NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, September 29, 2011

ALONE...

Assalamualaikum...

Hari ni aku kembali keseorangan. Apabila temanku, sahabatku, adikku- NUR AFIZA kembali pulang ke Johor Bahru. Sangat sedih. Lepas ni kesunyian keseorangan semula. Tak dapat nak merayap, berjimba lagi. Sudah tiada teman berkongsi rasa suka dan duka. Missing those days when the three of us hang out and have fun together. Sampai ke Bukit Tinggi, Genting Highland, Pahang kita meronggeng, Ulu Bendul, Seremban, Negeri Sembilan, I-City Shah Alam, KL, semuanya kita jelajah. Sangat sangat rindu detik itu. Bila boleh buat macam tu lagi ek? =')


Apa apa pun selamat maju jaya my twins. Korang memang sahabat terbaik aku- NOW and FOREVER.

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, September 28, 2011

RESEPI: KEK MARBLE...

Assalamualaikum...

Hari ni tiba tiba tekak aku teringin nak makan kek. Makanya aku pun dengan rajinnya carilah bahan bahan untuk membaking. Tapi dengan malangnya, telur tinggal sebiji saja so, sikit sajalah kek yang dapat aku buat. Dah lama sebenarnya aku tak membaking ni, asyik buat kuih raya saja. Tapi bahan bahannya tak banyak beza pun.


  • Bahan-bahannya:

1 Cawan butter/marjerin (aku guna Marjerin Daisy)
1 Cawan gula aising (aku guna gula kastor)
3 Biji telur (tapi aku guna 1 biji saja)
2 Cawan tepung naik sendiri (aku guna 1 cawan saja)
1 Sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna hijau, kuning, dan merah (selalunya orang guna warna kuning dengan coklat)


  • Cara membuat:


  1. Firstly, pukul marjerin bersama gula sehingga kembang (means sampai warna marjerin tu berubah).
  2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi sehingga kembang.
  3. Masukkan esen vanilla diikuti tepung sedikit demi sedikit.
  4. Pecahkan adunan kepada tiga bahagian dan masukkan pewarna yang diingini.
  5. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit (sampai kek tu betul betul masaklah tu).

Senang bukan nak membaking Kek Marble ni? Sebab tu aku suka masak kek ni tapi Kek Coklat Kukus pun senang untuk dibuat. Next time aku share resepi Kek Coklat Kukus pula. Selamat mencuba =)


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, September 19, 2011

JB-SHAH ALAM : 9 JAM...

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak story pasal kejadian semalam. Tak pernah dibuat dari Johor Bahru ke Shah Alam mengambil masa 9 jam perjalanan. Macam pelik sajakan? Selalunya, 9 jam perjalanan dari JB tu dah boleh sampai ke kampung aku - Teluk Intan, Perak tapi sebaliknya yang terjadi. 9 jam perjalanan tu hanya boleh sampai untuk separuh perjalanan ke Perak. Ishh! Memang banyak masa telah dihabiskan. Nak tahu sebab apa?? =)


Sebabnya...semalam on the way ke Shah Alam, banyak destinasi yang dituju (actually tak banyak pun). 
First of all, kitorang susur keluar ke Yong Peng Selatan untuk ke Segamat. Dah bertahun rasanya tak jejakkan kaki dekat Segamat ni. So semalam telah ke sana untuk hantar cousin aku pulang ke UiTM Segamat. Perjalanan ke sana memang jauh tapi fun! Dapat tengok pemandangan kampung dan bukit bukau. Then we had our lunch in Segamat Town (berhadapan dengan Wisma Jakel). First time aku jejakkan kaki dekat Segamat ni pada tahun 2004 kalau tak silap. Time tu memang famouslahkan Jakel ni sebab yang pertama di Malaysia. Segamat ni juga merupakan tempat latihan aku tahun lepas (sewaktu Khemah Tahunan). Teringat balik susah payah masa latihan tu bila melalui kawasan latihan tu. RINDU 508 (AW)!! =')



Keluar dari UiTM Segamat kitorang melalui jalan ke Tangkak pula. Dapatlah tengok kaki Gunung Ledang, nak sampai ke puncak tak tahu lagi bila. Dekat Tangkak ni pun ada kenangan juga. Shopping raya masa tahun 2006 kot. Memang best shopping dekat sini sebab banyak kedai kain. Pink pink blink blink mata aku dibuatnya. Dalam hati dah berangan nak shopping dekat sini next month. =)




Keluar dari Tangkak kami menuju pula ke Tampin. Tapi bukan nak ke Tampin, actually kitorang nak ke Rombau (Rembaulah tu). Tujuannya nak ke rumah anak buah daddy sebab dia kahwin arini. Kawasan ni memang aku tak pernah jelajah. Tapi macam biasa, aku memang suka mencuba sesuatu yang baru. So kitorang redah saja. At last sampai juga ke rumah pengantin. Tempatnya memang cantik, menarik, subhanallah! Indah sangat ciptaan Allah. Kampung tu memang cantik pada mata aku, kawasannya sangat strategik, tiada sebarang pencemaran- Kampung Air Melintang, Kota. Kalau tak salah, kawasan Rembau ni ada kena mengena dengan salasilah keturunan moyang aku - Siti Rafeah sebab ayah moyang aku dulu Undang Luak. Aku pun tak faham sangat pasal benda ni, tapi yang pasti, Negeri Sembilan memang sebati dengan aku. Actually banyak tempat menarik dekat Rembau ni tapi tak sempat nak jelajah. Insya Allah kalau ada masa, dipanjangkan umur, kami datang lagi. =)




At last, barulah kami menuju ke destinasi sebenar- Shah Alam Bandar Anggerik. Tapi terpaksa menempuh kesesakan jalan dari Seremban-Nilai, macam biasalah memang kawasan kemalangan pun area tu. Tapi alhamdulillah sebab selamat tiba ke destinasi yang dituju walaupun dalam demam. =)  

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, September 14, 2011

RESEPI: GULAI LEMAK PUCUK UBI

Assalamualaikum...

Disebabkan mak aku berpuasa hari ni, aku dengan rajinnya telah mencemar duli masuk dapur. Sudah lama rasanya tak pegang kuali dan senduk untuk memasak. Makanya hari ni aku masak Gulai Lemak Pucuk Ubi dan Sambal Tumis Tempe dengan Ikan Bilis. Selamat merasa masakan ku mummy. =)
  • Bahan-bahannya:


  1. Secekak pucuk ubi kayu (1 ikat)
  2. 10-15 tangkai cili api (bergantung pada tahap kepedasan anda)
  3. 1/2 genggam ikan bilis
  4. 2 ulas bawang putih
  5. 1 ulas bawang besar
  6. 1 inci halia
  7. 1 helai daun kunyit
  8. 1 batang serai
  9. 200 ml santan kelapa
  10. 2 sudu serbuk kunyit
  11. 2 sudu air asam jawa
  12. Sedikit air
  13. Garam dan gula secukup rasa


  • Cara memasak:


  1. Kisar bahan 2-6. Panaskan periuk dan masukkan bahan kisar tadi bersama serbuk kunyit. Tambah air jika perlu.
  2. Masukkan daun kunyit, serai dan santan. Kacau sehingga pecah minyak dan masukkan pucuk ubi.
  3. Apabila mendidih, masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Jika mahu lebih sedap, bolehlah masukkan ikan masin yang sesuai.


Resepi yang mudah disediakan tetapi memudaratkan jika tersalah langkah. Boleh bocor usus kalau tersalah memilih. Faham-fahamkan dan selamat mencuba. =)

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Monday, September 12, 2011

MERDEKA...

Assalamualaikum...

Apa khabar korang hari ni? Aku alhamdulillah sihat. 
Terima kasih dan bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk bernafas atas tanah Malaysia ini.
Terima kasih juga kepada pejuang-pejuang negara yang telah berkorban nyawa mempertahankan tanah bertuah ini. Aku berbangga dengan pahlawan-pahlawan Malaysia (askar, polis, etc.) kerana sanggup menggadai nyawa demi masa depan anak bangsa.

Aku juga berbangga kerana arwah datuk aku juga seorang anggota polis dalam zaman peperangan dahulu. Walaupun tidak berkesempatan mengenalinya dan mengorek kisah silamnya, aku tetap sayangkan datuk aku. 
Sempena Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan yang akan disambut pada 16 September ini, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-54 kepada seluruh rakyat Malaysia.





Dan tiba-tiba aku terkenang balik peristiwa 7 tahun lepas. Sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan ke-47 di Kuantan, Pahang, sekolah aku telah diberikan peluang untuk turut sama menjayakannya. Sangat berbangga dapat menyertai acara sambutan tersebut walaupun selama 2 minggu berjemur dan bermandi peluh di tengah terik mentari. Walaupun kesan muka yang hitam terbakar akibat berjemur itu hilang dalam sebulan dua, tapi kenangan semasa sambutan tersebut tetap kekal dalam ingatan ini. 

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, September 9, 2011

RINDU AKU TAK?...

Assalamualaikum...

