NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, March 12, 2011

12 MAC 2011...

Hari ini happy sebabnye cikgu aku sudah menamatkan zaman bujangnya, aku turut berkongsi kegembiraan itu...tahniah Cikgu Nurul...Selamat Pengantin Baru kepada semua yang melangsungkan perkahwinan pada hari ni... :)

Tapi yang lebih menggembirakan aku, mata aku sudah stop berkenyit...kalau tak, dalam masa seminggu ni asyik berkenyit saja...mana taknya, sudah jumpa ubatnya tadi...

Ubatnya ialah.............................................



jeng.....jeng.....jeng....




1. Jumpa Cikgu Rosiah (cikgu kesayangan aku) di R&R Gelang Patah






2. Jumpa Cikgu Nurul Hidayah (cikgu practical yg happening) di hari perkahwinannya






3. Jumpa salah seorang BFF aku, Nurfatehah Raihan


Sudah lama aku tak jumpa mereka sebab tu aku rindu sangat...apa apa pun, aku happy hari ni...

Selepas selesai menghadirkan diri ke majlis Cikgu Nurul, aku pergi pula kenduri dekat dewan kompleks ni, anak jiran aku kahwin daa...walaupun simple tapi tetap meriah dengan kehadiran warga Jabatan Laut Wilayah Selatan dan keluarga...best jugalah walaupun aku asyik membontot mummy saja, tak ada member yg ngam lar dekat sini...so, jadi mak cik mak cik lar dengar diorang berbual...


Seelok saja aku sampai rumah lepas majlis tu, hujan pun turun dengan lebatnya sampai ke senja...memang tahu tahu saja mata aku dah mengantuk+badan yang letih, aku pun menidurkan diri dengan nyenyaknya walau hanya setengah jam cuma... :D


Berarak, mendung kelabu...mengiringi tidurku...Zzz...zzz...

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, March 11, 2011

TSUNAMI...




Setelah sekian lama tidak mendengar ungkapan ini, kini ia kembali menjelma menghantui setiap minda di atas muka bumi ini...kejadian yg menimpa Jepun benar benar menyayat hati dan meruntun jiwa...kali terakhir Malaysia dikejutkan dengan bencana Tsunami adalah pada tahun 2004 yg telah meranapkan beberapa buah penempatan pesisir pantai di negeri Kedah, Pulau Pinang, dan Perlis...kali ini ia datang kembali dan telah meranapkan Jepun, negara matahari terbit, sebuah negara yg maju dan begitu pesat membangun dengan pelbagai kemodenan dan kepelbagaian teknologi...

Marilah sama sama kita berdoa semoga kita semua sentiasa berada dalam pemeliharaanNya dan dijauhkan daripada segala apa yang tidak diingini...kepada mereka yg mempunya sanak saudara di Jepun, bersabarlah kerana ini semua adalah ujian daripada Allah S.W.T.

-Tsunami Alert for New Zealand, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and other. Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 earthquake in Japan- sebagaimana yg dihebahkan oleh Google...

TSUNAMI = Tuhan Selalu Uji Namun Ada Manusia Ingkar

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Thursday, March 10, 2011

HARI YANG BERMAKNA...

Hari hari sangat bermakna buat aku, tapi hari ini sangat sangat sangat bermakna sebab masa aku terisi sepenuhnya dengan berkualiti...waahhhh!! Bahagia ku rasakan hari ni walaupun Tanjung Pelepas dilanda hujan...hujan rahmat...aktiviti hari ini:-

  1. Makan
  2. Kemas rumah
  3. Basuh kain baju
  4. Berkebun
  5. Tidur
  6. Baking
  7. Sewing
  8. Listening and watching
Esok kembali malas...sebab hari ini dah terlebih rajin...tapi yang bermakna sekali adalah baking...kerana aku baking dengan resepi aku sendiri...

  1. Tepung secukup rasa
  2. Gula sesedap hati (aku pakai gula perang organik)
  3. Telur ayam sebiji
  4. Marjerin ikut suka
  5. Sedikit serbuk koko dan nescafe
  6. Baking powder
  7. Asen vanila
At last jadi juga kek aku, kek kurang manis yg sihat untuk kesihatan...lepas ni nak try kek lain pula, maybe fruit cake...huehehehe :)
Nasib baik tukang habiskan kek aku tak balik dari 'tahanan' lagi kalau tak mesti habis dia bedal walaupun dia kata tak sedap...biasalah tu, ayat coverline...kasut yg aku order dulu dah sampai, sungguh excited nak melaram dengan wedges baru and baju baru...can't wait for this Saturday event!!

Jangan lupa memeriahkan Jom Heboh@Danga Bay JB tapi before tu, pergilah Al-Kuliyyah esok petang, lebih berfaedah dan bermanfaat... :D


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

TODAY...


Selamat pagi readers...hari ni aku free sebab sudah tiada novel untuk dibaca...almaklumlah, tu adalah hobi dan aktiviti harian aku di waktu cuti ini (cuti lagi walaupun member semua dah masuk kolej)...hari ni sepertinya aku mahu menjadi maid, nak kemas rumah, basuh kain baju, tapi tak nak memasak sebab makan nasi bungkus saja...inilah maid yang paling malas di dunia...masak bila ada mood, mengemas and membasuh 2 hari sekali, nasib baik rumah ni tak ada budak budak so tak adalah bersepah sana sini...hmm...lagi satu, aku rasa aku nak berkebun hari ni...kesian dekat pokok bunga yang dah kelayuan tu (memang pemalas)...encik alif pun cakap waktu cuti ni aku asyik makan tidur saja...so untuk menyedapkan hati semua pihak, biarlah aku jadi maid sepenuh masa hari ni...next week dah nak balik kolej dah, tak ada masa nak mengemas membasuh and berkebun lagi...sebab dekat sana seminggu 2 kali saja buat semua tu (orang bujanglah katakan)...weehehehe :D

Apa apa pun, aku sudah berjaya menghabiskan 2 buah novel dalam masa 5 hari...before this seminggu nak habiskan 1 novel sebabnya aku demam...tapi memang syok layan novel, terasa bagai diriku ini watak utama and tak pasal pasal asyik nak emo saja...mesti nak gaduh saja dengan encik alif, sorrylah...terover emo sebab baca novel tu...

Lepas ni nak beli novel MAID and Pilihan Mama pula (jangan pilihan mummy, seram...tak nak kahwin dengan pilihan keluarga meyhh)...

OK, masa dah time ni...aku nak chowww dulu...wassalam~

Dari Hati Nuraniku,fara,,

Tuesday, March 8, 2011

3rd PUTRAJAYA INTERNATIONAL HOT AIR BALLOON FIESTA 2011...


Kawan kawan, marilah sama sama kita memeriahkan acara yang bakal diadakan di Putrajaya ini...nampak menarik bukan? So apa tunggu lagi...mai ramai ramai serang Putrajaya... :D

For more info, log on to http://www.myballoonfiesta.com/index.html selamat berhibur~

Dari Hati Nuraniku,
fara,,