NUFFNANG ADDS

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary tickers

::BIRTHDAY AKU::

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, September 29, 2012

SYUKUR...

Assalamualaikum....

Hye peeps! Good everning, happy Saturday. =)
Arini nak story tentang kesyukuran aku semalam. Memang tersangat bersyukur, itulah kuasa Allah Yang Maha Besar. Kalau memang rezeki kita, hak kita, milik kita, Insya-Allah tak akan ke mana.

Cerita bermula begini....semalam aku keluar ke Klang bersama Cik Kembar Sleeping Partner aku semasa di kolej dulu-Zureen. Kitorang plan nak ke Jusco Bukit Tinggi dan ke GM Klang. Maka menapaklah kami ke bus stop, setelah lama tak naik bas sama-sama. Dipendekkan cerita, sampai di Jusco, terus beli tiket HANTU K4PC4I. Lepas beli tiket terus pergi makan, cuci mata, dan solat.



Then, masanya sampai untuk menonton. Memang terbaik, senak perut aku ketawa dalam panggung tu. Rasa macam sekejap sangat cerita tu, tahu-tahu saja dah ending. Habis saja semua orang keluar dari panggung, aku dengan Zureen pun bangun nak keluar. Tapi, aku rasa macam something wrong. Macam ada yang tak kena, macam ada yang kurang. Aku pun stop, check poket, check bag nak cari boyfriend aku. SAH! BF aku hilang, tak dalam poket and beg. Muka time tu dah pucat, tangan seram sejuk. Mana tak takut, baru kot 'couple' dengan Encik Asha, kalau hilang memang aku tak nak keluar dari panggung tu.

Aku pun pergi semula dekat seat aku tadi. Check and search di sana. Zureen try buat panggilan rindu misscalled dekat nombor aku. Lepas aku terdengar-dengar suara Black menyanyi, "Aku kan pergi, pergi ku tak akan kembali.." SAH! Itu memang ringtone aku. Aku pun ikut bunyi tu, rupanya ada dekat perempuan cleaner cinema tu. Perghh!! Macam nak maki saja time tu, tapi tak ada bukti yang dia curi fon aku tu. So, aku ambil fon, check apa semua, terus keluar dari cinema. Memang sangat bersyukur tapi at the same time, bengang sangat dengan sikap manusia yang tak tahu nak faham perasaan orang. Apa salahnya dia pulangkan BF aku tu semula, dah terang-terang nampak aku tercari BF aku tu. Dia boleh buat bodoh and nak blah dari situ. Nasib baik suara Black menyelamatkan BF aku dari diculik dicuri.

~Thanks Allah, mungkin inilah berkat solat Dhuha di pagi Jumaat yang aku sempat buat tu =')




Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, September 26, 2012

ENTRY GAMBAR SAHAJA...

Assalamualaikum peeps!

Bila kegilaan dan kesewelan aku mula melanda.............................................


















Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Wednesday, September 19, 2012

Tuesday, September 18, 2012

SAYANGI DIRI...

Assalamualaikum readers.

Wahhh!! Sangat syok woo ini minggu. Sudah mendapat cinta hati baru. Sayang Asha ketat-ketat. =)

By the way, back to our topic...sayangi diri, jauhi dadah (bukan pasal dadah jer). First of all, aku nak share something yang aku pernah alami. Bukan pasal dadah okey, tapi pasal sayangi diri.

"SAYANGI DIRI SEBELUM KITA SAYANG ORANG LAIN".

You know what I mean? Means that, sebelum kita nak mencintai, menyayangi seseorang, kita perlu sayang diri kita dulu. Kalau kita tak sayang diri kita, macam mana kita nak sayang orang lain? Hahh! Pening tak?? Tak kan. Maksud yang lebih mendalam lagi, tak payahlah kita nak sayang orang lain lebih-lebih sedangkan diri kita sendiri, kita tak sayang pun.



Nak tahu macam mana nak sayang diri sendiri? Begini caranya...



  1. Firstly, manjakan diri dengan bersantai di tempat yang tenang, nyaman dan selesa.
  2. Then, buatlah spa untuk relaxation. 
  3. Next, buat aktiviti yang kita suka macam swimming, baking, watching movies, shopping, etc.
  4. Lepas tu yang paling penting lagi jangan pedulikan orang lain yang annoying, buat apa yg kita suka as long as tak mengganggu orang lain-maksudnya, jaga hati kita sendiri, hati orang lain letak ke tepi dulu. (Boleh pula macam tu? Okey, ni mengarut)
  5. Semua yang di atas ni penting untuk kita bila nak sayangi diri sendiri tapi yang paling penting, kalau nak capai dan buat semua ni, kita kena ada duit! Money is most important thing in order to fulfill everything that we need. So, cari duit dulu sebelum make ourselves happy.
  6. Nak cari duit, kena rajin berusaha dan selalu berdoa. So, sebelum boleh buat semua di atas walaupun dah ada wang, SAYANGI ALLAH DULU. Solat dan banyakkan berdoa kepadaNya untuk hidup yang lebih bahagia dan gembira. 
Dulu, aku memang tak sayang diri aku sepenuhnya. Sebab? Sebab aku lebih sayangkan orang lain berbanding diri aku. At last, orang tu pergi tinggalkan aku sampai aku down gila-gila. Tapi, bila aku ingat Allah, aku dekatkan diri kepadaNya, aku berserah dan berdoa kepadaNya, aku rasa sangat bahagia, tenang dan happy sampaikan hati aku kosong, kosong, kosong (macam lagu Najwa Latif tu). Kosong tak ada fikirkan sesiapa pun yang sebelum ni aku sayang dan cinta. Yang aku fikirkan, macam mana kalau esok, lusa, Allah ambil nyawa aku, Allah tarik nikmat yang diberikan kepadaku, dan yang paling aku takut, Allah ambil ibu, bapa dan adik-adik aku dari aku?? Bila fikirkan semua itu, aku sanggup nyawa aku ditarik dulu sebelum mereka sebab aku sayang mereka lebih dari orang lain. 

So, kepada korang semua, tak payahlah nak in love sangat dengan manusia ni. Sebab perasaan manusia boleh berubah anytime. Semuanya letak pada tangan Allah. Dia boleh tarik segala perasaan sayang dan cinta someone tu dalam sekelip mata saja. So, sebelum korang nak sayang orang lain, sayang diri korang dan family korang dulu. Sebab mereka yang paling hampir dan paling lama bersama dengan korang berbanding cinta monyet, puppy korang tu. 



"Aku tak sempurna. Aku bukanlah seorang yang 'alim, tapi niat aku baik untuk berkongsi dan berusaha menjadi yang baik. Kerana aku juga mengimpikan syurgaNya yang kekal abadi."



Dari Hati Nuraniku,
fara,,

Friday, September 14, 2012

TERIMA KASIH....

Cer tengok dalam kotak merah tu. Thanks kepada yg sudi melawat =)






Dari Hati Nuraniku, fara,,