NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, February 20, 2010

DUNIA BATINKU...

OK, cepat-cepat..entry ni aku tulis sebaik saja aku selesai menonton citer kat atas tu-'Dunia Batinku'..terharu, sedih, duka, semua ada bila aku tengok citer tu..memang aku tabiklah penulis skrip, pengarah, penerbit, dan krew-krew yg menjayakan drama tu..banyak kali air mata aku mengalir, patutlah mata aku asyik berkelip-kelip saja arini, rupanya nak menangis..pelakon-pelakon drama ni pun best dan bagus sangat-sangat, terutamanya Shafie Naswip dan Sheila Rusly..memang layak pun dapat anugerah diorang ni..drama-drama Melayu macam ni lah yg sepatutnya dibikin..berkualiti, bermutu, dan terunggul..Tahniah sekali lagi!!

Cerita ni berkaitan tentang ikatan antara adik-beradik yg begitu utuh, bak kata pepatah, 'air dicincang takkan putus'..pengorbanan seorang ibu untuk membesarkan anak-anaknya setelah kematian suami disamping terpaksa menjaga ibu mertua yg menghidap penyakit kencing manis..dalam zaman serba moden ni, ada lagi ke menantu yg sanggup jaga makan, minum, pakaian, mandikan dan cebokkan mak mertua? Sedangkan mak ayah sendiri sakit pun aku rasa ada yg tak sanggup nak jaga inikan pula mertua..then, pengorbanan seorang abang demi membesarkan adik-adiknya setelah kematian ibu dan bapa..walaupun hidup susah, pelajarannya tetap tidak terabai..segala yg dilakukannya demi membesarkan adik-adik dan memberikan pelajaran yg secukupnya buat mereka..namun, tanpa doa seorang ibu, kejayaan seorang anak tidak akan dapat diraih..tanpa doa tersebut, tidak mungkin Allah akan membantu kita..namun, doa seorang ibu akan putus setelah kematiannya..jadi, menjadi kewajipan kita pula untuk berdoa kepada ibu bapa setelah kematian mereka..apa yg aku nak sampaikan di sini ialah hargai kasih sayang ibu, bapa, adik-beradik semasa hayat mereka..jangan nanti bila sudah tiada, baru kita menyesal..fikir-fikirkan dan selamat beramal..


your sincerely,
fara,,

No comments: