NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, July 11, 2011

BALIK KAMPUNG...

Assalamualaikum...

Suka, suka, suka...last Friday, aku ngan family aku (my mom, my sis, and my aunt) went to Perak Darul Ridzuan...biasalah, "itik, balik kampung" =) ngeee...setelah beberapa bulan tak balik sana, rindu akan tanah air tercinta tempat tumpahnya darah ibuku melahirkanku...

Kampung mummy terletak berseberang dengan Pasir Salak...manakala kampung my dad terletak di Sg. Manik (jelapang padi Hilir Perak), Teluk Intan...best dapat jumpa sanak saudara, pak cik mak cik, anak saudara dan juga nenek aku...setelah menjadi 'penanam anggur', aku akan selalu pulang ke kampung tercinta kelak...


.:: Gambar kucing kesayangan saudara aku dan anak saudara aku yg pertama, Nur Fatin ::.


Orang lain dok sibuk sibuk dengan perhimpunan BERSIH tapi aku sibuk balik kampung sehari sebelum hari kejadian itu...sebabnya kami tak nak terlibat dengan sebarang masalah kalau berada di Shah Alam tu, nak keluar rumah mesti jalan sesak, dan kompem kompem polis akan buat banyak road block...

Apa apa pun, puas dapat balik Perak...di kampung semua pakcik makcik aku sibuk buat rumah banglo...masing masing renovate rumah untuk raya tahun ni...aku tak sabar pula nak balik raya nanti...hueehehee  =D

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, July 8, 2011

HARI HUJAN...

Assalamualaikum...

Hari ni adalah Jumaat yang indah sebab Shah Alam disirami hujan...rasanya dah lama tak hujan dekat sini...sejuk, best tidur pagi tadi...

Bila hujan dah reda, aku dan si gemuk merayap cuci mata cari makan dekat Seksyen 18 pula...dah lama tak jalan kaki jauh jauh, tadi berpeluh peluh aku tau, lencun baju semua...ishhh! Tak suka bila peluh peluh ni, tak selesa...tapi syok sebab puas melantak KFC dan minum strawberry+banana yogurt, sedapnyeeee...faveret I nyahhh...


Dah penat jalan jalan, kita balik rumah tidur...petang nanti nak balik kampung pula...rindu PERAK DARUL RIDZUAN...sayang Perak dan DYMM Sultan Azlan Shah... =)

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, July 5, 2011

MARI MAR...

MARI MAR dah nak sampai ke penghujung siaran?!!! Weyhhh!! Biar betul...18 or 19 Julai ni cerita baru pula nak take over...maksudnya, tak lama lagi adalah happy ending untuk Mari Mar dan Sergio dan Cruzita (hopefully lah)...

Lepas ni mesti aku akan rindukan "AUWWWW!!" dalam lagu Mari Mar tu...sebab setiap kali start saja cerita tu, mesti aku akan "auwwww" dulu...hahaha...macam best saja trademark tu... =D


Apa apa pun jom layan Mari Mar Auwww!! =)

Dari Hati Nuraniku,
fara,,

FAMILY DAY...

Assalamualaikum...

Family come first okey...almaklumlah, sejak menjadi penganggur ni, masa kau banyak dihabiskan bersama family di rumah...dah tak ada nak melepak ke mall tak tentu masa, merayap ke pantai tengah tengah malam (sekali jer aku buat macam tu), dan tak ada lagi menchapub dekat Putrajaya tengah tengah pagi buta...

I am a full time housewife now!!




.:: Muka suci adik adik saudara aku ::.

Duduk rumah jadi perempuan, memasak, membasuh, mengemas, dan semuanyalah...dan last Sunday, adalah hari bersama keluarga...berkumpul makan makan, borak borak, gelak gelak bersama...and hopefully this weekend pun dapat berkumpul lagi di kampung halaman terindu - Perak Darul Ridzuan... =)

Maybe hari Khamis ni aku akan ke Kolej Universiti Linton untuk mengetahui resul final exam aku...cuak jugalah walaupun still tidur lena...planning untuk kerjaya masih belum ada lagi sebab aku nak tunggu lepas raya...sekarang ni planning nak meniaga kuih raya saja...so, kepada sesiapa yang nak order kerepek ikan bilis, biskut sampan, dan tat nenas, bolehlah cari aku ek... =D


Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, July 1, 2011

IMAM MUDA 2...

Assalamualaikum...

Malam ni adalah kemuncak Imam Muda musim kedua dan gara gara Imam Muda Hassan, aku menitiskan air mata...
Bukannya apa, sebab dia anak yatim sejak kecil lagi, mak dia pula terpaksa bekerja menoreh getah untuk membesarkannya, dan dia adalah anak Perak...
Aku sangat berbangga dan bersyukur dengan kemenangannya...memang selayaknya dia menjadi Johan Imam Muda musim kedua ini walaupun hanya berusia 26 tahun...
Semestinya ibu ibu, mak cik mak cik, sudah berkenan dan terpikat untuk menjadikannya menantu...anak anak gadis pula sudah pastinya telah jatuh hati dengan kekacakan, kecomelan, ketampanan, dan kecutetan lesung pipit Imam Muda Hassan (termasuklah aku)... =)
Sekali lagi tahniah kepada Imam Muda Hassan, Perak Nombor 1!!



P/S: Tak sabar nak balik Perak...rinduuuuu dan sayanggggg Perak Darul Ridzuan dan Sultan Azlan Shah =D


Dari Hati Nuraniku,
fara,,