NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, July 23, 2012

3 RAMADHAN...

Assalamualaikum...

Selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat tak kira di mana jua kalian berada.
Sudah hari ke-3 kita berada dalam bulan penuh berkat ni.
Semoga segala amalan kita diterima Allah.
Hari ni, mood nak buat kerepek tak ada lagi.
Terpaksa tunda keesokan harinya kerana badan sangan lepak hari ni.
Apa yang pasti, semangat perlu kuat untuk menjadi usahawanita berjaya.
Doakan perniagaan aku berjaya.

~P.E.A.C.E. ^.^



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Saturday, July 21, 2012

1 RAMADHAN...

Assalamualaikum...

Beberapa minit dari sekarang, warga Selangor, Kuala Lumpur, dan sewaktu dengannya akan berbuka puasa. Alhamdulillah, kita bertemu lagi Ramadhan tahun ini. Anggaplah ia sebagai puasa terakhir kita agar Ramadhan kali ini diberkati dan diterima Allah. 

Bersyukurlah juga kerana masih sempat menikmati Ramadhan ini bersama keluarga dan insan tersayang. Bagi mereka yg sudah kehilangan insan tersayang, pasti Ramadhan kali ini sangat berlainan. Apatah lagi untuk menyambut Syawal nanti. Buat sahabat-sahabatku yg sudah kehilangan insan tersayang, berdoalah untuk kebaikan dan kesejahteraan mereka disepanjang Ramadhan ini. Semoga syurga Allah menjadi tempat tinggal mereka kelak. 

Okey friends, jom prepare apa yang patut. Selamat berbuka puasa, jangan membazir bulan Ramadhan ini okey ;)


~Planning untuk berbuka bersama housemates and classmates semasa di sekolah dan di kolej dulu dan juga with L.O.V.E. =)



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, July 20, 2012

Emo kejap layan lagu ni...


KAMAR SEPI


Siapakah sudi mendengar cerita dariku
Dari kamar jeriji besi dari jendelaku
Bersama dosa dosa himpit kedukaan ku
Masa dan hari menjadi permainanku

Hari berganti hari aku terus menunggu
Menantikan hitam putih kehidupanku
Entah bilakah harus aku menunggu
Didalam kamar bisu menjadi teman setiaku

Tuhan hanya satu ku pinta
Ampunkanla dosaku dari hambamu yang hina ini
Tuhan temukanlah hambamu dari insan yang amat kurindu
Sebelum ku bertemu mu

Wahai teman wahai saudara
Dengarkanlah rintihan ku ini
Gelak tawamu ku bawa bersama 
Selangkahku dari kamar sepi
Maafkanlah diriku disini




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

PUASA-RAMADHAN...

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat ku lalui dengan sempurna. . .





Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi. InsyaAllah esok-21 Julai kita akan meraikan Ramadhan selama sebulan. Semoga puasa kita adalah kerana Allah dan untuk Allah. Jom puasa, jangan tak puasa! =)




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Tuesday, July 17, 2012

13 TAHUN SUDAH...

Ya ALLAH, Kau tempatkanlah pakcik ku dalam kalangan hambaMu yang beriman dan beramal soleh, Kau kasihanilah dia Ya ALLAH, Kau ampunkanlah dosa-dosanya selama ini, Sesungguhnya, aku merindui pakcik ku. Al-Fatihah~

17 Julai 1999 dia pergi buat selama-lamanya setelah terlibat dalam nahas jalanraya. Sangat tragik pemergiannya berbanding pakcik aku yang lain. Terakhir kali aku melihat wajahnya sebelum dikafankan, seperti dirinya sedang nyenyak dibuai mimpi indah walaupun keadaan sebenarnya sangat parah. Wajahnya sehingga kini masih segar dalam ingatanku, sudah tiada air mata untuk aku tangisi sewaktu menghantarnya ke liang lahad. Pakcik, damailah di sana, nantikan kedatangan anakmu ini. =')


16 Julai 2012: Pergi seorang lagi ibu saudara ku akibat kemalangan jalanraya juga di Taiping, Perak. Sangat benyak ujian dan dugaan yang mendatang dalam bulan Sya'aban ni. Hanya Allah yang mengetahui qada' dan qadarNya. 


Dari Hati Nuraniku,
fara,,