::Semboyan Girls::
::Hanya yang berpangkat sahaja::
::Pameran Senjata Pasukan Infantri::
::Platun aku-Platun 2 the great::
Pada tanggal 15 Februari 2009 hingga 15 Mac 2009 yang lepas, aku telah menghadiri
Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/09 di Kem Jalan Rasah, Seremban. Kursus yang berlangsung selama sebulan ini telah dihadiri oleh para sukarelawan dari seluruh Negeri Sembilan iaitu dari
Batalion 1 (Kem Sikamat) dan Batalion 3 (Kem Kuala Pilah) Rejimen 508 Askar Wataniah. Sepanjang menghadiri kursus ini, banyak kenangan pahit dan manis yang aku tempuhi.
Pada minggu pertama dan kedua kursus ini kami diajar cara-cara kawad kaki dan kawad bersenjata yang betul oleh
‘juruletih-juruletih’ yang berkaliber dan mantap antaranya ialah
Sarjan Azmi, Sarjan Samsuri, Sarjan Zaini, Sarjan Satar dan
Sarjan Shamsul. Selama 2 minggu itu, kami hidup berjemur di bawah sinaran mentari sehingga muka masing-masing berubah sama sekali termasuklah aku (muka aku terbakar abis, sampai ada orang tanya kenapa tak buka topeng tu..sadis giler). Terdapat seorang penuntut Cina dalam kalangan kami yang menghadiri kursus ini, mukanya yang putih melepak turut berubah hitam setelah 2 minggu berumah di padang kawad (padang square) yang menjadi tempat kami bersauna.
Pada minggu ketiga pula kami mengikuti kelas PMI. Dalam kelas ini kami diajar tentang cara-cara manghadapi peperangan CIW & CW. Kelas teori ini diajar selama seminggu sahaja. Bayangkanlah kami terpaksa belajar dari pagi sampai ke tengah malam semata-mata untuk menghabiskan sukatan pelajaran kerana masa yang diberi tidak mencukupi. Oleh itu, setiap kali masuk ke dalam kelas, ramailah yang buat tahi mata termasuklah aku. Boleh dikatakan majoriti daripada kami semua mesti tidur tiap kali masuk kelas (sampai kelas ni dipanggil kelas puaka-
puaka niyang rapik). Kelas kami diajar oleh Sarjan-sarjan and
Tuan Zul dan
Tuan Fadzlin yang sporting and kelakar.
Minggu keempat adalah minggu yang dinanti-nantikan oleh semua penuntut kerana kami akan menjalani Latihan Medan di
Asahan, Segamat dan
Kem Gemas. Sewaktu dalam latihan ini, ramai daripada kalangan kami yang kecundang di medan, ada yang hilang senjata, ada yang cinta rekrut berputik, ada jugak yang lemah semangat (sampai histeria). Tapi, masa latihan medan inilah segala yang telah kami pelajari diuji. Kami disuruh menggali kubu (2 kubu) dan tidur di dalamnya (tapi 1 mlm jer boleh bertahan sebab ada kes histeria), mara sejauh 12 km tapi kami hanya buat sejauh 7 km jer sebab hari hujan and dah malam, jalan kaki masuk hutan and ronda. Macam2 halangan and pengalaman kami tempuhi. Aku kena kejar ngan babi hutan masa pandu arah kat
Rembau, takut gak r kalo babi tu papekan aku. Tapi nasib baik ada sorang gentleman ni tolong tarik aku naik atas, kalo x dh xde kot aku arini.
Masa kat medan plak, seksa kena gali kubu. Pastu xleh nak mandi, kencing+berak pun kena gali lubang sendiri (sedih giler). Oneday tu, hari hujan. So, kitorang smua amik kesempatan tu untuk mandi tp mandi koboi jer sebab shampoo rambut jer, badan x basuh pun :-) Lepas jer mandi tu, kitorang smua kena gerak g
Kem Gemas, senang citer kitorang gerak masuk hutan kat
Bukit Asahan. Time dalam 3 tan tu, smua org menggigil kesejukan sebab mandi hujan lama sgt pastu baju x salin (nasib baik x demam).
Bila dah masuk hutan tu plak macam2 hal lain plak jadi. Ada budak kena histeria (budak laki n perempuan). Memang seram giler r malam tu. Aku yang pendiam ni, jadi makin diam sampaikan
Puan Sariza risau coz takut aku pun kena sampuk gak. Syukurlah smuanya selamat. Kiranya kitorang x bermalam kat platun masing2 (btw aku Platun 2, Seksyen 2-apa2 hal kedudukan aku di tgh2), kitorang smua tidur kat markas sampailah hari terakhir kat dalam hutan tu. Dua hari terakhir kat dalam hutan tu kitorang ada latihan menembak plak. Time tu lar masing2 boleh lepaskan tension n geram. Mana taknya, smua orang diberi
75 butir
peluru hidup tp yang kena sasaran berapa butir jer. Macam aku ni kenalah
17 butir, yang lain2 tu ada yang dapat 1 butir, yang langsung x kena sasaran pun ada. Sebelum latihan menembak tu kitorang ada wat serangan (serang hendap) kat ladang kelapa sawit+hutan. Aku menembak sesuka hati jer bila ketua aku suruh tembak. Tapi ok pe sampai jatuh kat atas pelepah kelapa sawit, berdarah-darah tangan aku g tangkap musuh. Bangga siot dapat tangkap musuh pastu ada org amik gambar :-) Lastday kat dlm hutan kitorang dpt mandi tp bukan kat
Gunung Ledang, mandi kat sungai belakang markas jer. Sedih giler sebab time tu hujan so Tuan x lepaskan kitorang naik gunung. Tapi ok lar dapat gak mandi, mandi sungai+hujan.
Sepanjang di medan, kami diberi peluang memegang jawatan2 seperti Ketua Platun, Platun Sarjan, Koperal, Lans Koperal, Semboyan, Runner and IC Mortar. Setiap jawatan yang dipegang akan diberi markah dan dinilai oleh
'juruletih2'. Setiap seorang dalam platun tersebut diberi peluang memegang jawatan mengikut perlantikan yang dibuat oleh
'juruletih2'. Aku berpeluang memegang jawatan Lans Koperal dan Semboyan. First time bawak semboyan, seksa giler. Mana aku nak pegang senjata, nk pikul semboyan tu lg..huhuhuhu.. Tapi best coz aku leh communicate ngan bdk2 semboyan yang lain. Kitorang boleh calling2 each other, markas pun boleh dgr. Best and kelakar..hahaha.
Keseluruhannya, kursus ini telah memberikan aku banyak pengalaman dan pengajaran yang berguna. Barulah aku tau camne kehidupan askar sewaktu peperangan walaupun aku x alaminya secara sepenuhnya. Aku dapat pegang, jaga, and tidur ngan
M16 (aku punya no.
194), pastu
Encik Selmi and
Tuan Azlan panggil aku
semboyan girl sebab aku pikul semboyan masa kat dalam medan tu (binatang tu dh lar berat, aku ni plak kecik jer, sampaikan Encik and Tuan cian kat aku…hahahaha), then kedudukan aku dalam kursus ni pada tangga ke
17 daripada
76 orang penuntut (agak boleh dibanggakanlah). Boleh dikatakan kursus ni berjaya membentuk diri aku untuk jadi seorang askar yang berguna pada masa hadapan. Hopefully aku boleh jadi pegawai tentera after graduate nanti. Miss u all
penuntut…. :-)