib tu sebab penat bekerja pada siang hari. Aku dan adik-adikku menonton TV. Sedang asyik menonton, tiba-tiba pintu rumah kami diketuk. Ketika itu kami bermastautin di Port Klang. Aku mengejutkan mummy dari lena. Aku membuka pintu dan jiranku, Opah Zizah memberitahu bahawa pakcikku yang bertugas sebagai anggota polis meninggal dunia. Ketika itu talian telefon masih belum ada di rumah kami (mummy tahu anaknya ni kaki bergayut), hanya yang ada talian mudah alih milik daddy. Tapi waktu itu daddy tiada di rumah (tak ingat pergi mana, berlayar kot) so talian tak dapat dihubungi. Pihak PDRM dari Gua Musang hanya dapat menghubungi Balai Polis Port Klang yang terletak bersebelahan kuarters kami dan mereka menghubungi jiranku. Ketika menerima berita tersebut, hatiku kuat mengatakan bahawa bukan Pakcik Alim yang kemalangan sebaliknya Pakngah Yazid kerana dia pun polis.

Tak berapa lama selepas itu daddy pulang. Lepas mendapat tahu berita itu kami bersiap untuk pulang ke Teluk Intan. Untuk memuaskan hati, daddy singgah ke balai polis sebelah rumah tu dan bertanya berita lanjut. SAH! Yang meninggal dunia bukan Pakngah Yazid tapi sebaliknya Pakcik Alim. Sepanjang perjalanan ke Perak air mataku tak henti mengalir. Macam-macam dalam fikiran. Adik-adikku masih kecil ketika itu. Mereka nyenyak tidur di sebelah tetapi aku langsung tak dapat melelapkan mata. Perjalanan selama 3 jam itu terasa seperti 13 jam lamanya. Walaupun daddy nampak tenang sepanjang pemanduan tapi aku tahu dalam hati daddy menangis.

Sampai sahaja di kampung, nenek sudah tak bermaya. Air matanya sudah kering dek menangis. Beberapa kali nenek pitam. Mummy, arwah moyangku dan beberapa orang makcik serta nenek saudaraku cuba menenangkan nenek. Aku tak sanggup melihat keadaan nenek, mana taknya, anak lelaki bongsunya sudah pergi terlebih dahulu darinya buat selama-lamanya. Malam itu aku hanya mampu tidur-tidur ayam.

Bangun sahaja pagi esok, saudara-mara yang dekat dan jauh sudah memenuhi kediaman nenek. Sebelum Zohor, jenazah pakcik tiba dari Gua Musang setelah siap dimandi dan dikafankan. Kami sekeluarga melihatnya buat kali terakhir. Aku tak akan melupakan detik-detik itu ketika melihat raut wajahnya. Sekali lagi air mataku tumpah melihat dia 'tidur' dengan tenang. Tak dapatku bayangkan keadaannnya sewaktu kemalangan itu. Arwah pakcik kelihatan bersih dan seperti tidak mahu diganggu tidurnya. Aku tidak dapat menahan tangis, aku duduk di tangga dan melepaskan empangan air mataku. Mummy datang dan mententeramkan aku. Pengebumian pakcik berjalan lancar dengan penuh penghormatan daripada rakan-rakan polisnya. Itulah kali pertama aku kehilangan orang terdekat dalam hidupku. Kini sudah 11 tahun dia pergi dari hidupku. Dialah salah seorang bapa saudaraku yang begitu menyayangiku sewaktu kecilku, sentiasa menggendongku setiap kali aku pulang ke kampung (itu yang mummy cerita). Walaupun aku jauh untuk ke 'rumahnya', aku tidak pernah lupa sedekahkan Al-Fatehah dan Yaasiin buatnya. Damailah di sana pakcik. Anakmu ini sentiasa merinduimu.

Dari Hati Nuraniku,fara,,

THIS WEEK...




Monday, 12 July 2010: Register for new semester, H3 in Business Studies. Blood donation. Twilight Saga Eclipse.
Tuesday, 13 July 2010: Over slept. Not going to the class meh..sorry
Wednesday, 14 July 2010: Went to Mr. Bala's and Miss Shamima's classes.
Thursday, 15 July 2010: Fever. Not going to the class again. 2nd meeting for new 'AJK' of Harimau Malaya.
Friday, 16 July 2010: Good girl went to class. Went to A&W after 15 years never go there. Cancel for the driving class reg because my dear friend can not accompany me.
Saturday, 17 July 2010: 11 years after my late uncle passed away :'( . Register for the driving class. Mantra. Maxis Centre.
Sunday, 18 July 2010: First class for 'Introduction to Driving'. :D


Dari Hati Nuraniku,fara,,

Saturday, July 10, 2010

20 Tanda Lelaki Jatuh Cinta...

Info ini aku ambil daripada salah seorang teman di Facebook. Thanks. Just nak share dengan readers tanda-tanda lelaki jatuh cinta:-

