Masih sempat lagi kepada ulat buku yang macam aku ni untuk ke Pesta Buku Sinar Bookstore dekat depan Ole-ole Seksyen 18, Shah Alam. Harga buku-buku semuanya less, berbaloi-baloi okey. Jom ramai-ramai!!
Dari Hati Nuraniku,
fara,,
NUFFNANG ADDS
Monday, June 18, 2012
ULAT BUKU...
Dari hati
::KEGIRANGAN DUA CAHAYA::
KISAH AYAH...
12 tahun yang lalu...di sebuah flat kecil di kawasan Port Klang, hiduplah sebuah keluarga dengan bahagianya walaupun kehidupan mereka biasa-biasa sahaja. Pada asalnya, mereka menetap di Perak dan mempunyai rumah sendiri tapi disebabkan tanggungjawab dan tugas, si bapa membawa keluarganya berpindah ke sana. Keluarga ini dikurniakan 3 orang anak gadis yang ketika itu masih bersekolah rendah dan masih riang gembira menikmati zaman kanak-kanak mereka.
Pada suatu hari, si ayah seperti biasa keluar mencari rezeki. Si ibu di awal pagi lagi sudah ke tempat kerjanya. Si ayah hanya berjalan kaki untuk ke tempat kerjanya kerana jarak yang dekat dengan rumah mereka. Walaupun jaraknya dekat, bahaya yang menanti si ayah sangat besar. Dia perlu menyeberangi landasan kereta api untuk ke tempat kerjanya. Jika tersalah langkah, pasti nyawanya melayang.
Dan setiap pagi jugalah, si anak sulung akan menghantar ayahnya ke tempat kerja dengan melihatnya dari jauh. Di kejauhan itu, si anak akan berdoa agar Allah memelihara dan menyelamatkan si ayah daripada sebarang musibah. Apabila melihat si ayah sudah selamat menyeberangi landasan, barulah si anak masuk ke dalam rumah dengan rasa bersyukur.
Pada masa yang lain pula, si ayah ditugaskan untuk berlayar ke samudera yang luas. Beberapa hari si ayah perlu berada di tengah lautan. Si anak tetap berasa risau dan sentiasa mendoakan si ayahnya. Setiap hari dia menunggu kepulangan si ayah. Kebiasaannya, si ayah akan berlayar selama seminggu. Selama itulah juga si anak akan berasa risau. Apabila si ayah pulang, barulah hatinya tenang kembali.
Ya, si anak memang seorang yang degil. Seringkali melawan kata si ayah. Tetapi, jauh di sudut hatinya, dia terlalu menyayangi si ayah kerana sejak kecil lagi, si ayah yang selalu menjaganya, membawanya bersiar-siar di pantai, membelikannya ais krim di waktu petang, memenuhi setiap keperluan si anak. Sewaktu kecilnya, si anak merupakan anak yang paling manja dengan si ayah, jauh beza dengan si adik-adiknya. Apa yang terlihat di mata tidak sama dengan apa yang terlintas di hati.
"Abah @ daddy, Yong sayang abah. Yong tahu Yong bukan anak yang baik tapi Yong boleh jadi yang terbaik untuk abah." =')
Dari Hati Nuraniku, fara,,
Dari hati
::KEGIRANGAN DUA CAHAYA::
Thursday, June 14, 2012
DOAKAN SAYA...
Assalamualaikum readers. Selamat malam.
Recently, aku sangatlah tak ada feel nak berbual dengan sesiapa. Sebab?
Sebabnya kesakitan yang dah dekat 2 minggu aku tanggung ni. Gatal sangat tekak ni. Mucinex dah makan, ubat batuk cap kelapa laut dah makan, ubat batuk hospital pun aku dah makan but, still tak ada kesan. Tiap kali beuka mulut, for sure aku akan batuk-batuk.
Bertambah terseksa bila nak tidur. Orang lain makan ubat batuk terus lalok, aku ni langsung tak boleh nak tidur. Kesiannye. ='(
So, kepada readers tersayang, doakanlah aku cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala yer. Tak lama lagi dah nak puasa, kalau tak sihat juga, tak tahulah macam mana. Huhuhu!
Dan aku juga nak korang doakan aku untuk exam Penolong Akauntan nanti. Memang calon-calon untuk jawatan ni ramai tapi manalah tahukan kalau-kalau ada rezeki aku kerja dalam government. Insya Allah, kita hanya mampu berdoa, semuanya terletak pada takdir Ilahi. Chaiyokk! You can do it girl! =)
Dari hati
::KEGIRANGAN DUA CAHAYA::
Tuesday, June 12, 2012
LOVE LIKE THIS...
I give you this love so that, you will appreciate and love me just the way you are.
"Orang yang tak couple sebenarnya bukan tak laku, tetapi sebab cintanya LIMITED EDITION untuk yang HALAL sahaja" - sama macam awakkan?
Dari Hati Nuraniku,
fara,,
Dari hati
::KEGIRANGAN DUA CAHAYA::
Sunday, June 10, 2012
HOLIDAY (WEEK 2)...
Assalamualaikum reader. Salam rindu sayang =)
Minggu kedua (8 Jun-10 Jun 2012)
Minggu ni destinasi dituju adalah Johor Darul Takzim. Rindu rindu rindu!! 3 bulan dah aku meninggalkan JB, akhirnya kembali pulang juga. Cuma kepulangan kali ini tidak sama seperti yang lepas-lepas sebab kali ini tak ada rumah lagi. Tidur pun di hotel saja. Tapi tetap happening!!
Hari pertama- Jalan-jalan melawat Hospital JB jumpa kawan-kawan mummy. Lepas tu pergi makan-makan dengan daddy dekat Singgah Selalu Danga Bay. Dah lama tak makan dekat sini, rindu gilak sama masakannya. Singgah Selalu memang best!! 5 stars++++ okey! Lepas dah kenyang makan, balik hotel berehat sampai malam melabuhkan tirai.
Hari kedua- Breakfast dekat Gelang Patah tapi cuaca tak okey sebab musim hujan. So, memang menjadilah demam+batuk+selsema aku ni. Lepas tu pergi melawat nenek saudara aku dekat Skudai Kiri pula dan terus balik hotel. Petangnya, keluar dating sama Nur Indah; kakak tersayang dan Nur Afiza girlfriend tercinta. Kami pergi melantak+tengok Bohsia 2 dekat JJ Tebrau City dan shopping dekat Bazar JB@Bazar Karat. Around 11 p.m baru sampai hotel. Mummy and daddy dah membebel dah sebab balik lewat. Hahaha!! Sabar jelar =)
Hari ketiga- Hari terakhir di JB. Sedih pula nak balik Klang. Before balik Selangor, pergi kenduri rumah Pak Engku dekat Bandar Dato' Onn. Time ni jumpa balik dengan jiran-jiran lama dulu, lepas ni tak tahulah bila lagi nak balik JB kn? =') Apa-apa pun hidup perlu diteruskan. Masih banyak urusan yang sedang menanti aku di Klang ni. Almaklumlah nak jadi businesswomen berjayakan. =D
~My family is everything for me!!!
Dari Hati Nuraniku,
fara,,
Dari hati
::KEGIRANGAN DUA CAHAYA::
Subscribe to:
Posts (Atom)