Tadi masa dok buka kotak kotak dari kolej aritu, aku terjumpalah hadiah hadiah birthday aku this year daripada my housemates. Memang barang favourite aku tapi aku sayang nak guna. Tengok barang barang tu tadi pun aku dah rindu dekat budak budak rumah yang happening and teringat macam macam yang telah kitorang lalui. Walaupun hanya tinggal berlima dalam rumah tu setelah pemergian Aha ke China, still tak terisi kekosongan tempat tu. Tiap kali buat apa apa bersama, mesti ingat Aha and nak buat benda tu lagi bila dia balik nanti. 

Contohnya macam time kitorang BBQ dekat Asian Water Sports tu. Aha tak balik lagi so, kitorang plan nak pergi sana lagi bila dia balik sini tapi, masa dia balik sini bulan puasa lepas, aku tetap tak dapat hang out dengan dia. Sorry dear, bukan tak rindu you tapi rindu sangat. Cuma kekangan masa menghalang pertemuan kita. Insya Allah di masa hadapan kita bertemu. 

.:: Comel sangat sangat sangat Hello Kitty ni semua ::.

Nyah, Mok, Aca, Sha, korang rindu aku tak? Aku rindu korang sebab tu aku buka hadiah korang. Bila aku guna hadiah ni nanti, aku akan selalu ingat dekat korang. Walau jauh di mata tetap dekat di hati, bak kata TV9. Birthday celebration yang last tu tak akan aku lupakan. Dengan muka mamai, tak mandi, baru bangun tidur, sememeh and serabai, aku and Sha potong juga kek hari jadi tu. Sangat sweet surprise korang, sama macam sweetnye kek tu. =)



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, September 7, 2011

RAMADHAN & SYAWAL 1432 H...

Assalamualaikum...

Apa habaq korang semua? Seronok tak raya tahun ni? So far aku bersyukur sebab raya tahun ni semua ahli keluarga aku ada di sisi apabila adik aku dapat beraya bersama sebelum kembali pulang ke Rusia. Dan raya tahun ni aku tersangatlah sederhana because I only have a pair of baju raya, tak macam tahun tahun lepas - siap 2, 3 pasang kain baju. Kasut raya pun aku recycle wedges 3, 4 bulan lepas punya. Tahun ni tak ada mood sangat nak bershopping, maklumlah dah jadi penganggur. So, tak ada income dari MARA untuk berjoli sakan lagi. Tapi income dari PAMA still ada sampailah aku kerja nanti (sangat buruk ini perangai, makan minum semua ditanggung).

Alhamdulillah, aku dapat berpuasa dengan family aku selama seminggu sebelum aku berpuasa dan beraya di kampung bersama nenek, makcik, pakcik dan cousins ku. Duduk kampung aku banyak stay dalam rumah saja sebab buat kuih raya untuk tempahan raya. Luckily dapatlah aku memutihkan muka before raya. =)
Tapi agak penat dan letih selama 3 minggu projek kuih raya tu. Kalau tahun depan panjang umur, khidmatku masih diperlukan, insya Allah aku balik berpuasa di kampung lagi. 

Sebenarnya duduk dekat kampung tu best. Aku rasa segar, sihat, minda pun tenang saja. Tak ada masalah untuk difikirkan. Bila balik rumah nenek, tengok sawah padi, makinlah aku suka. Hijau saujana mata memandang. Then dapat pula pergi rumah makcik aku di tengah sawah tu, sungguh damai di hati. Walaupun pakcik dan makcik aku jaga dan layan aku dengan baik, aku tak suka nak guna kesempatan yang ada. Aku dah anggap diorang semua macam parents aku sendiri sebab dari kecil aku selalu duduk dengan diorang. So, memang dah macam family sendiri. 



Bila dah kembali ke Shah Alam ni, rasa sunyi sebab duduk rumah sorang sorang tanpa adik adik. Duduk rumah makcik aku meriah sebab ada babies. Suka sangat aku melayan kerenah diorang dan aku sudah mula merindui Damia Zahra dan Irfan Abqari. ='(
Nanti bila aku balik sana mesti diorang dah lupa dekat aku kan? Sedihnya. Dulu hari hari aku layan diorang main, makan, sekarang dah tak ada siapa aku nak layan. Haishh!

Pape pun Ramadhan tahun ni sangat berbeza dengan tahun lepas dan Syawal tahun ni sangat bermakna buat aku. Insya Allah kalau dipanjangkan usia, tahun depan aku ingin bertemu Ramadhan lagi. Dan bertemu seluruh anggota keluargaku lagi. =)




Dari Hati Nuraniku,
fara,,