1. Lelaki akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara untuk kekasihnya dengan rela hati bukan kerana terpaksa atau dipaksa.
2. Lelaki akan sentiasa ingin menghiburkan kekasih hatinya dan berubah menjadi orang yang suka berbual.
3. Lelaki akan kerap menasihati dan memberi pandangan kepada kekasihnya sebagai tanda dia menyayangi kekasihnya itu.
4. Kadangkala lelaki cuba menyekat kebebasan kekasihnya kerana wujudnya perasaan cemburu dan curiga.
5. Lelaki sentiasa berasa takut akan kehilangan kekasihnya.
6. Lelaki tidak menyukai sekiranya kekasih hatinya rapat atau berkawan dengan lelaki lain.
7. Apabila kekasihnya tidak memberi tumpuan sepenuhnya, lelaki akan mudah berasa cemburu dan sensitif.
8. Adakalanya lelaki bersikap seperti keanak-anakan kerana mahukan perhatian dan layanan daripada kekasihnya.
9. Lelaki akan berubah menjadi seorang yang rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.
10. Lelaki mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
11. Lelaki akan mula berasa risau dan curiga apabila kekasihnya berjauhan darinya dalam tempoh yang lama.
12. Lelaki akan sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya kerana dia lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
13. Lelaki akan kerap bertanyakan sedalam mana cinta kekasihnya terhadap dirinya.
14. Lelaki tidak akan melayan perempuan lain jika tiada urusan penting.
15. Lelaki akan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu.
16. Lelaki akan cuba membanggakan kekasihnya di depan kawan-kawan atau orang lain.
17. Apabila putus cinta, lelaki mudah berasa serik dan wujudnya rasa tidak percaya dengan cinta perempuan lain. Pada masa yang sama, dia mengharapkan kekasihnya kembali.
18. Lelaki menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta mahupun nyawa.
9. Lelaki tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya. Tetapi apabila mereka curang ini bermakna kasih sayang terhadap kekasihnya itu belum sepenuhnya.
20. Tidak semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya kerana seorang perempuan.

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, July 9, 2010

BERCUTI BERSAMA YANG TERSAYANG...

Pada 3 Julai-9 Julai 2010 yang lalu, aku telah menghabiskan cuti semesterku di Perak, Selangor dan Pahang bersama keluarga tercinta. Di Perak, kami telah melawat sanak saudara di Teluk Intan, Kg. Gajah, Kuala Kangsar, dan Lumut. Dalam perjalanan pulang ke Johor, kami singgah di Sg. Buloh melihat adik saudara bongsuku, Aina Zahirah. Semakin tembam si kecil tu, so sweet. Kemudian percutian diteruskan ke Pulau Tioman, Pahang selama 2 hari. Cuti semester pada kali ini terlalu singkat dan tidak cukup untuk aku. Masih banyak yang belum aku lakukan sewaktu cuti termasuk menonton Eclipse. Mungkin di Seremban atau KL nanti baru aku berkesempatan menontonnya bersama sesiapa sahaja. Shopping masih ada dalam kamus hidup aku cuma tidak terlalu banyak pada kali ini melainkan membeli coklat, cenderamata, dan t-shirt untuk family ku sebagai tanda kenangan semasa percutian ini. Next destination will be Sabah or Sarawak. Just wait.







Salah seekor arnab di rumah mak long ku di Kuala Kangsar


Lebih banyak gambar di Facebook. Kemalasan untuk menaip. Ini sahaja yg termampu. Thanks for reading this blog.


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, July 2, 2010

PANDUAN ELAK PASANGAN BERLAKU CURANG...

  1. Selalu berpenampilan menarik. Jaga penampilan diri anda walaupun pasangan tidak pernah merungut mengenainya.
  2. Persamaan. Cari pasangan yg dirasakan sama (sekufu), berpendidikan setara dan memiliki pendapatan hampir sama.
  3. Waspada. Jangan ragu-ragu menyiasat jika didapati pasangan berlaku curang.
  4. Menghargai pasangan. Hargai pasangan anda kerana ia akan dibalas dengan kesetiaan.
  5. Komunikasi berkesan. Selalu berbincang dan berkongsi masalah supaya tidak ada perasaan ragu-ragu dan saling mempercayai.
  6. Terima seadanya. Jangan memperbesarkan isu remeh-temeh dan sentiasa menerima kekurangan pasangan.
p/s: Jika pasangan anda masih berlaku curang, segeralah berjumpa kaunselor yg bertauliah..sekian

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, July 1, 2010

SELAMAT DATANG JULAI...

Salam buat semua pembaca blog pinklover. Penutup Jun lepas benar-benar membuatkan aku sedih dan berduka. Lebih kurang pukul 4 pagi 30 Jun 2010, mummy memasuki bilikku dan mengejutkan daku dari lena dengan berita yg benar-benar aku tidak harap dan jangka. Pak Cikku di Gombak telah kembali ke rahmatullah setelah hampir 30 tahun menderita dengan sakit jantung dan beberapa penyakit lain lagi.

Apa yg membuatkan aku sedih adalah beberapa hari sebelum kematiannya dia sudah pulih dan boleh bercakap dengan ceria seperti biasa dengan mummy. Hal ini sama seperti kejadian 9 tahun yg lalu ketika sehari sebelum Pak Cho aku menghembuskan nafasnya yg terakhir, dia juga sudah pulih dan berbual seperti biasa dengan kami tetapi akhirnya mereka pergi jua meninggalkan kami. Begitulah suratan hidup yg Allah tetapkan, setiap yg hidup pasti akan mati dan kembali kepadaNya. Aku redha dengan pemergian pak cik- pak cik aku.

Tanggal 17 Julai mendatang juga adalah tanggal keramat buat aku kerana Pak Cik Alimku turut pergi meninggalkan aku selama hampir 11 tahun. Aku tidak akan bersedih jika aku putus cinta atau dikecewakan sebagaimana aku bersedih atas kematian mereka-mereka yg aku sayangi kerana kematianlah yg akan memisahkan setiap makhluk untuk selama-lamanya. Jika putus cinta atau bercerai, kita masih dapat berjumpa andai suratan takdir menentukan. Walau apa pun, selamat datang aku ucapkan buat Julai dan semoga bulan ini membawa banyak kegembiraan dan keberkatan buat aku dan orang-orang di sekelilingku.

~Al-Fatehah buat seluruh ahli keluargaku serta muslimin dan muslimat yg dikasihi Allah yg telah kembali ke pangkuanNya~

Dari Hati Nuraniku,fara,,