NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, May 12, 2012

ENTRY ISTIMEWA UNTUK DIA...

Assalamualaikum peeps! 
Selamat pagi Cinta.
Salam sayang Rindu.

Entry Istimewa untuk Dia...

Dia yang pernah hadir dalam hidupku,
Mengajar aku daripada tak tahu kepada tahu,
Menegur dan memarahiku seperti anaknya,
Mendidik aku supaya menjadi seorang yang bertanggungjawab,
Kadang-kala aku rasa kesal kerana membuatnya marah,
Sedangkan dirinya sudah penat seharian mengajar kami,
Tapi, dek kerana keegoanku terhadap perlakuan teman sekelas,
Aku lupa tentang kepenatannya, tentang kesabarannya semasa mengajar kami.

Guruku,
Yang aku sayang,
Walaupun kau sudah tiada lagi,
Kenangan bersama tak akan mungkin aku lupakan,
Kaulah guru, kaulah ibu,
Yang tak jemu mendidik kami yang degil lagi nakal ini,
Kekuatanmu membuatkan aku kagum,
Aku pasrah dengan pemergianmu,
Walaupun tidak dapat menatap wajahmu buat kali terakhir,
Sungguh, aku rindu saat berada di dalam kelasmu,
Semoga dikau tenang dan damai di sana,
Buatmu guruku- Puan Norlela Osman ='(


Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Guru


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

1 comment:

Fatin Ruslin said...

bru perasan entry ni :(