NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, February 22, 2010

30 AMALAN YANG DILAKNAT..

  1. Memaki ibu bapa sendiri
  2. Derhaka kepada ibu bapa
  3. Menjadikan orang lain sebagai ayah
  4. Bertuan kepada orang lain
  5. Imam yang dibenci oleh jemaah
  6. Tidak memenuhi panggilan solat
  7. Orang yang mengamalkan riba'
  8. Minum khamar (arak)
  9. Sembelihan atas nama selain Allah
  10. Membuat gambar makhluk bernyawa
  11. Kahwin cina buta
  12. Meratapi mayat
  13. Meratap sambil menjerit dan mengoyakkan baju
  14. Menerima dan memberi rasuah
  15. Menukar dan memindahkan tanah
  16. Menyesatkan orang buta di jalan
  17. Liwat (homoseks)
  18. Mendatangi wanita dari duburnya
  19. Bersetubuh dengan binatang
  20. Tidak berterima kasih kepada suami
  21. Meninggalkan tempat tidur suami
  22. Enggan menuruti kehendak suami
  23. Lelaki menyerupai wanita
  24. Membuat tatto
  25. Mencukur alis mata dan menjarangkan gigi
  26. Menyambung rambut
  27. Menipis (menghaluskan) kulit
  28. Mengerjakan kejahatan di Madinah
  29. Melindungi penjahat di Madinah
  30. Menakut-nakutkan penduduk Madinah

your sincerely,
fara,,

KELAB BLOG BICARA SEMPOI!

Halloo..hehehe..how wow you?..sudah vote for Abg Kassim belum? Jgn lupa vote OK..enough!! Apa yg kau merepek ni labu..apa kena mengena Abg Kassim dgn entry kau ni hah? Fine, sebenarnye memang tak ada kena mengena LANGSUNG!! Actually aku nak buat sikit review tentang Club Blog Bicara Sempoi ni..aku dapat tahu pasal kelab ni pun dari blog kawan baik aku, Cik Fatin..thanks ek Cik Fatin..

Daripada Club Blog Bicara Sempoi ni aku dapat tengok banyak blog-blog lain yg aku tak pernah surf pun selama ni..yg aku rajin baca ialah blog Cik Rara, Red Mummy dan En. Hami sebab blog mereka-mereka ini menarik dengan cara penulisan yg tersendiri..OK, berbalik pada Club Blog Bicara Sempoi ni, ia merupakan sebuah medium untuk para blogger mengumpul cerita-cerita terkini dan berkongsi update-update terkini blog mereka selain daripada menarik lebih ramai pengunjung ke blog-blog mereka..kelab ini juga menggalakkan blogger untuk menulis supaya dapat melayakkan mereka ke top ranking blog kerana bilangan post yg banyak..jadi, blogger-blogger sekalian, rajin-rajinlah berblog..luahkan segala rasa anda tapi biarlah berpada-pada..jangan sampai melanggar undang-undang berblog..(betul ke ayat aku tu?)..

Korang yg berminat untuk menyertai club ni hanya perlu memenuhi 3 kriteria berikut:-

1.Pasang link Club Bicara Sempoi diblog anda;
2.Buat Posting Review tentang -Club Blog Bicara Sempoi dan
3.Apa tujuan anda buat blog? Sertakan nama negeri anda..


Mudah bukan? Tak perlulah nak pergi buka surat khabar cari isu-isu semasa yg meletop! pastu posting dalam blog korang..buang masa jer..hanya gunakan pemikiran, pandangan dan kebolehan korang dalam penulisan..silap hari bulan boleh jadi penulis pro secara tak langsung..hahahha..kalau korang masih tak faham macam mana nak join club ni, pergilah ke link club ni..klik jer dekat logo Club Blog Bicara Sempoi sebelah kanan blog aku tu..very-very the easylah, kalau suruh anak jiran aku yg umur 5 tahun tu pun dia tahu macam mana nak buat..

Berblogging ni bukan semata-mata membuang masa kita tapi banyak memberi faedah kalau betul caranya..contohnya kita boleh saling berkongsi suka duka apabila membaca kisah hidup orang lain, dapat menambah kenalan dan saling bertukar pendapat, dapat meluahkan perasaan kita kepada seseorang sama ada suka atau benci (tapi selaki lagi diingatkan, jangan melebihi dos yg disyorkan..amaran oleh kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Komunikasi..ekekeke..saja jer buat gempaq)..tujuan aku berblogging ni adalah untuk mengasah lagi bakat aku dan minat aku untuk menulis dan berkarya kerana aku memang suka mengarang sajak dan cerpen..cuma aku tidak mahu menyelitkan cerpen aku dekat dalam ni..bukan kedekut tapi takut nanti korang bosan pulak bila dah baca..maklumlah, mak ni anak ikan lagi nyah, baru 2 tahun jagung (padahal umur dah 20)..selain itu, aku buat blog ni sebab nak share perasaan aku, pandangan aku dan nasihat aku dengan korang (walaupun aku sendiri tak betul lagi dan masih dalam proses membetulkan diri ni) sebab aku tak sampai hati nak tegur depan-depan terutamanya kawan-kawan baik aku..so, bila aku tulis dalam blog ni, aku harap diorang akan baca dan faham diri aku macam mana..

OK stop, sekarang kembali ke dunia nyata..so, bila korang join Club Blog Bicara Sempoi ni, korang boleh menambah kenalan, berkongsi tips dan resepi harian sama ada resepi masakan ataupun resepi rumahtangga taupun resepi kejayaan..hahaha..apa-apa aja!! Semoga dengan adanya club ni, semakin ramailah blogger yg akan berkongsi kisah mereka dan pandangan mereka dengan kita semua.. Selesai sudah review aku untuk kali ini..sekarang aku nak beradu sebab nak berangan kejap..tata..


your sincerely,
fara,,

Sunday, February 21, 2010

NO TITLE...




Aku tak tau nak letak title apalah..sebab aku nak story pasal lelaki idaman..gatal sungguh kau ni farah, tahulah dah 20 tahun tapi lambat lagi kau boleh kahwin dol..tapi tak pelah, aku nak cakap jer pandangan aku pasal kriteria-kriteria cowok idaman ni..bukan si Putera Idaman OK!


Selalunya, apa yg kita suka, kita minat, tak mungkin 100% memenuhi kehendak kita..Allah Maha Mengetahui lagi Maha Adil..Dia menciptakan setiap lelaki dan wanita itu dengan pasangan yg sesuai dan secocok untuk menyeimbangi antara satu sama lain..kita semua tahu bahawa wanita dijadikan daripada rusuk lelaki, seperti mana kejadian Adam dan Hawa..Allah juga menjadikan manusia dengan sepasang mata, telinga, tangan, dan kaki tetapi Allah hanya memberikan kita sekeping hati untuk menyayangi dan mencintai setiap kejadianNya kerana kita sendiri perlu mencari lagi sekeping hati yg hilang itu..


Dalam mencari hati itu, kita mesti menetapkan beberapa kriteria kerana begitulah naluri seorang manusia..hanya mahukan yg perfect saja..sedangkan Allah menjadikan manusia itu semuanya tidak sempurna..oleh itu, aku tidak mahu terlalu memilih..asalkan hatinya baik, ikhlas, beriman, dapat membimbing aku dengan ajaran Islam, serta menghormati orang tua, itu sudah cukup untukku..aku sudah penat memilih dan menilai lelaki mengikut kriteria Mr. Perfect..oleh itu, biarlah Allah saja yg mengatur hidupku dengan takdirNya..hidupku, matiku, hatiku semuanya kuserahkan kepada Dia untuk mengaturnya..TAPI, ini semua bukan untuk sekarang..hahahahaha..aku tidak sedia lagi memikul tanggungjawab yg besar itu..biarlah aku membina kerjayaku dan membawa ibu bapaku ke Makkah terlebih dahulu kerana itulah impian mereka yg paling besar selain melihat anak-anak berjaya..




your sincerely,
fara,,

Saturday, February 20, 2010

DUNIA BATINKU...

OK, cepat-cepat..entry ni aku tulis sebaik saja aku selesai menonton citer kat atas tu-'Dunia Batinku'..terharu, sedih, duka, semua ada bila aku tengok citer tu..memang aku tabiklah penulis skrip, pengarah, penerbit, dan krew-krew yg menjayakan drama tu..banyak kali air mata aku mengalir, patutlah mata aku asyik berkelip-kelip saja arini, rupanya nak menangis..pelakon-pelakon drama ni pun best dan bagus sangat-sangat, terutamanya Shafie Naswip dan Sheila Rusly..memang layak pun dapat anugerah diorang ni..drama-drama Melayu macam ni lah yg sepatutnya dibikin..berkualiti, bermutu, dan terunggul..Tahniah sekali lagi!!

Cerita ni berkaitan tentang ikatan antara adik-beradik yg begitu utuh, bak kata pepatah, 'air dicincang takkan putus'..pengorbanan seorang ibu untuk membesarkan anak-anaknya setelah kematian suami disamping terpaksa menjaga ibu mertua yg menghidap penyakit kencing manis..dalam zaman serba moden ni, ada lagi ke menantu yg sanggup jaga makan, minum, pakaian, mandikan dan cebokkan mak mertua? Sedangkan mak ayah sendiri sakit pun aku rasa ada yg tak sanggup nak jaga inikan pula mertua..then, pengorbanan seorang abang demi membesarkan adik-adiknya setelah kematian ibu dan bapa..walaupun hidup susah, pelajarannya tetap tidak terabai..segala yg dilakukannya demi membesarkan adik-adik dan memberikan pelajaran yg secukupnya buat mereka..namun, tanpa doa seorang ibu, kejayaan seorang anak tidak akan dapat diraih..tanpa doa tersebut, tidak mungkin Allah akan membantu kita..namun, doa seorang ibu akan putus setelah kematiannya..jadi, menjadi kewajipan kita pula untuk berdoa kepada ibu bapa setelah kematian mereka..apa yg aku nak sampaikan di sini ialah hargai kasih sayang ibu, bapa, adik-beradik semasa hayat mereka..jangan nanti bila sudah tiada, baru kita menyesal..fikir-fikirkan dan selamat beramal..


your sincerely,
fara,,

Friday, February 19, 2010

KERANA CINTA HARUS MEMILIH...


Wah, macam seronok saja tajuk kat atas tu kan! Mestilah, tajuk tu ada kaitan ngan buku yg aku sedang baca sekarang ni..Kerana Cinta Harus Memilih, bukan berkaitan dengan paras rupa, harta benda tetapi berkaitan dengan masa depan kita..kalau korang nak tahu lebih lanjut, dapatkan buku ini di pasaran..antara kata-kata yg dapat aku petik ialah,

"Canangkan usia hidup, meski kita masih muda. Muda usia bukan bererti boleh seleka-lekanya. Menikmati semuanya dengan percuma, selama orang tua masih membiayai. Hidup menjadi begitu santai. Tidak ada tujuan, biasa-biasa sahaja. Inilah yang sering dilakukan anak muda. Mereka terlalu senang hidup sambil lewa, bahagia dan pesta. Hidup bagi mereka hanya sebuah ritma jenaka yang dijalani kurang makna. Sekadar menghabiskan waktu, bahkan tidak tahu harus berbuat apa. Datangnya cinta menyapa, tidak harus meresap semuanya. Tetaplah pada tujuan awal. Sekolah yang benar, belajar, dan terus belajar..." (Aku juga pernah terjerumus ke alam ini suatu ketika dahulu dan aku sangat memahami masalah cinta di bangku sekolah yang semakin berleluasa kini)..Secara keseluruhannya, buku ini amat membina jati diriku..banyak input yang dapat aku jadikan pengajaran dan panduan dalam memilih cinta yang benar..walaupun penulisannya banyak menggunakan slang Indonesia tapi ianya mudah difahami..tak rugi aku beli buku ini..

Dalam buku ni juga, penulis ada menyatakan beberapa kisah benar yang terjadi di Indonesia beberapa tahun yang lepas disebabkan cinta muda-mudi ini..klik di sini..
OKlah, aku tak boleh lama-lama di sini kerana nenek saudaraku akan tiba sebentar lagi..jadinya aku harus bersiap-siap..esok ada lagi new post yg aku akan kongsi dengan kalian..adios amigos..salam..

your sincerely,
fara,,