Halloo..hehehe..how wow you?..sudah vote for Abg Kassim belum? Jgn lupa vote OK..enough!! Apa yg kau merepek ni labu..apa kena mengena Abg Kassim dgn entry kau ni hah? Fine, sebenarnye memang tak ada kena mengena LANGSUNG!! Actually aku nak buat sikit review tentang
Club Blog Bicara Sempoi ni..aku dapat tahu pasal kelab ni pun dari blog kawan baik aku, Cik Fatin..thanks ek Cik Fatin..
Daripada Club Blog Bicara Sempoi ni aku dapat tengok banyak blog-blog lain yg aku tak pernah surf pun selama ni..yg aku rajin baca ialah blog
Cik Rara,
Red Mummy dan
En. Hami sebab blog mereka-mereka ini menarik dengan cara penulisan yg tersendiri..OK, berbalik pada Club Blog Bicara Sempoi ni, ia merupakan sebuah medium untuk para blogger mengumpul cerita-cerita terkini dan berkongsi update-update terkini blog mereka selain daripada menarik lebih ramai pengunjung ke blog-blog mereka..kelab ini juga menggalakkan blogger untuk menulis supaya dapat melayakkan mereka ke top ranking blog kerana bilangan post yg banyak..jadi, blogger-blogger sekalian, rajin-rajinlah berblog..luahkan segala rasa anda tapi biarlah berpada-pada..jangan sampai melanggar undang-undang berblog..(betul ke ayat aku tu?)..
Korang yg berminat untuk menyertai club ni hanya perlu memenuhi 3 kriteria berikut:-
1.Pasang link Club Bicara Sempoi diblog anda;
2.Buat Posting Review tentang -Club Blog Bicara Sempoi dan
3.Apa tujuan anda buat blog? Sertakan nama negeri anda..
Mudah bukan? Tak perlulah nak pergi buka surat khabar cari isu-isu semasa yg meletop! pastu posting dalam blog korang..buang masa jer..hanya gunakan pemikiran, pandangan dan kebolehan korang dalam penulisan..silap hari bulan boleh jadi penulis pro secara tak langsung..hahahha..kalau korang masih tak faham macam mana nak join club ni, pergilah ke link club ni..klik jer dekat logo Club Blog Bicara Sempoi sebelah kanan blog aku tu..very-very the easylah, kalau suruh anak jiran aku yg umur 5 tahun tu pun dia tahu macam mana nak buat..
Berblogging ni bukan semata-mata membuang masa kita tapi banyak memberi faedah kalau betul caranya..contohnya kita boleh saling berkongsi suka duka apabila membaca kisah hidup orang lain, dapat menambah kenalan dan saling bertukar pendapat, dapat meluahkan perasaan kita kepada seseorang sama ada suka atau benci (tapi selaki lagi diingatkan, jangan melebihi dos yg disyorkan..amaran oleh kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Komunikasi..ekekeke..saja jer buat gempaq)..tujuan aku berblogging ni adalah untuk mengasah lagi bakat aku dan minat aku untuk menulis dan berkarya kerana aku memang suka mengarang sajak dan cerpen..cuma aku tidak mahu menyelitkan cerpen aku dekat dalam ni..bukan kedekut tapi takut nanti korang bosan pulak bila dah baca..maklumlah, mak ni anak ikan lagi nyah, baru 2 tahun jagung (padahal umur dah 20)..selain itu, aku buat blog ni sebab nak share perasaan aku, pandangan aku dan nasihat aku dengan korang (walaupun aku sendiri tak betul lagi dan masih dalam proses membetulkan diri ni) sebab aku tak sampai hati nak tegur depan-depan terutamanya kawan-kawan baik aku..so, bila aku tulis dalam blog ni, aku harap diorang akan baca dan faham diri aku macam mana..
OK stop, sekarang kembali ke dunia nyata..so, bila korang join Club Blog Bicara Sempoi ni, korang boleh menambah kenalan, berkongsi tips dan resepi harian sama ada resepi masakan ataupun resepi rumahtangga taupun resepi kejayaan..hahaha..apa-apa aja!! Semoga dengan adanya club ni, semakin ramailah blogger yg akan berkongsi kisah mereka dan pandangan mereka dengan kita semua.. Selesai sudah review aku untuk kali ini..sekarang aku nak beradu sebab nak berangan kejap..tata..
your sincerely,
fara,,